Saturday, August 2, 2008

PERMATANG PAUH

Satu Percaturan Yang Kurang Cerdik

Sememangnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan seorang berkarisma dalam usaha melakukan ‘Reformasi’ di negara ini. Beliau bukan sahaja seorang pemidato hebat, tetapi merupakan seorang ‘genius’ yang berani dan tabah.

Namun, dalam kecerdikan beliau mengeluarkan buah fikiran, ada juga kadang kalanya merugikan pihak PKR khususnya dan Pakatan Rakyat (PR) amnya.

Pengunduran Wan Azizah sebagai penyandang Parlimen Permatang Pauh merupakan satu kesilapan besar dalam sejarah PKR. Ini bukan berniat merendahkan martabat atau kemampuan PKR dan Dato’ Anwar Ibrahim, tetapi dalam klausa pilihanraya penuh penipuan serta sejarah kemenangan yang amat perit dalam pilihanraya kecil, akan menceritakan segalanya.



Anwar Ibrahim mempunyai alasan untuk membuktikan kredibilitinya. Begitupun, pihak kerajaan di bawah teraju Barisan Nasional pasti turut menanti saat ‘kebodohan’ PKR ini. Dalam suasana kancah politik tenat BN/Umno, mereka kini seolah-olah telah diberi nyawa oleh pembangkang untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap mereka. Ia tidak lain adalah ‘kemenangan’ selesa di Permatang Pauh.

Semua orang tahu, majoriti lebih 13 ribu mungkin banyak. Namun, tidak bagi BN. Sedarkan PKR, bahawa pemimpin BN sedang meraikan kejayaan mereka di Permatang Pauh, walaupun entah bila agaknya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengumumkan tarik pilihanraya.

Kenapa PKR sanggup mengorbankan Permatang Pauh?

Mungkin Anwar terlupa bahawa kerajaan Malaysia masih lagi dikuasai oleh BN, bukannya PR. Dan dalam keterlupaan itu, Anwar begitu yakin menterbalikkan keputusan di tampuk selesa isterinya itu.

Sebaik sahaja Wan Azizah melepaskan kerusinya di Permatang Pauh, pemimpin BN/Umno telah membuat pelbagai kenyataan, mengambarkan keyakinan mereka merampas kembali kubu kuat pembangkang selama tiga penggal itu. Nada mereka sinis berbaur ‘penghinaan’, seolah-olah Anwar telah menempah maut lebih awal.

...akan dikemaskini

No comments: