Monday, July 21, 2008

HEBATKAH CIKGU MOHD NOR NAK CABAR KU TERA?


Mad Nong Hanya 'Boneka' Rosol &I dris

PERSAINGAN mendapat pengiktirafan di peringkat tertinggi semakin rancak berlangsung. Tidak kira di peringkat pusat mahupun di Bahagian atau Cawangan, ianya mempunyai jalan cerita yang hampir sama. Jawapan kepada segala percaturan hanyalah satu: Kemenangan.

Tidak ada manusia yang gemar kepada kekalahan. Apatah lagi kalah itu akan mengaibkan maruah dan kedudukan. Jika benar kekalahan itu mengundang rasa manis, sudah tentu tiada persaingan dan tidak pula ada kalah-menang.

Menelusuri saat-saat genting pemilihan di peringkat akar umbi pemilihan Umno, kita bagaikan dihidang satu drama panas yang sentiasa berapi. Kalau tidak berapi sekalipun, ia tetap berasap (berwap) menunjukkan tahap kepanasan yang sukar dibendung.

Era pasca pilihanraya, memperlihatkan bagaimana ahli Umno dihidangkan pelbagai kemelut dalam episod menentukan calon di semua bahagian. Dan sudah tentu Ketua Bahagian merupakan fokus utama yang mana ia jua menjadi lambang kekuatan individu terbabit dalam batas kuasa politik. Andai kata tewas, maka bersedialah untuk digulingkan. Tidak perlu hairan, kerana itu rutin biasa dalam politik Umno.

Paling menarik untuk dibicarakan adalah 'survival' politik yang melibatkan Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Tengku Putera (Ku Tera). Harus diingat, apabila bercakap soal Ku Tera (Speaker Dewan Negeri Terengganu) ianya seolah-olah menyentuh klausa politik Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said.

Sebagaimana yang penulis katakan dalam beberapa artikel sebelum ini, Terengganu sudah mendahului Kelantan sebagai negeri paling bermasalah dalam sejarah politik Umno. Rentetan sebelum pilihanraya sehingga pasca pilihanraya semakin menarik untuk dikupas. Malah, Umno Terengganu juga diteropong secara terus oleh dua orang kuat Umno dari Putrajaya. Kalau tidak, masakan hal 'mercedes-benz' pun akan dibawa ke kabinet?

Menjurus kepada hasrat Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Cikgu Mohd Nor Othman (Mad Nong)bertanding menentang orang kuat Ahmad Said....Ku Tera, ia tidak ubah seperti gegak gempita guruh sebelum banjir. Polemik perebutan kuasa di antara mereka berdua bukan sahaja mendapat reaksi di Terengganu, malah seluruh negara turut berminat untuk mengetahui kesudahannya.

Pertama, kita mesti ingat bahawa Ku Tera merupakan sekutu paling rapat kepada Ahmad Said. Mungkin termakan budi ketika 'merembat' jawatan Menteri Besar, mereka menjadi sahabat karib. Manakala, Mad Nong pula adalah ayam tambatan Rosol Wahid, lawan utama Ahmad Said. Mungkin Mad Nong juga termakan budi Rosol yang 'menaikkan' beliau ke tampuk sekarang. Bermakna mereka masih lagi kumpulan Idris yang menentang Menteri Besar sekarang.

Kedua, ahli akar umbi di Hulu Terengganu terpingga-pingga dan berada dalam dilema manakah pemimpin perlu dipilih di sebagai Ketua Bahagian? Harus diingat juga, dalam Umno budaya ampu, cantas mencantas dan rasuah amat berleluasa. Inlah 'main point' menarik untuk diulas.

Mungkin pada peringkat awal, pembaca agak terkejut apabila mendapati 28 daripada 30 cawangan yang sudah bermesyuarat menyokong pencalonan Mad Nong sebagai Ketua Bahgian yang baru. Hanya dua cawangan sahaja (Tok Randok dan Kolam)yang mencadangkan Ku Tera sebagai calon. Ini permulaan, malah harus diingat semua cawangan itu hanya di DUN Ajil, kubu kuat Rosol Wahid dan diberitakan di situ ada 128 cawangan keseluruhannya.

Sekiranya semua cawangan DUN Ajil yang belum bersidang berjaya mencalonkan Mad Nong, ia tidak bermakna Ku Tera akan tewas dalam pencalonan. Harus diingat, DUN Telemong, kubu kuat Ku Tera masih mempunyai 158 cawangan yang belum membuat keputusan. Ambil secara adil kedua-dua DUN mencalonkan favourite masing-masing, bermakna kedudukan sudah berpihak kepada Ku Tera. Apa pula keputusan di DUN Kuala Berang yang berkecuali? Pada dasarnya pertentangan adalah 50-50.

Dalam situasi ini, Mad Nong mungkin lupa apa itu istilah 'berpolitik'. Keghairahan beliau menawarkan diri bertanding mungkin ada sebabnya. Namun, sebagai orang baru dalam kancah politik, beliau sepatutnya berfikir berlapis dalam menentukan hala tuju masa depannya. Tetapi, jika beliau hanya mengambil jalan pintas dan berhasrat menjadi MP sepenggal sahaja, itu mungkin pilihan yang tepat buatnya.

Sedarkah Mad Nong, siapa lawannya? Sudah masakkah beliau selok-belok politik? Dan Banyak sangatkah hartanya untuk 'dilaburkan'dalam percaturan ini. Rosol juga tidak mampu mengeluarkan perbelajaan pribadinya semata-mata mahu melihat ayam sabungnya menang. Persepsi tetap ada. Mungkin juga dana daripada sumber yang lebih teguh, jawapannya mungkin Idris Jusoh, kerana dialah lawan yang selayaknya.

Rosol juga tidak memanjangkan akalnya untuk merenung sejenak. Apabila Mad Nong isytihar perang secara terbuka, merit beliau terhadap Ahmad Said sudah jatuh satu mata. Kenapa? Mudah saja, kerana 'menderhaka'. Mad Nong ingkar arahan bosnya agar tiada pertentangan di peringkat bahagian, walaupun dalam perlembagaan Umno, ianya dibenarkan.

Hebatkah Rosol dan Mad Nong sehingga sanggup menggongcang kedudukan orang kuat MB Terengganu itu?

Berdasarkan reputasi, bukan kekuatan yang dipertaruhkan tetapi maruah yang dipertahankan. Semua itu berlaku disebabkan dendam yang tiada kesudahan dalam percaturan politik Umno, tidak kira di Terengganu mahupun di peringkat nasional. Dendam dan maruah menjadi sebati, seolah-olah ramuan yang perlu dicampur untuk mendapat kekuasaan.

Sedarkah Mad Nong, siapa lawannya? Sudah masakkah beliau selok-belok politik? Dan Banyak sangatkah hartanya untuk 'dilaburkan'dalam percaturan ini. Rosol juga tidak mampu mengeluarkan perbelajaan pribadinya semata-mata mahu melihat ayam sabungnya menang. Persepsi tetap ada. Mungkin juga dana daripada sumber yang lebih teguh, jawapannya mungkin Idris Jusoh, kerana dialah lawan yang selayaknya.

Rosol juga tidak memanjangkan akalnya untuk merenung sejenak. Apabila Mad Nong isytihar perang secara terbuka, merit beliau terhadap Ahmad Said sudah jatuh satu mata. Kenapa? Mudah saja, kerana 'menderhaka'. Mad Nong ingkar arahan bosnya agar tiada pertentangan di peringkat bahagian, walaupun dalam perlembagaan Umno, ianya dibenarkan.

Hebatkah Rosol dan Mad Nong sehingga sanggup menggongcang kedudukan orang kuat MB Terengganu itu?

Berdasarkan reputasi, bukan kekuatan yang dipertaruhkan tetapi maruah yang dipertahankan. Semua itu berlaku disebabkan dendam yang tiada kesudahan dalam percaturan politik Umno, tidak kira di Terengganu mahupun di peringkat nasional. Dendam dan maruah menjadi sebati, seolah-olah ramuan yang perlu dicampur untuk mendapat inti kekuasaan.

Salah seorang AJK Bahagian Hulu Terengganu yang tidak mahu didedahkan namanya berkata, kelibat Mad Nong dalam pertentangan itu tidak berasas, kecuali beliau merupakan ‘boneka’ kepada Rosol Wahid. Tidak wujud sebarang alasan kukuh yang menyokong maksudnya itu. Bukan kerana tiada kelayakan, tetapi tiada kekuatan.

“Siapa Mad Nong nak lawan Ku Tera?,” terpancul persoalan pertama dari mulutnya.

“Bukan tak bagus, bagus….sekurang-kurangnya ada ‘chek and balance’ dalam mengimbangi kerakusan Ku Tera. Atau akan menyedarkan Ku Tera akan kesilapan yang telah dilakukannya. Tetapi, Mad Nong sebenarnya tidak berfikir panjang tentang masa depannya.

“Jika beliau sayangkan kerjaya sebagai ‘politician’, beliau tidak berfikir sekali macam ni. Sekurang-kurangnya beliau mesti menerima hakikat siapa yang berkuasa di Terengganu sekarang,” ulanya lagi.

Menitip kata-katanya itu, mungkin ada kewajarannya. Peringatan Ahmad Said kepada semua ahli agar tidak mencabar Ketua Bahagian masing-masing adalah isyarat jelas. Walaupun ia sebagai jalan menyelamatkan ‘kroni’ dan menguatkan teamnya, ia adalah hak Ketua Perhubungan Umno Terengganu itu untuk menyatakan rasa, sebagaimana arahan Abdullah Ahmad Badawi kepada orang bawahannya.

Dari sudut lain, kedudukan Ahmad belum cukup kuat di Terengganu. Mesti diingat, 22 wakil rakyat yang dipilih baru-baru ini merupakan kumpulan Idris Jusoh, yang masih melafazkan ikrar taat setia kepadanya.

Ingatkah kita bagaimana ‘komplot’ Idris yang berkumpul di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Terengganu ketika era beliau menjatuhkan Wan Mokhtar? Sedarkan apa peranannya pada masa itu, dan kenapa beliau sanggup ‘membawa’ diri hingga ke Jordan? Kini, mungkin senerionya hampir sama, ketika anak-anak buahnya berhempas pulas mempertahankan maruah di kawasan masing-masing, Idris terbang ‘berguru’ di Perancis.

Wujud juga sesetengah kumpulan atas pagar yang memandang sinis usaha Mad Nong mencabar Ku Tera pada masa ini. Mereka sebaliknya hairan kenapa bukan Rosol yang ke depan menawarkan diri bertanding, sedangkan beliau banyak mengeluarkan kenyataan balas terhadap Ahmad Said.

Namun ada juga yang membuat kesimpulan tersendiri untuk melegakan keadaan. Seandainya Mad Nong menang dalam pemilihan bahagian, ke mana haluannya? Sedangkan beliau bukan di kalangan pasukan Ahmad Said dan Ku Tera. Apakah kemenangan Mad Nong, serta beberapa calon taruhan Idris dan Rosol di Bahagian Marang, Dungun, dan Setiu nanti boleh merubah kedudukan Menteri Besar.

Mengikut rekod, amat sukar menebalikkan kekuasaan seseorang Menteri Besar yang sedang berkuasa sekiranya tiada sesuatu skandal yang mengaibkan. Apatah lagi calon Menteri Besar itu pilihan pihak Istana. Akhirnya Mad Nong akan tercunggap-cunggap bersendirian membilang hari, akibat dicop sebagai Ketua Bahagian yang bergaya, tetapi tiada ‘power’.

Kredibiliti Ku Tera perlu diambil kira. Beliau seorang yang amat licik dan matang dalam mainan politik. Jika tidak, masakan beliau mampu mengoncang mahkota Idris dan menghancurkan istana impian Rosol Wahid, serta membuatkan Din Adam terkedu di tepi Tasik Bukit Besi?

Dalam keadaan dua orang kuat Umno Terengganu itu bergandingan bagaikan belangkas, adalah sukar menembusi tembok kekuasaan mereka. Bukan kerana kebal, logiknya mereka bukanlah terlalu bodoh untuk membiarkan musuh merapati tembok tanpa melepaskan tembakan amaran. Sudah banyak contoh; lihat sahaja perompak yang degil dan ingkar kepada amaran polis, akhirnya mereka bergelimpangan mati ditembak.

Moralnya; sehebat dan sekuat mana pengaruh kita pada masa itu, jika tidak sebulu dengan pemimpin atasan, janganlah terlalu mengharap menurunkan panji-panji. Kerana panji-panji itu adalah lambing kekuasaan yang akan dipertahankan, walau hingga ke titisan darah yang terakhir.


No comments: