Saturday, February 14, 2009

Rendahnya Moral Sanusi Junid

Seronok baca halaman dua Sinar Harian edisi Terengganu hari ini (15/2/09). Dengan tidak semena-mena bekas naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid 'berkokok' pasal isu pengderhakaan kepada raja. Palin melucukan apabila beliau membuat kenyataan mempertahankan bahawa Umno tidak pernah derhaka kepada Sultan dan Raja Melayu.

Katanya, tindakan mengurangkan kuasa raja pada 1990 sama sekali tidak menjejaskan kredibiliti sultan. Ianya hanya masalah pindaan untuk menjamin masa depan raja, katanya. Lagipun sesuatu perkara yang diputuskan jika tidak dapat perkenan sultan, ia kan berjalan terus tanpa ditandatangani pun. LUCU lagi melucukan.

Dalam tafsiran beliau (mungkin beliau belum nyanyuk), tidak memerlukan perkenan sultan itu bukan satu isu 'derhaka' , jelas menunjukan satu kenyataan Sanusi Junid yang tidak bermaruah. Kenyataan itu adalah 'emosional' beliau terhadap parti kesayanganya di samping mahu mempertahankan tindakan Umno dalam kes sultan Perak.

Beliau lupa, keingkaran Nizar melepaskan jawatan adalah berpandukan undang-undang tubuh Perak, sedangkan isu mengurangkan kuasa raja merupakan cadangan Umno dan diluluskan oleh Ahli Parlimen (majoriti BN) di Parlimen. Ia secara terang memperkudakan sultan dan raja Melayu, namun tidak mendapat bantahan daripada ahli Umno.

Disebalik meluluskan akta tersebut, umno mempunyai agenda tersendiri, di mana mereka mempunyai kepentingan untuk terus berkuasa dan terus menjadikan raja itu sebagai BONEKA. Sanusi bercakap bagaikan tiong yang kelaparan. Beliau mengulas bahawa isu itu tidak sedikit pun mengurangkan kuasa raja, namun hakikinya institusi di raja itu telah dicucuk hidung mereka.

Kenapa pihak istana tidak melenting, dan ketika itu hanya aksi bantahan cuma datang daripada istana Johor sahaja? Semuanya ada kaitan dengan masalah pengumpulan harta dan projek yang telah dikhaskan oleh BN untuk kerabat diraja. Percaturannya mudah sahaja. Selagi umno berkuasa, semua masyarakat di negara ini pasti mahu dujadikan LEMBU cucu hidung mereka, termasuk sultan dan raja.

Bagi umno, apa yang dilakukan pihak mereka kepada sultan dan raja...tidak perlu dipertikaikan. Tetapi, jika ada sedikir pergeseran antara pembangkang dan raja, mereka eksploitasikan dengan sewenang-wenangnya.

Buat Tan Sri Sanusi Junid: berehatlah...penuhkanlah ilmu agama di dada dan berlapang dadalah kerana anda diberi bonus oleh Allah swt untuk melakukan taubat...

Itulah rupa Umno+BN...renungilah!

2 comments:

Sutera Timur said...

Saudara,
Datuk Sanusi bercakap berdasarkan fakta krn beliau didalam k'jaan ketika itu.Jasanya juga banyak dan boleh dibuat buku...anda bagaimana....cukup ke sekadar mengkritik saja tanpa memberi idea pd kerajaan perak dulu bagaimana memajukan perak selain beri tanah pada china dap selama 999 thn.... itukah jasa pembgkg ?Patutnya rakyat dah bg peluang memerintah gunakan peluang tu dgn sepenuhnya bukan kritik org lain tak tentu pasal.....

Sutera Timur said...

Saudara Pirah ATAU Pisau toreh,
terima kasih kerana melawt blog sutera timur....dan memberi komen ...minda ST TERBUKA WALAUPUN DIKETAHUI anda pengampu pembgkg...kita boleh berlainan pandgn tetapi ingat kita tetap org Melayu...yang beragama Islam dan bersaudara...salam perkenalan...