Monday, April 27, 2009

Dalam Pas juga ada kesilapan: Harap perbetulkanlah

Seorang naib presiden terkejut dengan dakwaan bahawa pembantu-pembantu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berusaha untuk melaga-lagakan menteri besar Kelantan itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerajaan perpaduan.

Dakwaan tersebut dibuat oleh anak Nik Aziz sendiri - Nik Abduh yang juga timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan - dalam blognya Jumaat lalu.

Naib presiden tersebut, Ahmad Awang berkata, dakwaan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pemimpin dan ahli PAS mengenai siapakah yang dimaksudkannya.

Ahmad juga terkejut dengan tulisan Nik Abduh yang dianggap kasar apabila menyifatkan usaha pembantu Nik Aziz tersebut sebagai satu usaha yang 'sesat'.

"Saya sendiri terperanjat, Nik Abduh cakap macam itu.

"Satu perkataan... 'sesat'. Terperanjat juga dia (Nik Abduh) tulis begitu," kata Ahmad ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam blognya itu, Nik Abduh yang juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS pusat, menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Abdul Hadi.

Timbul kekeliruan

Nik Abduh menulis: "Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!".

Mengenai pembantu-pembantu Nik Aziz itu yang dirujuk oleh penulis, Ahmad berkata: "(Oleh kerana) pembantu-pembantu itu disebut secara umum, tidak secara khusus, ia boleh menimbulkan kekeliruan.

"Tetapi sekadar tafsiran, (mereka boleh jadi) orang-orang yang bersama Tok Guru (Nik Aziz) di Kelantan... orang di sekeliling Tok Guru dalam kerajaan (negeri)... exco dan pimpinan parti," katanya.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak nampak adanya elemen untuk melaga-lagakan Nik Aziz dengan Abdul Hadi tetapi mengakui pada umumnya mereka ada perbezaan pendapat tetapi tidak sampai ke peringkat berlaku 'pergeseran'.

Maka, katanya, terdapatlah pemimpin PAS yang bersetuju dengan pandangan menteri besar Kelantan itu dan ada pula yang bersetuju dengan pendapat ahli Parlimen Marang itu.

"Bukan disengajakan jadi begitu," kata Ahmad sambil menambah bahawa beliau difahamkan terdapat pertemuan antara Nik Aziz dan Abdul Hadi berhubung isu kerajaan perpaduan di Kelantan.

9 comments:

Anonymous said...

SALAM ZIARAH PD TUAN PUNYE BLOG INI
APA YG NIKABDUH CUBA NAK SAMPAIKAN IALAH KEBENARAN WUJUDNYA PIHAK DALAMAN YANG TAK SUKA KPD PERPADUAN. ADA PIHAK DALAMAN (MELALUI TGN2 GHAIB DR LUAR) YG CUBA MENGKUCARKACIR PERJUANGAN ASAL PAS. NAK MELIBERALISASIKAN AKIDAH ORG2 PAS. SETIDAK2NYA TINDAKAN NIKABDUH ITU ADALAH WAJAR KERANA DIA SYGKAN PAS DAN MENGELAKKAN PAS DRI TERJERUMUS LEBIH JAUH LG

Jeng!Jeng!Jeng! said...

salam...YB apa habaq?.. ada sihat ka? lama tak sembang..sibuk ka?

-asz- said...

sekadar renungan http://etymoslogos.blogspot.com/

hasellusiby said...

benar..siapalah yang tak wat silap...

apapun, tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

......................................

Shahnizat bin Sakiran said...

Assalamualaikum Tuan,
Saya adalah guru SRAB Kota Tinggi Johor. (SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU KOTA TINGGI JOHOR)

Saya ada membaca tentang SRAB di Terengganu. Bolehkah Tuan menjelaskan tentang SRAB Terengganu dari awal penubuhannya, pencapaiannya dan sumber2 bantuan yang diterima.

Di Johor, terdapat 8 buah SRAB yang mana setiap satu daerah mempunyai sebuah sekolah. SRAB adalah milik kerajaan negeri johor dan pentadbirannya di bawah Jabatan Agama Johor Bahagian Pendidikan. SRAB ditubuhkan lebih 11 tahun lalu oleh kerajaan negeri. SRAB mempunyai bangunannya sendiri dan di SRAB Kota Tinggi terdapat 30 orang guru dengan hampir 400 orang murid.

Sesi persekolahan bermula jam 7.45 hingga 4.30 ptg. matapelajaran yang diajar meliputi semua subjek KBSR dan KBSA (Kurikulum Baru Sekolah Agama Johor) seperti tauhid, akhlak , ibadat, sirah , jawi , Al-quran, PAQ (tafsir), dan beberapa lagi. murid-murid dikehendaki membayar rm 50 sebulan untuk sarapan dan makan tengahari.

srab di johor telah berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang UPSR terutamanya SRAB MUAR yang saban tahun melahirkan paling kurang 20 orang mendapat 5A dalam UPSR. begitu juga SRAB daerah lain.

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"FIESTA ALQUDS TRAVEL FAIR"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Tel No : 609-747 9999

sagoku said...

HIDUP PKR,PAS.KITA HARUS BERJUANG UNTUK TUMBANGKAN BN..
REFORMASI.

Chuck said...

Aslkm.Nama korang versi korea ? nak tahu ? klik sini skrg http://merdayka.blogspot.com ,ok bye

KampungChelsea said...

Aslkm,salam ziarah...minat bola ? jom join blog bola versi piala dunia ni http://kampungpialadunia.blogspot.com ,ok bye