Saturday, April 26, 2008

Abg Mat Said dah hilang gabra...?

Dulu Mengembek.....kini mengaum!

Kelantangan Abang Mat Said Sejid Bujal sejak seminggu dua ni dah mula kedengaran. Saban hari beliau yang duk memikirkan hal (nasib) dirinya yang mungkin rasa terbuang, kini mula bersuara, suara itu bukan lagi suara kambing yang hanya ada pada Rosol Wahid, tetapi suara MENGAUM yang semakin berani.

Kenapa? Yerlah, dulukan dilantik secara kontrovesi, apa orang nak kata buat pekak 'bluehypoo' dah ler. Namun, detik waktu amat cepat berlalu. Daripada seorang yang agresif, bila naik ke sarang MB, Abg Mad kelihatan 'cool', maklumlah nak jaga hati rakyat. Tapi itulah sepatutnya pun.

Daripada mengalah tak nak sentuh pasal Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Kini beliau dah mula asah taring. Bukan nak gigit sesiapa tetapi nak bagi amaran kat Pak Lah agar teropong taringnya itu, samada tajam atau tumpul. Semalam, beliau mula bersuara, dan katanya dah nak ambil alih tampuk kedua kepimpinan Deris, iaitu Ketua Eksekutif Parti di Negeri Darul Iman ini.

Nampaknya, 'back-up' daripada pemimpin tertinggi Umno yang mengatakan tsunami di Terengganu sudah reda, tidak berasas sama sekali. Selain kepimpinan Abg Mad tak dapat restu Pak Lah, Abg Mad difirasatkan akan menerima nasib sebagaimana negeri PR yang tidak diendahkan oleh kerajaan Persekutuan. Nasib lah Abg Mad Said Sejid Bujal...

No comments: