Friday, November 28, 2008

NOSTALGIA PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU


Nostalgia Pilihanraya Umum ke-12 kini mengamit kembali di Terengganu, lebih-lebih lagi kembalinya Datuk Razali Ismail, MP Kuala Terengganu ke rahmatullah akibat serangan sakit jantung di IAB Genting Highland, 6.30 petang hari ini.

Sememangnya Terengganu begitu familiar dalam kamus politik negara. Apakan tidak, di sini adanya Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa tokoh kanan Pas Pusat. Sudah tentu ianya dicemburui oleh pemimpin Umno/BN yang sentiasa mencari kesilapan pemimpin utama Pas itu untuk dijadikan modal politik.

Kini, dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan semula, percaturan politik BN dan PR pasti mengegarkan! Ingat lagi dengan peristiwa berdarah Batu Buruk? Calon nenek paling tua dalam pilihanraya...Tok Mun yang bertanding menentang allahyarham Datuk Razali dan Mat Sabu? Macam-macam ada di Kuala Terengganu.

Mungkin dalam tempoh 2 bulan lagi kita akan berhadapan dengan situasai meriah suasana pilihanraya di Kuala Terengganu. Bandaraya Warisan Persisir Air, bakal digegarkan dengan ceramah pihak BN dan Pakatan Rakyat terutama dari Pas dan PKR. Sudah tentu para heavyweight kedua-dua parti berkenaan akan mengerah tenaga di sini.

Paling menarik, tentulah semua hotel dan tempat penginapan di Kuala Terengganu penuh dengan tempahan. Buat duit lagi pengusaha hotel dan rumah tumpangan. Namun, apa yang paling menarik, di Kuala Terengganu adalah nostalgia Tok Mun yang mengejutkan senerio politik tanahair, apabila beliau berani tampil dengan lambang kunci menentang dua tokoh utama tadi.

Apakah Tok Mun akan kembali memeriahkan kancah politik Kuala Terengganu? Apa percaturan BN yang hanya menang dengan dengan majoriti undi hanya sebanyak 628. Apakah Pas atau calon PR akan menang kali ini? Sama-samalah kita tunggu.

Walau apapun harus diingat, bagi masyarakat Kuala Terengganu, jangan lupa kantong anda kini diintai oleh perayu undi BN+Umno...mereka pasti menawarkan ganjaran lumayan untuk memastikan BN terus berkuasa di situ. Betapa familiarnya Kuala Terengganu di mata rakyat negara ini.

Begitupun, takziah buat keluarga allahyarham Datuk Razali. Sebenarnya beliau seorang cendikiawan yang sukar dicari ganti di negara kita. Tetapi apabila beliau menerima tawaran calon Kuala Terengganu dari BN, ia sedikit mengejutkan memandangkan ada di antara kalangan adik beradik beliau (terutama abangnya di Kuala Berang) begitu condong pada perjuangan Pas. Banyak aktiviti Pas yang diikutinya. Bagaimana pun apabila adiknya menjadi calon BN dan menang serta dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, maka kecondongan itu semakin kendur.

Arwah sebenarnya tidak disenangi oleh golongan Umno yang mahukan ganjaran, kerana beliau merupakan seorang wakil rakyat yang sukar memberi 'upah' berupa wang kepada pengampunya. Jarang kita jumpa MP BN+Umno yang bersikap begitu, sehingga ada di kalangan kontraktor di Kuala Terengganu malas mahu berurusan dengan beliau.

Mungkin Allah Maha Mengetahui dan masih menyayangi beliau dengan mengambil nyawa terlebih awal agar allahyarham tidak jauh terpesong dengan politik kotor BN. Apa pun rahsia sebenar kemaiannya hanya Allah yang mengetahui. Kita kira sampai ajal tidak ke mana. Al-Fatihah!

No comments: