Saturday, August 2, 2008

PERMATANG PAUH

Satu Percaturan Yang Kurang Cerdik

Sememangnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan seorang berkarisma dalam usaha melakukan ‘Reformasi’ di negara ini. Beliau bukan sahaja seorang pemidato hebat, tetapi merupakan seorang ‘genius’ yang berani dan tabah.

Namun, dalam kecerdikan beliau mengeluarkan buah fikiran, ada juga kadang kalanya merugikan pihak PKR khususnya dan Pakatan Rakyat (PR) amnya.

Pengunduran Wan Azizah sebagai penyandang Parlimen Permatang Pauh merupakan satu kesilapan besar dalam sejarah PKR. Ini bukan berniat merendahkan martabat atau kemampuan PKR dan Dato’ Anwar Ibrahim, tetapi dalam klausa pilihanraya penuh penipuan serta sejarah kemenangan yang amat perit dalam pilihanraya kecil, akan menceritakan segalanya.



Anwar Ibrahim mempunyai alasan untuk membuktikan kredibilitinya. Begitupun, pihak kerajaan di bawah teraju Barisan Nasional pasti turut menanti saat ‘kebodohan’ PKR ini. Dalam suasana kancah politik tenat BN/Umno, mereka kini seolah-olah telah diberi nyawa oleh pembangkang untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap mereka. Ia tidak lain adalah ‘kemenangan’ selesa di Permatang Pauh.

Semua orang tahu, majoriti lebih 13 ribu mungkin banyak. Namun, tidak bagi BN. Sedarkan PKR, bahawa pemimpin BN sedang meraikan kejayaan mereka di Permatang Pauh, walaupun entah bila agaknya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengumumkan tarik pilihanraya.

Kenapa PKR sanggup mengorbankan Permatang Pauh?

Mungkin Anwar terlupa bahawa kerajaan Malaysia masih lagi dikuasai oleh BN, bukannya PR. Dan dalam keterlupaan itu, Anwar begitu yakin menterbalikkan keputusan di tampuk selesa isterinya itu.

Sebaik sahaja Wan Azizah melepaskan kerusinya di Permatang Pauh, pemimpin BN/Umno telah membuat pelbagai kenyataan, mengambarkan keyakinan mereka merampas kembali kubu kuat pembangkang selama tiga penggal itu. Nada mereka sinis berbaur ‘penghinaan’, seolah-olah Anwar telah menempah maut lebih awal.

...akan dikemaskini

baca selanjutnya...

Friday, August 1, 2008

VATERAN KUASAI MESYUARAT UMNO CAWANGAN KUALA BERANG

hasrat golongan muda cabar ketua cawangan gagal

Hasrat Suhaimi Mohd, (Pengerusi JKKK Sungai Petai) mencabar Pengerusi JKKK Kuala Berang, (Penyandang Ketua Cawangan Umno Kuala Berang) akhirnya berkubur apabila pencalonan beliau ditolak Pengerusi Tetap Umno Cawangan Kuala Berang.

Mesyuarat yang berlangsung di Dewan serbaguna Taman Jalan Pusara Kuala Berang itu hampir kecoh apabila pencalonan tersebut ditolak oleh pengerusi tetap, Cikgu Abdul Razak. Alasannya, pencadang kepada Suhaimi, iaitu Mahadi Mustafa lewat mengemukakan cadangan, sedangkan pencalonan sudah ditutup.


Pada masa yang sama, Pengerusi Tetap pula seolah-olah menyokong seorang pencadang agar pencalonan ditutup. Ini menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan pihak pemuda yang sememangnya telah merancang untuk meletakkan calon mereka menentang penyandang, Kamaruddin (Mad Din) sebagai Ketua Cawangan yang baru.

Salah seorang perwakilan yang ditemui berkata, adalah tidak wajar Pengerusi Tetap menolak cadangan awal Mahadi yang mencalonkan Suhaimi sebagai lawan kepada Mad Din. Alasan yang diberikan pengerusi amat remeh, dengan mengatakan Mahadi tidak layak membuat cadangan kerana berada di tepi dewan, dan bukannya di atas kerusi dalam dewan. Malah, dengan keadaannya pada masa itu, beliau hanya dianggap sebagai pemerhati sahaja.

“Sepatutnya pengerusi boleh menerima pencalonan daripada Mahadi, namun disebabkan rasa bimbang calon favouritenya tewas, maka beliau dengan cepat menutup pencalonan tanpa mengambil sedikit masa untuk menanti pencalonan lain.

“Ini juga menunjukkan golongan vateran Umno Cawangan Kuala Berang tidak mahu menerima perubahan daripada golongan muda, selain menjadikan jawatan tertinggi seolah-olah sebagai tradisi untuk satu pihak sahaja.

Katanya, kumpulan Mad Din juga mungkin telah merancang agar pengerusi memainkan peranan agar majlis tersebut dikuasai oleh beliau dan tidak dicabar oleh sesiapa pun.

Menurut sumber dari Cawangan Umno Kuala Berang, Suhaimi memang berhasrat bertanding jawatan Ketua Cawangan menentang Mad Din. Ia berdasarkan hasrat ingin melakukan perubahan dan tidak ada sikap pilih kasih dalam cawangan sebagaimana yang diamalkan oleh Mad Din selama ini.

Beliau juga dikatakan berang dengan sikap Mad Din yang dikatakan tidak membayar yuran bagi 168 orang ahli pemuda cawangan sebagai jalan ‘mencantas’ undian kepasa Suhaimi jika beliau boleh bertanding kelak.

“Golongan veteran tidak nampak bagaimana taktik kotor yang dilakukan oleh Ketua Cawangan ini. Mereka hanya digula-gulakan janji manis sahaja, sedangkan selama dua tahun lepas, banyak perkara yang tidak dibereskan oleh beliau.

“Walaupun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ketua cawangan, kumpulan Mad Din bijak memainkan perasaan golongan veteran agar tidak mempercayai kepimpinan baru. Malah, ada unsure ugutan yang dibuat team Mad Din terhadap golongan yang menentang,” ujar seorang AJK Pemuda Cawangan itu.

Majlis yang selesai sekitar jam 12 tengahari itu menyaksikan perubahan berlaku terhadap Ketua Pemuda sahaja. Penyandang, Wan Rozlan telah menarik diri dan pencalonan Yusrizan Mustaffa disokong sebulat suara.

Mad Din pula yang dipilih semula sebagai ketua cawangan, tampil membuat cadangan 15 AJK lama dikekalkan, dan mendapat sokongan sebulat suara.

Bagaimanapun, Cawangan ini membuat kejutan apabila mencalonkan regu Ku Tera dan Rozi Mamat sebagai calon Ketua dan Naib Ketua Bahagian menentang Mad Nong dan Rosol Wahid.

Ini mungkin disebabkan calon ketua cawangan, Suhaimi yang difahamkan team Mad Nong dan Rosol tewas dan telah memberi laluan kepada Ku Tera dan Rozi Mamat dicalonkan.

baca selanjutnya...

Tuesday, July 29, 2008

AHMAD SAID ISYTIHAR PERANG TERHADAP IDRIS JUSOH


ISU pembelian Mercedes Benz E200 Kompresor sudah berlarutan hampir dua minggu. Bukan sahaja menjadi isu menarik untuk diikuti, malah ia merupakan satu isu yang menggegarkan kepimpinan Ahmad Said di Terengganu. Memang benarlah apa yang dikatakan, bahawa bumi Penyu Menangis ini tidak lekang dengan pelbagai isu hangat yang melanda Barisan Nasional (BN) terutama terajunya, Umno.

Jika diteliti kronologi dan rentetan isu berkenaan, ia tidak dapat lari daripada kemelut peribadi di antara Menteri Besar dan mantan Menteri Besar Terengganu. Jika di gelanggang, kita boleh rentangkan banner sebegini; Ahmad Said VS Idris Jusoh.


Terbongkarnya isu penyelenggaraan Perdana Eksekutif V6 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu yang melampau ekoran kesinambungan isu panas pembelian Mercedes Benz E200 Kompresor merupakan satu perisytiharan perang yang dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said terhadap ‘musuh’ rapat beliau, Dato’ Idris Jusoh. Adakah ini kenyataan? Ada kemungkinannya.

Mengapa?

Bila menyebut pergolakan politik BN di Terengganu, ia tidak lari daripada membicarakan dua tokoh berpengaruh di sini, Ahmad dan Idris. Sebenarnya rakyat negara ini tidak pernah lupa ‘siapa Umno’. Sebuah parti yang penuh dengan pergolakan dan perebutan jawatan. Kerana jawatan mencerminkan kekuasaan dan kekayaan.

Sekiranya ada yang mengatakan tidak ada dendam di dada insan yang disingkirkan dalam persaingan merebut jawatan tertinggi di Terengganu, ianya adalah bohong semata-mata. Bagaimana Idris Jusoh tidak kecewa dengan kedudukannya yang diaibkan sebegitu rupa, dan bagaimana pula Ahmad tidak merasakan kedudukannya terancam selagi pengaruh Idris tidak dihapuskan secara total di bumi Terengganu ini?

Mercedes dan Perdana adalah sebab musabab kepada pertentangan itu. Asasnya adalah ‘kuasa’, ‘resedure repower’ iaitu kuasa pemutus terakhir yang diperlukan oleh oleh kedua-dua mereka tadi untuk menjadi ketua kepada sebuah kerajaan.

Idris tidak bodoh, dan Ahmad pula bukanlah lemah. Namun, percaturan politik bijak akan menyelamatkan maruah masing-masing. Ini sedang berlaku.

Ahmad Said mungkin mengunakan ruang yang ada dengan mengetengahkan isu pembelian kereta Mercedes sebagai landasan untuk ‘menyerang’ Idris secara berperingkat. Beliau bijak melakukan pendekatan agar Idris kelemasan, bagi menyelamatkan dirinya yang hampir lemas dalam kemelut pemilihan ketua bahagian di seluruh negeri sekarang.

Dalam kesedaran yang tinggi, di mana kumpulannya tidak mendapat sokongan padu di peringkat akar umbi, Ahmad perlu melakukan sesuatu agar dapat mengalih perhatian rakyat dan ahli Umno daripada terlalu menumpukan perhatian kepada pemilihan. Selain itu, ia juga sebagai langkah memporak perandakan team Idris Jusoh agar tidak mendapat pencalonan yang secukupnya.

Bakal menjadi MB tiada pengaruh.

Sebagai Menteri Besar, tentulah maruah perlu dipelihara. Ahmad pasti tidak mahu memahat sejarah sebagai Menteri Besar yang tidak mempunyai pengaruh atau sokongan akar umbi di negara ini.

Begitupun, kemungkinan itu tetap ada. Melihat kepada cabaran sengit dalam pemilihan di lima bahagian Umno di Terengganu sekarang ini, ‘ayam sabung’ Ahmad mungkin kelemasan untuk meraih kemenangan.Tambahan pula ayam tambatan Idris, semakin berani menyanggah setiap kenyataan Ahmad Said, sekaligus menunjukkan ‘kebiadaban’ terhadap bos barunya itu.

Namun, kita mesti ingat bahawa semua wakil rakyat BN/Umno yang ada di Terengganu sekarang merupakan orang-orang Idris Jusoh. Tidak ada seorang pun di antara mereka boleh dikatakan dari team Ahmad Said. Kecuali sekarang ini, barisan Exconya sahajalah yang terpaksa menunjukkan sedikit sokongan kepadanya demi menjaga hati serta patuh kepada arahan.

Bagai orang melepaskan geram, Ahmad tidak puas hanya sekadar isu penyelengaraan Perdana V6 sahaja diungkitkan. Bak kata pepatah, celuk pekasam biar sampai ke lengan. Alang-alang mandi biar basah.

Demi mengukuhkan kebenaran, beliau ‘terpaksa’ juga membongkar segala penyelewengan yang dilakukan semasa era Idris Jusoh berkuasa. Tidak cukup Perdana, kini menular pula kepada Taman Tamaddun Islam (TTI), dan Perlumbaan Kapal Layar Mewah, Monsun Cup. Malah, mungkin banyak lagi yang akan dibongkar selagi Ahmad berkuasa.

Satu keistimewaan Ahmad yang jarang ada pada Menteri Besar sebelumnya adalah sikap berani beliau melakukan perubahan drastik demi kepentingan masyarakat. Biarpun taktik itu disedari mempunyai nilai untuk mempertahankan kepentingan dirinya, ia secara tidak langsung akan meningkatkan populariti beliau di mata rakyat.

Teori yang sama diguna pakai oleh Idris Jusoh. Beliau masih bertahan, memandangkan dirinya adalah anak emas Abdullah Ahmad Badawi. Rosol yang dikatakan bertindak sebagai ‘master-mind’ akan melakukan apa sahaja untuk memastikan survival politik kumpulannya terus bernyawa. Memegang falsafah, ‘tak melawan tetap kalah dan melawan sekalipun akan kalah’, kumpulan ini sabar meneruskan saki baki harapan tipis yang ada untuk kembali berkuasa.

Menyingkap kembali kepayahan Ahmad Said merebut jawatan nombor satu di Terengganu itu, ia sebenarnya telah mematangkan beliau apabila terpaksa bertembung dengan kumpulan Idris Jusoh. Prinsip mesti ada. Samada hidup atau mati. Jika mengikut tradisi, ketua memang sukar disanggah apabila mempunyai kuasa, namun kesungguhan lawannya yang masih mempunyai pengaruh sememangnya membimbangkan Ahmad.

Kita juga mahu melihat bagaimana rentetan peristiwa ini berakhir? Paling tidak, pasti ada kem yang murung dan terpaksa menelan kepahitan. Kalau hanya sekadar murung, itu tidak menjadi masalah. Dibimbangi, kekalahan akan diekori dengan penguatkuasaan. Dendam kesumat tidak hanya berakhir selepas pertembungan dalam pertandingan sahaja, kerana tradisi Umno, mana-mana pihak yang kecundang pasti akan berusaha bangkit, dan yang menang pula akan memastikan puak yang menentang terus berkubur.

Dari sudut pandang penyelewengan, Ahmad berada dalam zon selesa. Idris dan konco-konconya tentu kepanasan sekiranya pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan tugas dengan profesional.Walaupun begitu kita tidak tahu sejauh mana ketelusan badan ‘bebas’ itu bertindak berdasarkan arahan Najib agar Ahmad Said menghentikan tindakannya meneruskan siasatan berkaitan penyelewengan yang dimaksudkan.

Selagi tidak ada keputusan muktamad dalam permilihan peringkat bahagian di seluruh Terengganu, agak sukar meramalkan siapa bakal jadi jaguh sebenar. Kalau sekadar kokokan yang riuh sekampung, tidak bermakna pihak yang paling lantang akan menang, dan bersuara kecil akan tewas. Apa pun, banyak pencalonan pasti akan menjadi modal kuat untuk terus bernafas, dan bagi yang kurang mendapat sokongan di peringkat cawangan, mereka akan terus berusaha meyakinkan perwakilan. Paling tidak menabur ‘ubat’ untuk mengelapkan mata seketika.

Masyarakat tentu mual dengan segala permasalahan yang melanda Umno sekarang ini. Walaupun menghadapi perpecahan yang dahsyat, pemimpin Umno masih melaungkan ego, bahawa rakyat tetap di belakang Umno. Mereka lupa sejarah protes senyap yang baru saja berlaku pada pilihanraya lepas.

Malah mereka juga lupa bahawa dalam Islam itu sendiri, keegoaan akan membawa bencana. Sekarang telah dibuktikan oleh pemimpin Umno sendiri, bagaimana mereka berusaha merebut kedudukan dan kekuasaan tanpa kesudahan. Tidak ada batas sempadan dan batas susila yang boleh dijadikan ukuran keinsafan, sebagaimana kenyataan-kenyataan mereka yang amat manis ketika berhadapan dengan masyarakat.

Ahmad dan Idris menjadi salah satu contoh jelek betapa besarnya barah dalaman Umno. Semua tahu, barah sukar diubati, malah banyak yang membawa maut. Seandainya barah Umno mahu diubati dengan ubat cercaan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, maka mereka telah tersalah mengambil ‘ubat’. Kerana ubat yang paling sesuai bagi Umno adalah kembali kepada Islam dan amalkan cara hidup sihat seperti PAS.



baca selanjutnya...

Saturday, July 26, 2008

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK


OTAK hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggung jawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.


Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku sesama Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang rendah dan mudah kepentingan berzikir dan ada pula yang mengabaikannya.

baca selanjutnya...

Thursday, July 24, 2008

KU TERA (SPEAKER) DIANCAM TAK CUKUP PENCALONAN


Banyak Cawangan 'Benci' Ku Tera

DALAM kerancakan cawangan mengadakan mesyuarat dan pemilihan di kawasan masing-masing, Speaker Dewan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Ku Tera) diancam mimpi buruk tidak cukup pencalonan untuk membolehkannya bertanding Ketua Bahagian Hulu Terengganu.

Terdapat 130 cawangan Umno Bahagian di Hulu Terengganu, dan Ku Tera sekurang-kurangnya mendapat 26 pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding menentang Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman (Mad Nong).


Perkembangan setakat artikel ini ditulis, membayangkan betapa kesukaran yang diterima Ku Tera untuk mendapatkan pencalonan, manakala lawannya nanti mendahului dengan selesa.

Setakat 36 cawangan yang bermesyuarat di DUN Ajil, hanya dua pencalonan dari cawangan kampung Kolam dan Tok Randok yang menamakan Ku Tera sebagai calon. Situasi ini membimbangkan kem beliau yang terpaksa berkerja lebih keras untuk memastikan melepasi tahap 26 pencalonan yang diperlukan.

Menurut AJK Pemuda Bahagian yang tidak mahu dikenali namanya, walaupun mempunyai nama besar di peringkat negeri, dan pernah menjawat Timbalan Menteri Kewangan kedua, Ku Tera diberitakan tidak mendapat tempat di hati ahli Umno di Hulu Terengganu.

Menurutnya, Ku Tera seorang yang besar kepala, dan tidak menghormati orang lain serta mementingkan dirinya sahaja.

“Ku Tera seorang yang angkuh dan tidak mementingkan parti. Beliau lupa bahawa semua cawangan menyokong beliau semasa bertanding sebagai Ketua Bahagian suatu ketika dahulu, kini beliau tidak mahu memberikan kerjasama kepada orang lain pula, sedangkan beliau tahu dirinya dipinggirkan di sini,” ujar nya lagi.

Walaupun Ku Tera mempunyai pengaruh kuat di DUN Telemong, beliau dikatakan tidak akan mendapat keistimewaan daripada semua cawangan yang ada di situ. Malah, Mad Nong pula mungkin mendapat sebahagian daripada pencalonan tidak seperti mana Ku Tera yang tewas teruk di kubu kuat Rosol Wahid, di DUN Ajil. Nisbah di situ dikatakan 50:50.

Manakala, majoriti cawangan DUN Kuala Berang, kubu kuat orang buangan Ahmad Said, Haji Zawawi Ismail (Cikgu Awi), akan memberikan pencalonan kepada Mad Nong.

Sekiranya itu berlaku, Ku Tera pasti akan kelemasan kerana sebahagian daripada DUN Telemong yang berpaling tadah akan membuatkan kemnya panas punggung. Jika diharapkan DUN Manir, ahli Umno di siti pasti mahu membalas dendam lama kepada beliau ekoran tindakannya tidak membantah persempadanan semula Kuala Telemong ketika ditarik masuk ke DUN Telemong ketika beliau menang di situ.

Jika Berjaya mencuri beberapa pencalonan di Manir sekalipun, ia tidak menjejaskan Mad Nong kerana di situ hanya wujud 16 cawangan Umno sahaja.

Exco Pertanian, Rozi Mamat yang mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar harian juga dilihat kepanasan, dan amat bimbang dengan situasi yang melanda Umno Hulu Terengganu mutakhir ini.

Katanya, pencalonan yang dibuat bukan melambangkan sikap sebenar ahli Umno Hulu Terengganu, tetapi dalam nada berbeza beliau mengharapkan ada jalan penyelesaian sebelum pemilihan peringkat bahagian diadakan dalam tempoh 3 bulan lagi.

baca selanjutnya...

Tuesday, July 22, 2008

Lawyer seeks to summon Malaysia's deputy prime minister as witness in murder trial


KUALA LUMPUR- A Malaysian opposition lawyer said Tuesday he hopes to summon the deputy prime minister to testify in the trial of a slain Mongolian woman.
ADVERTISEMENT

The bid to call Deputy Prime Minister Najib Razak as a witness marks the latest attempt by the opposition to link the politician to Altantuya Shaariibuu, a 28-year-old translator who was brutally slain in 2006.

One of Najib's associates and two police officers have been charged in the killing. Najib, who is widely expected to succeed Abdullah Ahmad Badawi as prime minister, has repeatedly denied involvement in the case and insists he never even met the woman.


Karpal Singh, a prominent opposition lawyer who is monitoring the trial on behalf of Shaariibuu's family, said he filed a court application Monday to summon Najib and four others to testify in the slaying.

Political analyst Abdul Razak Baginda, who acknowledged having an affair with Shaariibuu, has been charged with abetting the crime. Two police officers are charged with carrying it out.

Earlier this month, Abdul Razak's private investigator, Balasubramaniam Perumal, filed a sworn statement claiming he had information that Najib had sex with Shaariibuu.

Less than 24 hours later, he retracted the claim, saying he had made it under duress. Police say Balasubramaniam has since left Malaysia because of fears for his safety.

Najib "is an important witness in light of the revelations" in Balasubramaniam's first statement, Karpal said, adding that the court is expected to hear his application Wednesday.

Karpal added that he wants to recall Balasubramaniam, who has already testified in court, to the witness stand. He also plans to summon a lawyer and two police officers as new witnesses.

Najib's aide, who spoke on condition of anonymity because he was not authorized to make public statements, said the deputy leader was unlikely to comment for now because the legal process was still ongoing.

The remains of Shaariibuu, who was shot then blown up with military-grade explosives, were found in a jungle clearing.

The prosecution contends that Abdul Razak, who was a close associate of Najib, ordered Shaariibuu's killing after she pestered him for money.

By JULIA ZAPPEI,Associated Press Writer

baca selanjutnya...

Monday, July 21, 2008

HEBATKAH CIKGU MOHD NOR NAK CABAR KU TERA?


Mad Nong Hanya 'Boneka' Rosol &I dris

PERSAINGAN mendapat pengiktirafan di peringkat tertinggi semakin rancak berlangsung. Tidak kira di peringkat pusat mahupun di Bahagian atau Cawangan, ianya mempunyai jalan cerita yang hampir sama. Jawapan kepada segala percaturan hanyalah satu: Kemenangan.

Tidak ada manusia yang gemar kepada kekalahan. Apatah lagi kalah itu akan mengaibkan maruah dan kedudukan. Jika benar kekalahan itu mengundang rasa manis, sudah tentu tiada persaingan dan tidak pula ada kalah-menang.

Menelusuri saat-saat genting pemilihan di peringkat akar umbi pemilihan Umno, kita bagaikan dihidang satu drama panas yang sentiasa berapi. Kalau tidak berapi sekalipun, ia tetap berasap (berwap) menunjukkan tahap kepanasan yang sukar dibendung.

Era pasca pilihanraya, memperlihatkan bagaimana ahli Umno dihidangkan pelbagai kemelut dalam episod menentukan calon di semua bahagian. Dan sudah tentu Ketua Bahagian merupakan fokus utama yang mana ia jua menjadi lambang kekuatan individu terbabit dalam batas kuasa politik. Andai kata tewas, maka bersedialah untuk digulingkan. Tidak perlu hairan, kerana itu rutin biasa dalam politik Umno.

Paling menarik untuk dibicarakan adalah 'survival' politik yang melibatkan Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Tengku Putera (Ku Tera). Harus diingat, apabila bercakap soal Ku Tera (Speaker Dewan Negeri Terengganu) ianya seolah-olah menyentuh klausa politik Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said.

Sebagaimana yang penulis katakan dalam beberapa artikel sebelum ini, Terengganu sudah mendahului Kelantan sebagai negeri paling bermasalah dalam sejarah politik Umno. Rentetan sebelum pilihanraya sehingga pasca pilihanraya semakin menarik untuk dikupas. Malah, Umno Terengganu juga diteropong secara terus oleh dua orang kuat Umno dari Putrajaya. Kalau tidak, masakan hal 'mercedes-benz' pun akan dibawa ke kabinet?

Menjurus kepada hasrat Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Cikgu Mohd Nor Othman (Mad Nong)bertanding menentang orang kuat Ahmad Said....Ku Tera, ia tidak ubah seperti gegak gempita guruh sebelum banjir. Polemik perebutan kuasa di antara mereka berdua bukan sahaja mendapat reaksi di Terengganu, malah seluruh negara turut berminat untuk mengetahui kesudahannya.

Pertama, kita mesti ingat bahawa Ku Tera merupakan sekutu paling rapat kepada Ahmad Said. Mungkin termakan budi ketika 'merembat' jawatan Menteri Besar, mereka menjadi sahabat karib. Manakala, Mad Nong pula adalah ayam tambatan Rosol Wahid, lawan utama Ahmad Said. Mungkin Mad Nong juga termakan budi Rosol yang 'menaikkan' beliau ke tampuk sekarang. Bermakna mereka masih lagi kumpulan Idris yang menentang Menteri Besar sekarang.

Kedua, ahli akar umbi di Hulu Terengganu terpingga-pingga dan berada dalam dilema manakah pemimpin perlu dipilih di sebagai Ketua Bahagian? Harus diingat juga, dalam Umno budaya ampu, cantas mencantas dan rasuah amat berleluasa. Inlah 'main point' menarik untuk diulas.

Mungkin pada peringkat awal, pembaca agak terkejut apabila mendapati 28 daripada 30 cawangan yang sudah bermesyuarat menyokong pencalonan Mad Nong sebagai Ketua Bahgian yang baru. Hanya dua cawangan sahaja (Tok Randok dan Kolam)yang mencadangkan Ku Tera sebagai calon. Ini permulaan, malah harus diingat semua cawangan itu hanya di DUN Ajil, kubu kuat Rosol Wahid dan diberitakan di situ ada 128 cawangan keseluruhannya.

Sekiranya semua cawangan DUN Ajil yang belum bersidang berjaya mencalonkan Mad Nong, ia tidak bermakna Ku Tera akan tewas dalam pencalonan. Harus diingat, DUN Telemong, kubu kuat Ku Tera masih mempunyai 158 cawangan yang belum membuat keputusan. Ambil secara adil kedua-dua DUN mencalonkan favourite masing-masing, bermakna kedudukan sudah berpihak kepada Ku Tera. Apa pula keputusan di DUN Kuala Berang yang berkecuali? Pada dasarnya pertentangan adalah 50-50.

Dalam situasi ini, Mad Nong mungkin lupa apa itu istilah 'berpolitik'. Keghairahan beliau menawarkan diri bertanding mungkin ada sebabnya. Namun, sebagai orang baru dalam kancah politik, beliau sepatutnya berfikir berlapis dalam menentukan hala tuju masa depannya. Tetapi, jika beliau hanya mengambil jalan pintas dan berhasrat menjadi MP sepenggal sahaja, itu mungkin pilihan yang tepat buatnya.

Sedarkah Mad Nong, siapa lawannya? Sudah masakkah beliau selok-belok politik? Dan Banyak sangatkah hartanya untuk 'dilaburkan'dalam percaturan ini. Rosol juga tidak mampu mengeluarkan perbelajaan pribadinya semata-mata mahu melihat ayam sabungnya menang. Persepsi tetap ada. Mungkin juga dana daripada sumber yang lebih teguh, jawapannya mungkin Idris Jusoh, kerana dialah lawan yang selayaknya.

Rosol juga tidak memanjangkan akalnya untuk merenung sejenak. Apabila Mad Nong isytihar perang secara terbuka, merit beliau terhadap Ahmad Said sudah jatuh satu mata. Kenapa? Mudah saja, kerana 'menderhaka'. Mad Nong ingkar arahan bosnya agar tiada pertentangan di peringkat bahagian, walaupun dalam perlembagaan Umno, ianya dibenarkan.

Hebatkah Rosol dan Mad Nong sehingga sanggup menggongcang kedudukan orang kuat MB Terengganu itu?

Berdasarkan reputasi, bukan kekuatan yang dipertaruhkan tetapi maruah yang dipertahankan. Semua itu berlaku disebabkan dendam yang tiada kesudahan dalam percaturan politik Umno, tidak kira di Terengganu mahupun di peringkat nasional. Dendam dan maruah menjadi sebati, seolah-olah ramuan yang perlu dicampur untuk mendapat kekuasaan.

Sedarkah Mad Nong, siapa lawannya? Sudah masakkah beliau selok-belok politik? Dan Banyak sangatkah hartanya untuk 'dilaburkan'dalam percaturan ini. Rosol juga tidak mampu mengeluarkan perbelajaan pribadinya semata-mata mahu melihat ayam sabungnya menang. Persepsi tetap ada. Mungkin juga dana daripada sumber yang lebih teguh, jawapannya mungkin Idris Jusoh, kerana dialah lawan yang selayaknya.

Rosol juga tidak memanjangkan akalnya untuk merenung sejenak. Apabila Mad Nong isytihar perang secara terbuka, merit beliau terhadap Ahmad Said sudah jatuh satu mata. Kenapa? Mudah saja, kerana 'menderhaka'. Mad Nong ingkar arahan bosnya agar tiada pertentangan di peringkat bahagian, walaupun dalam perlembagaan Umno, ianya dibenarkan.

Hebatkah Rosol dan Mad Nong sehingga sanggup menggongcang kedudukan orang kuat MB Terengganu itu?

Berdasarkan reputasi, bukan kekuatan yang dipertaruhkan tetapi maruah yang dipertahankan. Semua itu berlaku disebabkan dendam yang tiada kesudahan dalam percaturan politik Umno, tidak kira di Terengganu mahupun di peringkat nasional. Dendam dan maruah menjadi sebati, seolah-olah ramuan yang perlu dicampur untuk mendapat inti kekuasaan.

Salah seorang AJK Bahagian Hulu Terengganu yang tidak mahu didedahkan namanya berkata, kelibat Mad Nong dalam pertentangan itu tidak berasas, kecuali beliau merupakan ‘boneka’ kepada Rosol Wahid. Tidak wujud sebarang alasan kukuh yang menyokong maksudnya itu. Bukan kerana tiada kelayakan, tetapi tiada kekuatan.

“Siapa Mad Nong nak lawan Ku Tera?,” terpancul persoalan pertama dari mulutnya.

“Bukan tak bagus, bagus….sekurang-kurangnya ada ‘chek and balance’ dalam mengimbangi kerakusan Ku Tera. Atau akan menyedarkan Ku Tera akan kesilapan yang telah dilakukannya. Tetapi, Mad Nong sebenarnya tidak berfikir panjang tentang masa depannya.

“Jika beliau sayangkan kerjaya sebagai ‘politician’, beliau tidak berfikir sekali macam ni. Sekurang-kurangnya beliau mesti menerima hakikat siapa yang berkuasa di Terengganu sekarang,” ulanya lagi.

Menitip kata-katanya itu, mungkin ada kewajarannya. Peringatan Ahmad Said kepada semua ahli agar tidak mencabar Ketua Bahagian masing-masing adalah isyarat jelas. Walaupun ia sebagai jalan menyelamatkan ‘kroni’ dan menguatkan teamnya, ia adalah hak Ketua Perhubungan Umno Terengganu itu untuk menyatakan rasa, sebagaimana arahan Abdullah Ahmad Badawi kepada orang bawahannya.

Dari sudut lain, kedudukan Ahmad belum cukup kuat di Terengganu. Mesti diingat, 22 wakil rakyat yang dipilih baru-baru ini merupakan kumpulan Idris Jusoh, yang masih melafazkan ikrar taat setia kepadanya.

Ingatkah kita bagaimana ‘komplot’ Idris yang berkumpul di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Terengganu ketika era beliau menjatuhkan Wan Mokhtar? Sedarkan apa peranannya pada masa itu, dan kenapa beliau sanggup ‘membawa’ diri hingga ke Jordan? Kini, mungkin senerionya hampir sama, ketika anak-anak buahnya berhempas pulas mempertahankan maruah di kawasan masing-masing, Idris terbang ‘berguru’ di Perancis.

Wujud juga sesetengah kumpulan atas pagar yang memandang sinis usaha Mad Nong mencabar Ku Tera pada masa ini. Mereka sebaliknya hairan kenapa bukan Rosol yang ke depan menawarkan diri bertanding, sedangkan beliau banyak mengeluarkan kenyataan balas terhadap Ahmad Said.

Namun ada juga yang membuat kesimpulan tersendiri untuk melegakan keadaan. Seandainya Mad Nong menang dalam pemilihan bahagian, ke mana haluannya? Sedangkan beliau bukan di kalangan pasukan Ahmad Said dan Ku Tera. Apakah kemenangan Mad Nong, serta beberapa calon taruhan Idris dan Rosol di Bahagian Marang, Dungun, dan Setiu nanti boleh merubah kedudukan Menteri Besar.

Mengikut rekod, amat sukar menebalikkan kekuasaan seseorang Menteri Besar yang sedang berkuasa sekiranya tiada sesuatu skandal yang mengaibkan. Apatah lagi calon Menteri Besar itu pilihan pihak Istana. Akhirnya Mad Nong akan tercunggap-cunggap bersendirian membilang hari, akibat dicop sebagai Ketua Bahagian yang bergaya, tetapi tiada ‘power’.

Kredibiliti Ku Tera perlu diambil kira. Beliau seorang yang amat licik dan matang dalam mainan politik. Jika tidak, masakan beliau mampu mengoncang mahkota Idris dan menghancurkan istana impian Rosol Wahid, serta membuatkan Din Adam terkedu di tepi Tasik Bukit Besi?

Dalam keadaan dua orang kuat Umno Terengganu itu bergandingan bagaikan belangkas, adalah sukar menembusi tembok kekuasaan mereka. Bukan kerana kebal, logiknya mereka bukanlah terlalu bodoh untuk membiarkan musuh merapati tembok tanpa melepaskan tembakan amaran. Sudah banyak contoh; lihat sahaja perompak yang degil dan ingkar kepada amaran polis, akhirnya mereka bergelimpangan mati ditembak.

Moralnya; sehebat dan sekuat mana pengaruh kita pada masa itu, jika tidak sebulu dengan pemimpin atasan, janganlah terlalu mengharap menurunkan panji-panji. Kerana panji-panji itu adalah lambing kekuasaan yang akan dipertahankan, walau hingga ke titisan darah yang terakhir.


baca selanjutnya...

MAAF SEMINGGU TIDAK UPDATE...


Ana mohon maaf di atas kelewatan updating blog ini disebabkan kekangan masa kerana berada di luar kawasan. Outstation la tu! Bagaimana pun, terima kasih kerana masih sudi mengunjungi pisau toreh dan Insyaallah ana akan sambung kembali stori berkaitan percaturan politik semasa di Terengganu khususnya dan negara kita amnya.

Salam penulis
Allahu Akbar!

baca selanjutnya...

Thursday, July 17, 2008

MP BN PALING GENIUS BERCAKAP TAPI BODOH TENTANG DEMOKRASI


Lupa Diri Dalam Demokrasi MATI

MEMANG hebat berada dalam sebuah negara yang dikuasai Kerajaan Serba Boleh di dunia. Kerajaan yang pandai bercakap tetapi tidak tahu menilai serta menterjemah apa itu DEMOKRASI sebenarnya. Satu perkataan sahaja yang boleh dibuat kesimpulan buat semua Wakil Rakyat BN itu: MEMALUKAN!

Bila pula mereka ini pandai malu? Sejak era kemerdekaan negara, penyambung warisan Kolonial British itu hanya nampak dunia sahaja di mata mereka. Akhirat adalah hak masing-masing, lagipun mana ada bukti lagi hingga kini bahawa orang yang sudah mati dibangkitkan kembali. Memang benar ada Kalamullah dalam al-Quran yang menceritakan secara terperinci berkaitan kiamat...tetapi adakah golongan ini (Umno/BN) percayakan ayat-ayat Allah itu?

Rakyat dimomokkan dengan pelbagai dakyah songsang sepanjang masa dalam era BN/Umno. Mereka tidak pernah mahu melihat rakyat berdikari tanpa mengharapkan ehsan kerajaan agar senang digoncangkan kepala. Apabila perlu dijentikkan telinga berulang kali. Akhirnya rakyat yang menganut fahama sekularisme Umno/BN menjadi bebal sepanjang zaman.

Itulah produk kejayaan paling besar dalam dunia demokrasi BN. Mereka melaungkan demokrasi sepanjang masa, malah di negara inilah contoh demokrasi yang paling ampuh di dunia. Manakan tidak, semua bangsa ada di sini...aman! Aman...konon!

Kalau kita melakukan kajian mental secara menyeluruh, BN/Umno sebenarnya telah berjaya menyuntik ubat 'khayal' kepada semua pengikut setianya. Sokong ketika melakukan perkara baik, dan tetap sokong biarpun melakukan perkara jahat. Membelakangi agama adalah mainan harian pemimpin BN/Umno. Jika tidak ada hiburan mereka akan MAMPUS. Jika tidak ada BETINA...mereka jadi SASAU....jika tidak RASUAH...mereka PAPA. Dan jika mereka tidak KHAYAL...mereka ALPA.

Persetankan rakyat. Berambuslah dengan ajaran Islam yang syumul. POOORAHHHHH dengan nasihat ulamak. Kenapa? Kerana kami sudah ada BAPAK ULAR MAMAK (Bodolah).

Berhujah dalam Dewan bagaikan tin kosong. Hujah pembangkang semuanya salah, kononnya mereka paling genius. Tidak mahu memberikan sedikit ruang pun untuk wakil pembangkang menyatakan kebaikan. Saban hari melakukan dosa dengan mengadakan PROVOKASI agar keimanan pembangkan hilang dan turut melenting macam mereka. Itu saja yang mereka mahu.

Sebab itulah negara kita ini tidak maju. Ada Parlimen hanya untuk wakil yang BANGGANG daripada sudi memnbahaskan kepentingan rakyat. Tidak demokratik dalam hujah, apatah lagi setiap hujah itu hanya retorik semata.

Malang sungguh nasib kamu wahai Ahli Wakil Rakyat BN. Mungkin kebodohan dan kebiadapan kamu itu adalah balasan Allah SWT di atas muka bumi ini sebagai galang ganti KEJAHATAN. dan PENINDASAN yang telah dilakukan.

Sesungguhnya tiada seorang pun pemimpin BN/Umno yang mampu menghalang doa rakyat yang dizalimi. Hanya Allah sahaja yang berkuasa melakukan pembalasan. Sesungguhnya rakyat kini berada dalam ERA DEMOKRASI MATI.
Ya! Rabb!

baca selanjutnya...

Monday, July 14, 2008

MP HULU USAHA TERAKHIR ROSOL LAWAN KU TERA


KENYATAAN terbuka bekas Setuiausaha Agung Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Haji Rosol Wahid kepada media yang membidas kenyataan sahabat lamanya yang kini menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, yang meminta semua Bahagian Umno Negeri mengekalkan Ketua Bahagian masing-masing mendapat reaksi hangat.

Bagi Rosol, kenyataan Ahmad itu merupakan satu ‘tikaman’ bagi kumpulannya untuk mencabar kembali kekuasaan yang kini menjadi milik Menteri Besar Terengganu dan ‘teamnya’. Malah, bagi Rosol, apa yang dinyatakan oleh Ahmad itu merupakan nasihat daripada hasil pakatan kumpulan ‘terbuang’ semasa era Idris Jusoh yang diketuai Tengku Putera Tengku Awang (Ku Tera).


Di Hulu Terengganu, khususnya di sekitar bandar Kuala Berang, rata-rata ahli Umno berbual tentang nasib Rosol, sekaligus meluahkan kemarahan kepada Ku Tera. Sembang-sembang petang di kedai kopi begitu rancak dan topik yang dibualkan tidak lari daripada merangka strategi menghalang Ku Tera daripada memenangi calon Ketua Bahagian.

AJK Umno Bandar Kuala Berang, yang mahu dikenali dengan ‘Lan’ sahaja berkata, majoriti cawangan Umno di daerah ini, kecuali di DUN Telemong menyokong hasrat Rosol meletakkan Cikgu Mohd Nor (MP Hulu Terengganu) sebagai calon tunggal menentang Ku Tera dalam permilihan Bahagian nanti.

Beliau juga menyelar sikap Ku Tera yang tidak mengenang budi ketika semua cawangan menyokong beliau sebelum ini. Malah, tindakan Ku Tera yang masih mahu memegang jawatan Ketua Bahagian dilihat sebagai salah satu strategi beliau untuk mengukuhkan cengkaman merebut slot kerusi Menteri Besar suatu hari nanti.

“Sekarang ini, kita sedang mencari fomula atau bahan yang boleh diberikan kepada semua ahli setiap cawangan, bagaimana seseorang pemimpin yang tidak baik itu perlu disingkirkan daripada menerajui bahagian,” katanya lagi merujuk kepada kebencian ahli Umno Hulu Terengganu kepada Ku Tera.

Bagaimana pun, usaha untuk menjatuhkan Ku Tera tetap dirasakan sukar memandangkan pengaruhnya yang kuat, terutama di kawasan Telemong.

Seorang AJK Pemuda Bahagian pula berkata, walaupun Rosol meletakkan Mohd Nor sebagai calon, dari segi sokongan mungkin ada. Namun, jika mahu dibandingkan dengan kekuatan kewangan, calon Rosol itu bakal rebah dan tidak mampu melawan.

“Sokongan akar umbi tetap ada, dan kita tahu majoriti ahli Umno Hulu Terenganu mahu menolak Ku Tera. Tetapi jika mengikut kemampuan kewangan, Ku Tera pasti menang seandainya beliau menggunakan taktik kotor dengan membeli undi perwakilan. Cuma kita perlu menerima hakikat bahawa Umno di sini dan di Terengganu sebenarnya sudah berpecah kepada dua kumpulan” katanya lagi.

Sebahagian daripada mereka yang ditemui juga mengakui bahawa kenyataan Menteri Besar Terengganu itu juga merupakan satu isyarat kepada kumpulan Idris Jusoh dan Rosol Wahid bahawa zaman mereka sudah berakhir.

Ianya seolah-olah memberitahu kumpulan itu bahawa dalam Umno, mana-mana Ketua yang berkuasa, maka kumpulannya pula yang akan menguasai kepimpinan dan semua perjalanan Umno negeri.

Biarpun ada tentangan, namun ianya tidak akan menjadi kudis gatal kepada Ahmad dan kumpulannya untuk menghadapi ‘serangan’ penderhaka itu yang sudah lama kehilangan sengatnya.

baca selanjutnya...