Saturday, April 26, 2008

Takkan lah....tapi GELABAH?


Pembangkang lancar Perang Psikologi: Jangan ambil mudah

Apa punya 'haru biru' Amno la ning. Kelmarin Abg Mat Jib Altantuya beromong "tidak benar MP dari SS (Sabah&Sarawak) lompat ke PR, tapi kena ambik cakna. Semalam Kak Pidah si Muka AP berkata pula, "Pembangkang lancar perang Psikologi raih keuntungan politik, tapi jangan pandang ringan,".

Agaknya, semua pemimpin Amno la ning memang duk sakit kepala memikirkan kenyataan celupar Anwar dan beberapa pemimpin PR yang melaungkan 30 MP SS akan lompat jambatan PR. Laaa...ingatkan buat derrkkkk jer! Rupa-rupanya dah jadi barah. Kesian betullah.

Perang saraf PR yang diketuai Anwar nampaknya berjaya memporak perandakan Amno. Setiap kenyataan yang dibuat mesti kena hentam Pakatan Rakyat. Mereka terlalu bimbang tsunami kedua menjadi realiti, hilang kuasa, hilang harta, hilang maruah. Mungkin mereka hanya terbayang satu sahaja jika PR ambil alih Persekutuan: Penjara di Malaysia.

Apa salahnyer Kak Pidah, Abg Jip Altantuya dan Pak Lah...kalau PR perintah pun bukannya nak sumbat kamu dalam tu membuta jer. Kena siasat dulu, bersih BPR & Polis ngan 'clorox' 30 tan dulu. Baru dakwa. Dan kalau betul bersalah nanti, silakanlah buat lawatan jangka panjang ke mana-mana penjara pilihan, kan!

Itulah sebenarnya kekalutan & ketakutan yang mencengkam para pemimpin Amno dan BeEnd ini. Mereka lupa bahawa ciptaan Allah SWT adalah berpasangan. Yang hidup pasti mati, yang tumbuh akan layu, menangis jadi ketawa, bujang akan kahwin, dan yang berkuasa pasti suatu hari nanti akan tumbang menyembah bumi, dek hilang kekuasaan mereka.

Kamu semua dah senja wahai Bapak Menteri dan vateran Amno. So, kembalilah ke pangkal jalan dan bertaubat untuk kesejahteraan di alam ghaib (barzakh) nanti. Allah berikan akal, gunakalah untuk berfikir tentang kebesaranNYa. Amin!

No comments: