Saturday, June 21, 2008

PENAHANAN FARIZ MUSA SATU PENCABULAN


Demokrasi Masih Lagi Mati di Malaysia

PENAHANAN Cikgu Fariz Musa dalam kempen anti kenaikan harga minyak di perkarangan dataran syahbandar kelmarin merupakan satu penindasan yang amat kejam. Ini bermakna rakyat negara ini tidak bebas dalam menyuarakan rasa tidak puashati mereka terhadap kerajaan dalam sesuatu perkara.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu dianggap seperti seorang penjenayah yang sedang melakukan satu kesalahan yang tidak boleh diampunkan. Sedangkan, beliau hanya berucap di hadapan beberapa hadirin dan wartawan serta menayangkan beberapa sepanduk bersama rakan seperjuangan bagi menyatakan ketidak puasan terhadap kepimpinan negara.

Memang kepimpinan Pak Lah cekap dalam menangkap orang awam, bagi menutup kelemahan beliau dalam mentadbir negara. Mungkin Pak Lah ingat negara ini dia yang punya. Itulah sebenarnya rupa pemimpin kita yang diangkat menjadi Perdana Menteri kemudian memerintah dengan kejam.

Apa yang ada dalam negara ini tanpa rakyat? Siapalah mereka tanpa undi? Walaupun kita tahu bagaimana BN boleh terus memerintah, iaitu dengan cara menipu, lama-kelamaan setiap pembohongan itu akan menerima padahnya jua.

Kita bagaikan hidup di dalam penjara yang luas, dikonkong dan disekat kebebasan bersuara. Jika apa yang dikatakan itu tidak benar, mengapa pula kerajaan melenting? Atau memang spesis BN/Umno sudah ditakdirkan menjadi sebuah parti yang mempunyai ahli yang hina dan egoistik.

Syabas Cikgu Fariz. Teruskan perjuanganmu tanpa merasa takut sedikit pun kepada kebatilan. Kami tetap memberi sokongan penuh kepada perjuanganmu. Syabas!

1 comment:

Unknown said...

Fariz Musa nie kalau korang nak tau bukannya bagus mana pun..... tak minat pun jadi cikgu..... kelas pun kadang-kadang 'tuang' (selalu jugak).... Masa di MPKTBR dulu pun .... masa jadi YDP apa dia buat ?????? Guru pelatih MPKTBR sesi 1990 -1993 tentu kenal siapa Fariz Musa nie.... exam pun ada paper kantoi....