Monday, March 16, 2009

Sekilas Pandang Menjelang dhuba...




Pemimpin Tertinggi Pas perlu jelas pendirian mereka..


KENYATAAN terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang menjelaskan Majlis Kepimpinan Tertinggi pakatan DAP-PAS-PKR berhubung cadangan pembentukan kerajaan campuran di negara ini, menarik perhatian penulis ketika ramai pemerhati politik dibuai berita-berita sensassi politik semada di Perak.

Kenyataan sekali gan itu menggambarkan di peringkat pucuk pimpinan Pakatan sendiri tidak ada pemuafakatan mengenai kaedah bentuk kerajaan campuran BN-Pas yang dimaksudkan itu.

Ini juga memperlihatkan tidak ada persefahaman antara parti gabungan dalam Pakatan rakyat itu dalam menentukan pendirian berhubung isu yang boleh menyentuh perasaan ahli parti terbabit di peringkat akar umbi.

Malah di kalangan pemimpin BN sendiripun mungkin masih belum jelas lagi apa yang dinamakan kerajaan campuran yang dimaksudkan. Jika tidak, sudah tentu calon Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak mengeluarkan kenyataan meminta penjelasan atau butiran terperinci mengenai bentuk kerjasama yang dimaksudkan itu daripada pemimpin tertinggi Pas, sama ada Abdul Hadi atau Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Naib Presiden UMNO itu berkata, cadangan itu juga harus datang secara rasmi daripada kepimpinan tertinggi Pas sama ada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau percaya kepimpinan UMNO dan BN sentiasa bersikap terbuka kepada cadangan munasabah yang meletakkan kepentingan orang Melayu dan negara selain untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.
''Secara pribadi, kalau niat ikhlas mencari titik persamaan untuk keluar daripada kemelut politik hari ini, saya rasa tidak salah untuk dia membuat cadangan itu.

''Tentulah kepimpinan UMNO dan BN nak tahu apa isu kandungan cadangan tersebut secara jelas,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang berharap BN dapat menerima cadangan pembentukan kerajaan campuran BN-pakatan pembangkang di negara ini.

Takiyuddin berkata, cadangan itu yang dibuat oleh Abdul Hadi baru-baru ini, penting bagi mengembalikan negara kepada keadaan aman dan tenteram.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, UMNO dan BN bersikap terbuka dalam soal itu dan tidak mahu menutup ruang atau mengutuk pihak yang berniat baik.

Manakala Lim pula berkata, buat masa ini, DAP sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan pusat berhubung aspek ekonomi.
Dalam aspek kerajaan campuran, berpendapat bagi DAP tiada (kerjasama) tetapi untuk bekerjasama dengan BN bagi memulih dan menstabilkan ekonomi negara yang kian parah kesan kegawatan ekonomi di peringkat global, ia boleh diwujudkan.

Difahamkan setakat ini, Nik Aziz belum mengeluarkan kenyataan berhubung kersama itu walaupun sebelum ini beliau pernah menyatakan keraguan mengenai keikhlasan BN dan Umno mendekati Pas dalam isu berkaitan kerjasama itu, kerana pengalaman Pas dalam BN dahulu banyak mengajarnya lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan.

Nik Aziz menerima panggilan dan pertanyaan bertalu-talu daripada penyokong-penyokong Pas di sebelah Utara Semenanjung apabila kenyataan (kerjasama) itu disiarkan dalam media masa arus perdana melalui kenyataan pemimpin peringkat negeri, termasuk dari Takiyuddin sendiri.

Mursyidul Am Pas itu mungkin `mengkivkan’ dahulu kenyataannya sebelum ia terdesak mengeluarkan kenyataan keramat atau pemutus kepada polimik itu.
Apapun pemimpin tertinggi sepertinnya, termasuk Abdul Hadi perlu memberi jawapan kepada persoalan jika ingin menyelamatkan parti daripada dieksploitasikan oleh mana-mana pihak yang mencari keuntungan, terutama dalam menghadapi pilihan raya kecil serentak di Perak tidak lama lagi.

Mereka tidak harus memandang remeh kerana ramai pemerhati politik akan memberi perhatian dan tumpuan tindak tanduk parti itu dalam menangani isu berkenaan kerana ia boleh mempengaruhi suasana politik semasa negara, termasuk isu peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib dalam masa terdekat ini.

Dalam keghairahan ingin mendapatkan kenyataan pemimpin tertinggi Pas untuk mendapat penjelasannya, penulis sempat menemui Nik Aziz secara kebetulan ketika melawat pelajar cemerlang yang mendapat 20A dalam keptusan peperiksaan SPM yang diumkan Khamis lalu.
Daripada reaksinnya, ternyata beliau tidak begitu bersetuju dengan cadangan kerjasama kea rah pembentukan kerajaan campuran itu. Beliau ternyata ragu-ragu untuk menerima cadangan itu walaupun Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Hadi Awang menyambut baik cadangan itu. Ini sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan antara pemimpin peringkat atasan Pas dalam isu ini. Kenyataan itu agak berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Swetiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Sebagai pemimpin politik yang matang, Nik Aziz tidak menolak secara total cadangan kerjasama itu, cuma beliau mengaitkan dengan pengalaman lalu di mana Pas pernah bersama BN dalam kerajaan campuran ketika Presidennya diterajui oleh Datuk Asri Muda di mana banyak kenangan pahit manis yang dirasainya sepanjang berada dalam kerajaan campuran itu sebelum Pas didakwa ditendang daripada parti gabungan itu.

Bagaimanapun, Nik Aziz berkata, segala pandangannya hari itu terhadap isu itu sebagai pendapat pribadinya yang bukan merupakan keputusan muktamat atau kata putus. Kata putus atau keputusan muktamad hanya akan ditentukan oleh Pas peringkat pusat, sama ada oleh Dewan Syura atau Dewan Harian. Sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti.

p/s: sekadar mencelah dari blog sahabat

No comments: