Tuesday, July 8, 2008

MP KINABATANGAN: BUNG MOKHTAR LAYAK JADI BADUT SARKAS


MALANG SUNGGUH Rakyat Kinabatangan di Sabahan yang mempunyai seorang Ahli Parlimen (Bung Mokhtar Radin) yang hanya layak mengetuai kumpulan Badut di Sarkas sahaja. Memang beliau seorang yang s'familiar' di negara kita, dan mungkin dianggap 'HERO' di kalangan ahli Parlimen BN kerana 'kebodohan' beliau berhujah di Parlimen.

Masyarakat Kinabatangan mungkin tiada pilihan dan terpaksa memilih Bung Mukhtar sebagai wakil mereka ke Parlimen, tetapi di mata umum, beliau tidak lebih daripada seorang 'leader' Badut yang membuat persembahan 'jelek' di Sarkas. Lihat saja bagaimana lagak dan sikapnya di setiap pembentangan sidang Parlimen. Bukan sahaja bangun mencelah di kebanyakan pembentangan MP pembangkang, tetapi ia lebih kepada penonjolan sifat bodohnya yang mungkin dianggapnya amat cerdik itu.


Inilah sikap dan wajah sebenar wakil rakyat BN. Mereka bagaikan orang kurang siuman apabila membahaskan sesuatu isu di dewan. Melabelkan wakil Pembangkang sesuka hati, dan langsung tiada rasa hormat. Semua yang diutarakan seolah-olah pihak pembangkang bukan wakil rakyat seperti mereka.

Setiap perkara penting yang diusulkan oleh PR, jika dirasakan mengena batang hidung mereka, maka akan dicantas awal-awal lagi. Begitu juga dengan Speaker serta timbalannya. Mereka tidak memberikan peluang sesuatu usul penting dibahaskan di dewan, sedangkan isu yang tidak penting akan jadi meleret-leret yang diyakini tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat.

Semua itu merupakan skrip yang telah dirancang oleh BN. Apa jua usul yang boleh mengugat kredibiliti kerajaan, pasti tidak diluluskan. Sifirnya mudah sahaja...jangan adakan sidang dewan rakyat kerana, perbincangan banggang di dewan itu telah membazirkan duit rakyat.

No comments: