Saturday, April 26, 2008

Artis perosak bangsa

Artis, ikon menjahanamkan remaja

Ada pepatah mengatakan, tanpa lagu apalah makna hidup. Ermm…ungkapan itu menunjukkan betapa berjayanya rejim Yahudi & Israel serta kaum kafir ‘menjahanamkan’ umat Islam di dunia.

Apa yang menarik, di Negara kita sendiri, artis sudah menjadi sinonim dan ikon kepada remaja, bahkan golongan dewasa. Huh! Inilah bidang yang sering mendapat tempat di hati pemerintah. Pergi jahanamlah dengan Islam, buang masa saja kalau buat program berunsur Islam, dan kalau buat pun kerana adanya sambutan yang berkisar dengan sambutan dan hari kebesaran Islam, seperti Maulidur Rasul.

Hari raya? Hancur…semua program hari raya tertumpu pada artis.

Lebih 50 tahun, BN dan Amno memmerintah, namun artis tetap jadi pujaan. Jangankan nak buat pondok, nak iktirafkan pengajian pondok jauh sekali.

Nampakkah kita bahawa artis sedang menuju kehancuran? Terbaru, trend artis kahwin cerai menjadi-jadi. Umat Islam Negara kita bukan nak kaji sebab musabab dia, tetapi turut sama meluahkan rasa sedih pada artis pujaan mereka. Malang sungguh kita yang diutuskan sebagai khalifah Allah, kini menjadi hamba syaitan. Ini ana selitkan beberapa orang artis yang sebenarnya ikon kemaksiatan, yang kahwin cerai. Mereka sebenarnya menerima balasan Allah SWT di atas muka bumi ini lagi dengan penuh aib dan kehinaan.

  1. Natasha Hudson + Mohd Faiz Mohd Raih = tempoh 4 bulan
  2. Beego + Intan Shahira =tempoh 3 bulan
  3. Haflin Saiful + Don Nazar =tempoh 1 tahun
  4. Anis Suraya + Wan Kasmizi =tempoh 1 tahun 7 bulan
  5. Farah Asyikin + Dr. Farid = pilih hidup sendiri(konon bahagia)
  6. Rossa + Yoyo =suami main kayu 10 dengan wanita lain
  7. Banyak lagilah kalau nak list

*ana ambik sumber Sinar Harian. = Wallahualam!

No comments: