Monday, April 28, 2008

MB Berubah selepas dinasihati Sultan?


Perubahan Ketara MB Terengganu: Ramai Garu Kepala

Banyak spekulasi yang kedengaran apabila kita melihat perubahan ketara MB Terengganu, Abg Mad Said. Apabila sesuatu perkara dibuat, tentunya ada andaian atau agakkan daripada masyarakat yang ingin membuat kesimpulan. Walaupun benar atau tidak, ada andaian tersebut mungkin betul atau 'terbetul' macam kita tangguk udang di air keruh, kadangkala dapat dan banyak jugak yang terlepas.

Berkisar tentang Abg Mad kita, semalam ana ada jumpa sahabat di bandaraya Kuala Terengganu. Beliau ni pun penulis salah sebuah akhbar alternatif yang mahsyur jugalah. Biasalah, apabila ke bandaraya KT selepas membereskan kerja wajib, ada masa terluang kami bersembang sambil makan dan minum. Semalam giliran ana yang belanja...Ng Chai Heng (Pengerusi Kelab Penyokong Cina PAS Trg) pun ada sekali. (Dgn. Chai Heng pun ada berita menarik...nanti ana tuliskan).

Kaki penulis macam ana dan member tadi biasalah, bila jumpa mesti borak pasal hal semasa, dan selit jugaklah hal Abg Mad yang mana banyak kenyataan beliau di akhbar2 mendapat liputan. Selain itu, kenyataan MB Terengganu tu pun menarik perhatian pihak pembangkang.

Ana ajukan pertanyaan, "La ning banyok doh perubahan Abg Mad kita. Dulu memang kita kutuk rapat dia, sebab ramai yang tau dia ni sebenornya jahat pada Derih Jusoh lagi,". "Ke ada mende-mende?" tanya ana lagi.

"Mung dok tahu ke, yang sebenornya dia mungkin insaf bila dah jadi MB. Banyok mende nak kena pikir dan nak seattle. Manalah tau kalu dia beruboh sungguh," jawab sahabat ana tu.

Katanya lagi, pokok pangkal sebenar perubahan Abg Mad tu disebabkan pertemuan demi pertemuan antara beliau dengan Tuanku Sultan Mizan yang banyak menasihatkan beliau supaya melakukan perubahan demi kepentingan rakyat. Malah, kesediaan Mad Said mendengar nasihat itu mungkin juga telah membuka hatinya untuk akur dengan kehendak sebagai ketua pentadbir negeri berbanding kepentingan politik dan peribadi.

Ada juga kebenarannya, kerana sejak akhir-akhir ini beliau sering melakukan kerja-kerja amal dengan mendekati rakyat miskin dan turun padang melihat kesusahan rakyat secara dekat. Tidak kiralah ianya secara kebetulan atau tidak, tetapi semua itu jarang dilakukannya ketika menjadi Exco dahulu. So, tidak hairanlah kebanyakan kenyataan beliau kadang kala menongkah arus, serta tidak sebulu dengan naluri pemimpin atasan Amno yang lain.

Selain mahu mengkaji semual projek besar yang kurang memberi manfaat kepada rakyat, membuat kenyataan mahu kerajaan pusat kembalikan royalti minyak, tidak mahu menerima hadiah ketika merasmikan majlis, akan berjumpa dengan orang yang benar-benar memberikan pandangan serta idea bernas, malah terbaru beliau dikatakan akan mengkaji semula pemberian tanah-tanah lot RTB yang ditarik balik oleh Idris Jusoh ketika tuan punya tanah mendapatnya semasa pemerintahan PAS dulu.

Rentak beliau sebagai MB sehingga kini menampakkan ada sedikit perubahan berbanding zaman Idris dahulu. Dan jika diteruskan tidak mustahil beliau akan disanjung sebagai MB cakna rakyat dan tentu sekali 'SAHAM'nya terus memuncak. Cuma kita sebagai rakyat biasa berharap itu bukanlah retorik semata-mata yang sekadar mahu meraih publisiti murahan. Kerana kebiasaannya 'ketemberangan' seseorang itu akan bocor jua jika beliau tidak telus dan ikhlas dalam menjalankan amanah Allah SWT.

Harapan jua, agar pertemua serta nasihat daripada pihak Istana banyak menyedarkan beliau. Dan mungkin di luar tahap pemikiran, kita doakan hati Abg Mad terbuka untuk menerima Islam, sekaligus beliau suatu hari nanti akan masuk dalam pakatan PR walaupun bukan dalam PAS sekalipun. Takbir!!

No comments: