Friday, March 6, 2009

Masuk Pasaraya Takleh Pakai Jaket??

Dari Kacamata Tetemanku...

Seorang teman megalih pemerhatian penulis yang buntu memikirkan isu kemelut politik di Perak apabila dia menceritakan bagaimana sebuah pasar raya di Kota Bharu menghalangnya memasuki permis itu kerana memakai baju jaket.


Pihak pengawal keselamatan pasar raya itu didakwa mengarahkan teman penulis itu (seorang wanita) dari memasuki permis berkenaan untuk membeli belah bersama beberapa orang anak buahnya yang merenget mengajaknnya berjalan-jalan selepas berasa boring tinggal di rumah sebaik selesai makan malam itu.


Takala melangkah ke pintu masuk pasar raya berkenaan pengawalnya memintanya menaggalkan jeket yang dipakainya dan meninggalkan di tempat penyimpanan barangan sebelum memasuki ruang pameran dalaman. Teman penulis itu keberatan untuk menanggalkan jeketnya bukan kerana bimbangkan jeket itu hilang, tetapi segan kerana pakaian dalam yang dipakainya tidak menutup aurat. Penulis terfikir kemungkinan teman itu yang tidak pernah memakai pakaian separuh dering yang boleh menampakkan susuk badan yang menonjol di sana sini akibat tumbesaran dan kematangan seseorang masih berstatus gadis. Lalulah berlaku soal jawab antara teman dengan pengawal keselamatan itu sehinggalah akhirnya dia dibenarkan kemudiannya atas budi bicara pihak pengurusan pasar raya terbabit.

Hati penulis terdetik, apakah peraturan yang dikenakan pihak pasar raya supaya menanggalkan pakaian baju jeket atau meninggalkan barangan sebagaimana beg galas yang mengandungi barangan berharga di dalamnya di tempat menyimpan barangan pelanggan menjadi peraturan tetap pasar raya di negara ini atau sesetengan pasar raya sahaja. Mengikut pengamatan dan pengalaman penulis yang tidak pernah merujuk kepada sesiapa dan mana-mana pihak, peraturan itu tidak wajar. Ini kerana ketika ini kebanyakan pasar raya tidak menghalang pelanggan membawa beg (termasuk yang mengandungi barangan berharga seperti komputer riba atau laptop kerana pihak berkenaan tidak dapat menjamin keselamatan barangan itu jika berlaku kehilangan ketika ditinggal atau diletakkan di tempat penyimpanan barangan pelanggan.

Secara logiknya penulis terfikir peraturan itu dikuatkuasakan premis berkenaan bagi mengelakkan berlakunya kecurian dalam ruang pameran barangan di pasar raya itu yang tidak mampu diselia oleh pengawal keselamatan jika pasar raya berkenaan tidak mempunyai CCTV.

Penulis pernah berkunjung ke kebanyakan pasar raya di ibu negara Kuala Lumpur tidak pernah diarah meninggalkan beg galas yang disandang ketika memaski premis berkenaan oleh pengawal keselamatan, apa lagi pakaian jeket luar untuk mengelak kesejukan. Ini bermakna peraturan itu tidak standard atau selaras di semua pasar raya di negara ini. Atau apakah pasar raya di Kota Bharu itu tidak mempunyai alat pencegah kecurian dalaman atau CCTV yang disapasang di ruang pameran barangan. Tidak dapat disahkan sehinggalah suatu penyelidikan khusus dilakukan ke atas permis terbabit.
Yang pasti, peraturan kawalan keselamatan di pasar raya di negara ini tidak seragam barangkali ia bergantung kepada tempat dan keadaan.
Penulis terfikir apakah wajar pihak pengurusan pasar raya terbabit mengenakan syarat yang begitu ketat (melarang pelanggan memakai pakaian jeket) semata-mata untuk mengelak kemungkinan pelanggan yang berpakaian seperti itu mencuri dengan memasukkan barangan ke dalam baju jekat yang dipakainya.

Jika benarlah ini menjadi suatu peraturan tetap bagi pasar raya itu, ia mungkin boleh menjejaskan minat pelanggan untuk berurusan dengan pasar raya terbabit kerana selain pelanggan terpaksa dikenakan syarat yang bgitu ketat untuk mengunjunginya, ia juga menunjukkan pasar raya berkenaan tidak mempunyai sifat “mesra alam” atau mesra pelanggan. Wallahu A’lam.