Tuesday, February 17, 2009

Elizebeth: Terancang atau Salah Rancangan??

Apa nak jadi dengan dunia politik di Malaysia sekarang?”. Ini antara keluhan beberapa orang kampong sejak beberapa hari kebelakangan ini.


Keluhan itu merujuk kepada berita yang berkaitan laporan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjang, Elizabeth Wong yang dikatakan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Exco dan Adun berikutan gambar tidur dan separuh bogelnya diedarkan di internet dan MMS

Memanglah penulis merasakan adalah tidak adil seseorang penjawat awam terpaksa meletakkan jawatan semata-mata kerana tidak tahan dengan kerenah dan fitnah yang beliau sendiri tidak redha. Apatah lagi ianya dimanipulasikan oleh ahli politik yang berkepentingan.


Siapakah yang sanggup meredakan jika segala kesilapan yang dilakukan sebelum ini, ketika beliau belum bergelar selebriti. Tiba-tiba didedahkan umum apabila beliau berada di puncak populariti. Memang ia suatu malapetaka yang amat buruk dan suatu kutukan yang amat besar harus dikenakan ke atas mereka yang bertanggungjawan melakukan penyebaran itu atas niat curang untuk mengaibkan atas kepentingan tertentu, termasuk berkait isu politik yang sedang memuncak melanda negara sekarang.

Mungkin kerana itulah, Wanita MCA, walaupun tidak sealiran politik dengan Wong, bangkit menyuarakan kutukan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam penyebaran gambar itu.

Bagaimanapun, dalam dunia politik harus diingat! Kadangkala pihak musuh bijak menyelinap dan menyamar menjadi alim semata-mata mahu menikam dari belakang. Tidak mustahil ini antara skrip yang turut mementaskan drama Eli…

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula walaupun tidak mahu campur tangan dalam isu itu berkata: “Kalau mahu dipersoalkan (isu itu) kenapa di Malaysia selalu timbul masalah moral. Kita tidak boleh salahkan orang itu sahaja.
“Macam doktor kata di Kelantan ini banyak orang sakit darah tinggi, buah pinggang. Kita tak boleh nak salahkan orang itu saja, sebaliknya kena juga salahkan kepada cara hidangan makanan, cara suasana setempat, cara itu dan cara ini,” jelas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas itu.

Kenyataan sinis beliau itu jika ditilik mempunyai pengertian yang mendalam, yang boleh dilihat jawapannya itu dari sudut politik dan agama. Ramai kalangan politikus aliran secular tidak menunjukan reaksi pada pandangan TGNA memandangkan dalam benak mereka, TGNA juga mempunyai agenda politik tersendiri…terserahlah!

Kenyataan tokoh politik bertaraf ulama itu lebih kurang sama dengan jawapan beliau ketika memberikan komen mengenai tindakan Sultan Perak tidak membubarkan DUN negeri itu apabila Pakatan Rakyat gagal mengekalkan majoriti dalam kerusi DUN itu setelah tiga Adunnya keluar parti itu.

Beliau tidak menyalahkan tindakan Sultan kerana bertindak demikian, kerana beliau tahu Sultan mempunyai kuasa dan haknya. Apa yang dipersoalkan punca bermulannya episod kenapa yang menyebabkan Sultan terpaksa bertindak demikian.

Katanya, kenapa beberapa Adun yang “hilang” beberapa hari, tiba-tiba muncul bersama orang politik Barisan Nasional, termasuk Datuk Seri Najib sebelum kerajaan Pakatan yang dibentuk 8 Mac tahun lalu digulingkan BN dalam masa yang singkat?.

Beliau mengesyaki ini ada perancangan jahat oleh pihak tertentu, lantas menuduh Umno atau BN yang mendalangi itu semua. Justeru itu, beliau menyifatkan Umno tidak boleh diharap, katanya “Usahkan nak jaga Islam, nak jaga demokrasipun tidak boleh (diharap).

Berbalik isu pengedaran gambar bogel Adun Bukit Lanjang itu, kita turut mempersoalkan kenapa isu itu timbul di saat kekalutan politik di Perak selepas BN berjaya menggulingkan kerajaan Pakatan, dan kali ini ia turut berlaku di negeri yang diperintah Pakatan di Selangor. Apakah ini nasib malang yang ditentukan oleh qada’ dan qadar Allah atau perancangan pihak tertentu untuk menggulingkan kuasa yang ada demi untuk berkuasa tanpa memperakukan kerajaan yang dipilih rakyat tetapi atas kuasa teknikal undang-undang untuk menghalalkan cara?

Teliti balik sebagaimana ulasan saya di atas. Amat janggal rasanya kesilapan daripada pihak pembangkan (PR) ianya mendapat sokongan dan reaksi positif spontan daripada pemimpin BN (musuh politik). Bukan seorang dua yang mempertahankan Eli..malah ramai yang berbuat demikian. Malah, Eli..sendiri dilihat dengan senang hati menawarkan diri melepaskan jawatan. Begitu mudah??

Dibimbangi, Elizebeth sendiri telah ‘dibeli’ dan dijadikan pelakon utama dalam drama ‘panas’ ini agar kesilapan beliau menerima tawaran BN dapat ditutup serapi mungkin. Aksi tangisan actress dalam drama boleh dibuat bila-bila masa, pengarah hanya perlukan seulas bawang sahaja.

Namun, harus diingat, jika ada terniat sedemikian rupa daripada pihak Elizeberth, pasti ianya satu tindakan yang paling tidak bermoral. Bermakna moralitinya adalah lebih rendah daripada orang yang kononnya mengaibkan beliau.

Apapun, jika skrip pengarah hanya berunsurkan ‘mengaut’ keuntungan segera dan dibuat serta-merta, maka akan berlaku sedikit sebanyak kecacatan di sana- sini..Tunggulah!!
Skrip Allah SWT adalah sempurna.

No comments: