Friday, January 23, 2009

Kuala Terengganu Kembali Sunyi...

Lumrah berpolitik dan sikap bermuka-muka Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak dapat dipisahkan dalam agenda mempermainkan rakyat mereka. Realiti tetap realiti. Jika sebelum pilihan raya kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu dipenuhi dengan kereta bertinted hitam pemimpin BN-Umno, kini Kuala Terengganu (KT) kembali sunyi sebagaiman sedia kala. Sunyi dalam erti kata tiada lagi 'penipuan' pimpinan atasan BN yang menjanjikan jutaan kilauan permata buat penduduk Kuala Terengganu.

Pelbagai 'madu' dan manisan yang ditabur sepanjang kempen pastinya tidak akan tertunai dalam tempoh terdekat ini. Dan percayalah, segala apa yang dijanjikan BN-Umno itu akan ditindan balik dalam kempen mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Itu pasti!

Jika konsep menipu rakyat sudah termaktub dalam perancangan BN-Umno, mereka tidak dapat lari daripada realiti bahawa semua yang direncanakan itu adalah satu program 'puting beliung' yang boleh 'memutarkan' rakyat.

Malangnya, puting beliung yang sepatutnya memberikan kelebihan pada BN, sebaliknya menjadi satu 'swing' yang amat mengerikan. Mereka diputar kembali dengan begitu dahsyat sehingga gagal merangkak keluar dari gelap keaiban.

Justeru itu, wajarlah seluruh rakyat membuat pertimbangan untuk terus menguburkan BN-Umno di bumi bertuah ini. Cukuplah memberi isi kepada mereka sedangkan kita hanya menghirup kuah sepanjang masa.

1 comment:

Jeng!Jeng!Jeng! said...

salam...YB dah tak ada shout box lagi..macamana nak berhubung!!! hehehe...tahniah PAS!!!