Thursday, July 24, 2008

KU TERA (SPEAKER) DIANCAM TAK CUKUP PENCALONAN


Banyak Cawangan 'Benci' Ku Tera

DALAM kerancakan cawangan mengadakan mesyuarat dan pemilihan di kawasan masing-masing, Speaker Dewan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Ku Tera) diancam mimpi buruk tidak cukup pencalonan untuk membolehkannya bertanding Ketua Bahagian Hulu Terengganu.

Terdapat 130 cawangan Umno Bahagian di Hulu Terengganu, dan Ku Tera sekurang-kurangnya mendapat 26 pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding menentang Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman (Mad Nong).


Perkembangan setakat artikel ini ditulis, membayangkan betapa kesukaran yang diterima Ku Tera untuk mendapatkan pencalonan, manakala lawannya nanti mendahului dengan selesa.

Setakat 36 cawangan yang bermesyuarat di DUN Ajil, hanya dua pencalonan dari cawangan kampung Kolam dan Tok Randok yang menamakan Ku Tera sebagai calon. Situasi ini membimbangkan kem beliau yang terpaksa berkerja lebih keras untuk memastikan melepasi tahap 26 pencalonan yang diperlukan.

Menurut AJK Pemuda Bahagian yang tidak mahu dikenali namanya, walaupun mempunyai nama besar di peringkat negeri, dan pernah menjawat Timbalan Menteri Kewangan kedua, Ku Tera diberitakan tidak mendapat tempat di hati ahli Umno di Hulu Terengganu.

Menurutnya, Ku Tera seorang yang besar kepala, dan tidak menghormati orang lain serta mementingkan dirinya sahaja.

“Ku Tera seorang yang angkuh dan tidak mementingkan parti. Beliau lupa bahawa semua cawangan menyokong beliau semasa bertanding sebagai Ketua Bahagian suatu ketika dahulu, kini beliau tidak mahu memberikan kerjasama kepada orang lain pula, sedangkan beliau tahu dirinya dipinggirkan di sini,” ujar nya lagi.

Walaupun Ku Tera mempunyai pengaruh kuat di DUN Telemong, beliau dikatakan tidak akan mendapat keistimewaan daripada semua cawangan yang ada di situ. Malah, Mad Nong pula mungkin mendapat sebahagian daripada pencalonan tidak seperti mana Ku Tera yang tewas teruk di kubu kuat Rosol Wahid, di DUN Ajil. Nisbah di situ dikatakan 50:50.

Manakala, majoriti cawangan DUN Kuala Berang, kubu kuat orang buangan Ahmad Said, Haji Zawawi Ismail (Cikgu Awi), akan memberikan pencalonan kepada Mad Nong.

Sekiranya itu berlaku, Ku Tera pasti akan kelemasan kerana sebahagian daripada DUN Telemong yang berpaling tadah akan membuatkan kemnya panas punggung. Jika diharapkan DUN Manir, ahli Umno di siti pasti mahu membalas dendam lama kepada beliau ekoran tindakannya tidak membantah persempadanan semula Kuala Telemong ketika ditarik masuk ke DUN Telemong ketika beliau menang di situ.

Jika Berjaya mencuri beberapa pencalonan di Manir sekalipun, ia tidak menjejaskan Mad Nong kerana di situ hanya wujud 16 cawangan Umno sahaja.

Exco Pertanian, Rozi Mamat yang mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar harian juga dilihat kepanasan, dan amat bimbang dengan situasi yang melanda Umno Hulu Terengganu mutakhir ini.

Katanya, pencalonan yang dibuat bukan melambangkan sikap sebenar ahli Umno Hulu Terengganu, tetapi dalam nada berbeza beliau mengharapkan ada jalan penyelesaian sebelum pemilihan peringkat bahagian diadakan dalam tempoh 3 bulan lagi.

No comments: