Friday, September 12, 2008

ADIK YB AWI PERTIKAI PEMECATANNYA


Jalaluddin Ismail, salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Hulu Terengganu mempertikaikan pengugurannya daripada senarai AJK Bahagian dan mahukan penjelasan terperinci daripada Ketua Bahagian, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Beliau mempertikaikan dan mempersoalkan kenapa dirinya dan dua rakannya termasuk Setiausaha Bahagian turut dipecat oleh Ku Tera.

Jalalluddin Ismail, yang juga adik kepada ADUN Kuala Berang, Haji Zawawi Ismail berkata, tindakan Ku Tera adalah keterlaluan dan tidak profesional.


Namun, dari pengamatannya ekoran tindakan dipecat itu, beliau merumuskan bahawa mereka bertiga dikenakan tindakan sedemikian kerana tidak menyokong pencalonan Ku Tera sebagai calon Ketua Bahagian dalam pemilihan nanti. Selain itu, Jalaluddin juga menganggap tidakan Ku Tera itu sebagai jalan menyekat system demokrasi yang sedang berjalan baik sekarang.

Beliau yang masih terpingga-pingga dengan tindakan itu melahirkan rasa tidak puashati, dan sedang merancang mencabarnya berdasarkan peraturan dalam perlembagaan Umno.

Menurut Perlembagaan Umno fasal 15.5 Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:

a) Ketua - 20%
b) Timbalan Ketua - 15%
c) Naib - 10%
d) Ahli Jawatankuasa - 2 Cawangan

daripada jumalah Cawangan yang sah dalam Bahagian mengikut Fasal 17.5.7 kecuali apabila mana-mana Bahagian di mana Cawangannya melebihi 150 Cawangan mencukupilah seorang calon itu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 Cawangan bagi Ketua dan 20 Cawangan bagi Timbalan Ketua 10 Cawangan bagi Naib Ketua.

Oleh yang demikian, tidak ada sebarang kesalahan baginya yang menyokong pencalonan Cikgu Mad Nong sebagai calon Ketua Bahagian menentang Ku Tera, berdasarkan jumlah undian yang diperolehi melebihi 20 peratus.

“Saya akan meneliti dan mengkaji perlembagaan Umno yang ada dan jika tidak ada sebarang kesalahan yang boleh disabitkan ke atas saya dan rakan-rakan, kita akan mencabarnya balik,” katanya sambil melahirkan rasa tidak puas hati.

Untuk rekod, pencalonan Ketua Bahagian Hulu Terengganu begitu sengit, di mana Ku Tera hanya mempunyai kelebihan 4 pencalonan, iaitu dengan 67. Manakala Mad Nong pula mendapat 63 pencalonan, yang dikira boleh mengugat kedudukan beliau selaku ketua bahagian nanti.

Sumber dalaman mengatakan, walaupun mendahului Mod Nong, Ku Tera dilihat tidak senang duduk apabila masih banyak cawangan yang turut mencalonkan lawannya itu. Baginya sebagai penyandang dan orang kuat Menteri Besar, cabaran sebegitu memalukan dan boleh menjejaskan tumpuan pemilihan pada November nanti.

baca selanjutnya...

Wednesday, September 10, 2008

DONGENG DAN SUMPAH ANWAR: UMNO JADI HARU BIRU


Cerita dongeng alaf baru; bak seorang penglipulara, Anwar Ibrahim amat berjaya mengolah cerita sehingga menjadikan Umno tunggang terbalik bagaikan kapal dihempas laut Samudera.

Tidak kira samada apa yang dinyatakan bakal ‘menjadi’ ataupun sebaliknya, yang pasti Umno tetap mengelabah. Kalau nak dijadikan perumpamaan, Anwar umpama kepulan asap yang amat ditakuti sang lebah (Umno). Walaupun asap itu tidak terus membunuh, namun kesannya amat menakutkan buat serangga itu .


Anwar Ibrahim; suatu ketika dahulu hampir berjaya ditenggelamkan daripada arus perdana politik tanahair. Umno-BN sendiri begitu yakin Anwar akan berkubur tanpa nisan dalam mengejar cita-cita politiknya. Bahkan, hasrat yang diluahkan beliau ketika merengkok di balik jeriji besi Sungai Buloh untuk kembali ke arena politik dianggap satu dongeng atau mimpi tak berkesudahan oleh pemimpin Umno sendiri. Mereka memandang hina dan begitu sinis terhadap Anwar. Bagi mereka, sudah ‘expired’.

Namun, kebangkitan Anwar begitu memeranjatkan. Satu persatu siri dongeng Anwar menjadi kenyataan. Ketika beliau meramalkan Pakatan Rakyat (PR) akan menguasai negeri-negeri utama di negara ini, ianya dianggap dongeng. Bagaimana pun ia telah menjadi kenyataan selepas pilihanraya.

Sedekad tersisih dalam arena politik, keyakinan pemimpin Umno semakin menebal bahawa Anwar tidak akan diterima rakyat. Impian beliau bertanding dalam pilihanraya dan kembali ke kerusinya di Parlimen juga dianggap dongeng. Biarpun dihentam segenap penjuru, dituduh melakukan liwat pusingan kedua, diwar-warkan bersahabat baik dengan Yahudi dan Amerika Syarikat serta pelbagai cemuhan yang pahit untuk ditelan, Anwar tetap menang di Permatang Pauh. Ramai pemimpin BN yang masih belum tersedar daripada mimpi dan terlupa mengucapkan tahniah kepada Anwar hasil kemenangan cemerlang di sana. Satu lagi siri dongeng Anwar menjadi kenyataan.

Kini, timbul satu lagi dongeng yang dianggap tidak masuk akal. Boleh dianggap dongeng ‘agung’ iaitu Anwar membentuk kerajaan PR menjelang 20 September setelah dianjak dari tarikh asal 16 September.

Samada dongeng itu mejadi kenyataan atau tidak, sekurang-kurangnya seluruh pemimpin BN terasa gerun (ngeri). Saban hari makan tak kenyang. Tidur malam bermimpikan Anwar. Mandi pagi terbayangkan Pakatan Rakyat. Malah, makan tengahari, begitu terasa tertelan ‘penumbuk’ Anwar. Begitu hampir Anwar dalam kamus hidup pemimpin Umno-BN. Paling ketara, Pak Lah begitu rajin berulang alik ke ‘seberang’.

Teringat sewaktu kecil dahulu, ataupun ketika menonton cerita hantu (langsuir). Kita dapat lihat bagaimana kebanyakan jalan ceritanya yang mengisahkan si polan yang jahat membunuh si polan lain kerana dendam atau sebagainya. Akhirnya, sebagai balasan, si mati akan menjelma sebagai langsuir yang sentiasa mengintai peluang membalas dendam terhadap musuhnya yang masih hidup itu.

Begitulah juga dengan Umno. Mereka bagaikan watak jahat dalam filem hantu yang diserang rasa bersalah setelah melakukan dosa. Hidup menjadi semakin tidak keruan apabila Anwar menjelma bagaikan langsuir yang saban waktu mengejar mangsa untuk membalas dendam. Lantaran, bila tiba waktu malam, bunyi angin bersiul sekalipun akan dikatakan langsuir.

Jika tidak diserang rasa bersalah, mengapa pemimpin Umno-BN begitu takut dengan Anwar? Seandainya Anwar tidak memberi kesan langsung kepada masa depan politik Malaysia, mengapa pula mereka begitu cakna dengan setiap pergerakan beliau. Persetankan semua itu. Apa istimewanya Anwar? Hebat sangatkah beliau sehingga seluruh pemimpin kerajaan terpaksa membuat kenyataan terhadapnya seorang?

Itulah buktinya. Dalam situasi rakyat dihamburkan BN tidak takut kepada Anwar dan PR, mereka semakin tidak keruan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kelab penyokong kerajaan menghantar rombongan Ahli Parlimen mereka mengadakan lawatan serentak ke luar negara. Dalam bahasa mudah, orang kata ‘macam budak-budak’. Lucu, nakal, dan kadang kala tidak masuk akal pun.

Dalam pada mengatakan semua hal berkaitan Anwar adalah dongeng semata-mata, Umno terlupa mereka telah melakukan pelbagai tindakan dangkal. Pemimpin tertinggi mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan dan arahan yang mudah ditelah. Pemimpin Umno-BN cuba menjelaskan setiap kenyataan, namun rakyat lebih faham. Rakyat adalah hakim.

Begitu pun, mulut siapakah yang kita mampu tutup selagi ia menjadi milik manusia. Sekoyong-koyong melakukan kesilapan, pasti ada yang akan berbuih mulutnya untuk cuba menegakkan benang basah. Ianya satu hakikat yang nyata dalam Umno-BN.

Justeru, dalam semua kecelaruan dan keaiban, Umno seolah-olah sedang dimakan ‘sumpah’. Sumpahan yang payah ditangkis oleh ‘pawang’ Melayu dengan sekadar merenung air di buyung. Malah, mereka terpaksa menggunakan bomoh Cina, India dan tok batin dari Sabah dan Sarawak. Berjayakah mereka?

Semua orang sedang mentertawakan Umno yang begitu ‘mesra’ bersama parti komponennya. Hamburan kata-kata pedas kepada pihak lawan nampaknya terpalit ke muka sendiri. Harus diingat, pergelutan dan percakaran dalaman BN adalah lebih dahsyat daripada permusuhan mereka terhadap pihak pembangkang. Malah, itulah kelemahan ketara Umno sejak dahulu lagi.

Dalam situasi terdesak, pemimpin Umno sering mencanangkan segala yang berlaku adalah secara ‘kebetulan’ sahaja. Sekiranya ada kekalutan, mereka mampu menyelesaikannya dalam tempoh terdekat, walaupun memakan masa berdekad-dekad. Segala pergerakan dan percaturan Umno tidak ubah seperti lakonan daripada pelajar TADIKA yang mana jalan ceritanya sudah diduga sejak awal lagi. Agaknya, jika kita menonton opera Cina, dirasakan lebih seronok jalan ceritanya.

Kenapa agaknya belaku sedemikian rupa? Apa yang sedang melanda Umno. Mungkin juga Umno sedang melalui detik sukar akibat termakan sumpahan tadi. Para pemimpin dan ahli Umno sewenang-wenangnya melabelkan orang di luar Umno sebagai ‘sesat’, malahan dalam Umno sahaja yang mampu memacu rakyat dan negara ke arah kesejahteraan. Bagi mereka selain Umno, harapan rakyat akan berkecai. Itulah antara intipati kesombongan yang dibanggakan Umno-BN.

Mungkin ramai yang sedang membicarakan tentang kegagalan Anwar membentuk kerajaan sebagaimana diwar-warkan. Namun, kecekapan beliau menyusun propaganda dan strategi hamper melumpuhkan Umno-BN. Percakaran Umno sesama sendiri bersama ahli komponennya semakin menyerlahkan kewibawaan Anwar. Bagai ditatang, segala yang berlaku seolah-olah hasil perancangan licik Anwar sehingga para pemimpin BN bercanggah pendapat dan akhirnya berbalah sesama mereka.

Antara dongeng dan sumpah Anwar, kesannya memang ketara; Umno semakin haru biru.

baca selanjutnya...

Thursday, September 4, 2008

SIAPA BODOH: AHMAD ISMAIL ATAU NAJIB?


Seronok tengok gelagat dua orang pemimpin Umno. Satu orang 'besar' Umno Najibtantuya dan satu lagi Umno 'kecik' Datuk Ahmad Ismail yang semakin panas dengan isu kaum Cina sebagai pendatang di negara ini.

Paling kelakar dan mengelikan hati...belum pun tuan punya diri memohon maaf, Najib dengan muka toya...terus memohon maaf bagi pihak Umno. Kenapa? Rasa bersalah sangatkah beliau dengan kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera itu?

Sepatutnya beliau orang nombor dua berkuasa dalam Umno-BN, boleh mengarahkan Ahmad Ismail membacakan teks yang disediakan oleh beliau untuk memohon maaf. Tetapi sekilas pandang, apabila berlaku sedemikian rupa, seperti ada sesuatu yang tak kena dalam Umno sekarang ini. Adakah Datuk Ahmad Ismail tak takut pada Najib atau sengaja nak lawan tokey?

Ataupun, Pak Lah kuat mempertahankan Ahmad Ismail sebab takut kalau kacau hal Umno Pulau Pinang, nanti nasib beliau di sana makin tenat. Kenapa timbul percanggahan antara Najih dan Bodolah Badawi.

Yang paling menghairankan, tiba-tiba sahaja tuan punya diri dengan kes ini membuat kenyataan bahawa beliau tidak perlu meminta maaf di atas apa yang berlaku memandangkan tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukannya.

Nampaknya, kena lagi Najib dalam soal ini. Ahmad Ismail dengan selamba mengeluarkan kenyataan sebegitu, sedangkan Najib belum subuh lagi dan buat kenyataan mohon maaf. Mungkin Najib nak jadi hero dalam soal ini, tapi hero cap kapak je kot!

Sebagai orang kuat Umno dan jika benar mendapat kepercayaan Pak Lah dalam pelan peralihan kuasa nanti, tentu Najib tak dipermainkan oleh orang Pak Lah sebegitu rupa. Dalam keadaan Bodolah mempertahankan Ahmad Ismail, Najib mohon maaf, bermakna dalam erti kata sebenar, Ahmad Ismail bersalahlah.

Apa-apapun kita sama-sama tunggu dan lihat macamana Umno nak kenakan tindakan terhadap orang kuat Umno Pulau Pinang itu. Bertambah botaklah nampaknya Najib nak pikir dan selesaikan lagi satu masalah. Jangan mati kerana rambut gugur dah ler Pak Najib oiiiii!!!

So, di sini siapa yang bodoh? Ahmad Ismail atau Najib?....Pak Lah boleh jawab kot!

baca selanjutnya...

Monday, September 1, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.



Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam.

baca selanjutnya...

Friday, August 29, 2008

KAKITANGAN AWAM: BONUS SEBULAN GAJI, MINIMA RM1000


Seramai 1.2 juta kakitangan awam di negara ini akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara.

"Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008.

Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada bulan September dan Disember 2008," kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, hari ini.

Kali terakhir kakitangan awam menerima bonus ialah pada 2006 dengan pemberian sebulan gaji atau minimum RM1,500 melalui dua kali pembayaran.

Pada tahun lepas, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.

-- BERNAMA

baca selanjutnya...

TAAT SETIA...


Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan melompat parti seperti yang diheboh-hebohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.

Kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang itu disifatkan mereka sebagai satu pembohongan.

Sebaliknya Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak berbelah terhadap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Turut menyatakan sokongan pada sidang akhbar itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Unggah Embas; dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

baca selanjutnya...

Wednesday, August 27, 2008

SUARA RAKYAT SEMAKIN KERAMAT



Bermula 27 Ogos 2008, kedudukan Anwar di Parlimen telah berubah yang landskapnya lebih meriah dan ceria berbanding ‘seksa’ yang terpaksa ditanggung sejak satu dekad lalu.

Bersandarkan situasi masa kini, kelantangan suara rakyat semakin terserlah, terutama rakyat marhein yang begitu dahagakan kesejahteraan dan ketelusan. Atas dasar itu, maka Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno terus gagal menguburkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam senario politik ‘haprak’ mereka di Malaysia masakini.


DSAI meninggalkan Permatang Pauh menuju ke Dewan Rakyat dengan penuh keyakinan bagi melakukan persiapan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen (MP) paling ‘bongsu’. Namun, bongsu Anwar merupakan bongsu paling ditakuti di kalangan MP pembangkang, sehingga ada di antara pemimpin tertinggi Umno dan BN bercelaru membuat kenyataan ekoran kemenangan besar DSAI. Malah, ada yang terpaksa menelan kata-kata dengan tertib agar tidak tersembur kembali. Bukannya apa, bimbang yang tersembur itu pun terpaksa ditelan berulang kali.

Permatang Pauh membuka liku-liku baru dalam politik negara. Satu masej jelas daripada rakyat akar umbi yang menolak falsafah BN yang sudah lapuk dan hampir reput. Umno hadir di Permatang Pauh dengan wajah nenek berusia lebih 53 tahun dan mereka terlupa mengenakan mekap berjenama agar tidak luntur dek panas dan hujan. Akibatnya, rakyat dapat melihat wajah sebenar nenek itu dengan rupa buruk yang tidak pandai mengambil hati anak-cucu di sini.

Biar apa jua tuduhan yang dilemparkan terhadap DSAI, ianya masih belum mampu menutup segala ruang kepincangan BN selama setengah abad memegang tampuk pemerintahan negara. Bukannya pemimpin BN tidak sedar perkara itu, tetapi kemaruk kuasa serta kepentingan politik semasa membuatkan mereka alpa, biarpun seringkali diingatkan.

Singgahlah di mana jua warung kopi di seluruh negara, pasang telinga, dan dengar apa yang diperkatakan oleh seluruh rakyat termasuk penyokong kuat BN sendiri. Apa yang mereka katakana? Tidak lain, ianya berkisar pada Umno yang memerlukan ‘kosmetik’ baru bagi merubah keseluruhan wajah mereka. Malah, lebih teruk, ada yang mencadangkan BN/Umno melakukan ‘plastic surgery’.

Betapa malang nasib BN apabila mereka diperlekehkan sebegitu oleh masyarakat bawahan. Mungkin itu wajar buat mereka kerana sudah terlalu lama suara keramat rakyat tidak bergema. Bagi BN, percaturan kini hanyalah melakukan perancangan rapi untuk menahan gelombang kebangkitan itu agar tidak terus ‘mengganas’ menelan korban. Mampukah BN?

Yang pasti kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh hari ini akan memberi kesan besar dan menyeluruh kepada persekitaran politik negara. Majoriti 15,671 undi merupakan kelebihan yang besar itu membuktikan populariti Anwar tetap kental walaupun sudah sedekad terkeluar daripada arus politik perdana dan kini menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

Serentak itu, keputusan pilihan raya kecil itu mengesahkan penolakan yang meluas dan berterusan terhadap Barisan Nasional, khasnya Umno. Apa yang lebih menakutkan, ia juga berupa undi tidak percaya rakyat terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan tamparan hebat kepada timbalannya, Mohd Najib Abdul Razak, yang mengetuai kempen BN.

Keramat rakyat sudah bijak membezakan mana yang benar dan mana yang menjadi ‘gimik’ di Permatang Pauh. Sebagaimana penulis menyatakan sebelum ini, rakyat bukan lagi menjadikan batang tubuh Anwar sebagai wadah utama menentang kerajaan BN. Tetapi ianya lebih kepada dasar-dasar bercelaru kerajaan yang banyak menyusahkan kehidupan harian rakyat itu sendiri.

Turunlah sebanyak mana sekalipun harga minyak. Tetapi mengapa sebelum pilihanraya kecil? Menguatkuasakan amalan rasuah, kenapa hanya bijak bertindak sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh? Mana perginya berguni fail rasuah pemimpin lain termasuk BN/Umno sebelum ini? Seronokkah melakukan sumpah laknat dalam kesibukan rakyat mahu membuat pilihan di Permatang Pauh? Atau berkesankah peranan media massa arus perdana melaporkan segala ‘keburukan’ dan ‘keganasan’ penyokong Pakatan Rakyat (PR)?

Jawapan kepada semua itu ada di dalam saku pemimpin BN terutamanya Umno. Malangnya, mereka lupa rakyat yang ‘bodoh’ juga mampu menjawab tepat soalan objektif dengan hanya menanda jawapan secara rambang. Itulah kehebatannya!

DSAI tidak segan silu mengumumkan kemenangan beliau di Permatang Pauh adalah kemenangan besar rakyat. Kemenangan menjadi saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

“Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat. Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih harapan baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakan hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu,” katanya selepas diisytiharkan menang dalam pilihanraya Permatang Pauh.

Anwar kini menjadi wadah untuk membuka lembaran baru untuk Negara Malaysia. Kata-katanya adalah kata-kata hikmat, tongkatnya merupakan tongkat rahmat yang mampu menyentuh hati nurani rakyat sehingga mereka menjadi semakin ‘keramat’. Beliau memberikan secangkir sinar dalam usaha ke arah memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah, dan memacu sebuah negara berdaulat. Paling tidak, harapan rakyat melihat kemerosotan ekonomi pulih kembali semakin cerah. Dengan semangat membara dan berusaha membentuk kerajaan yang komited terhadap aspirasi rakyat, Anwar hanya selangkah lagi ke Putrajaya.

Pandangan sinis mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir terhadap Abdullah Badawi wajar dijadikan iktibar. Beliau menjelaskan bagaimana sokongan rakyat semakin menyusut ekoran kekalahan di Permatang Pauh. Namun, tambahnya jika BN menang, sudah tentu Pak Lah kata itu adalah kemenangannya.

“Pengundi Permatang Pauh bukan mengundi Anwar atau Pakatan Rakyat, tetapi mereka mengundi untuk mengalahkan Umno dan BN,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Abdullah Badawi masih mendabik dada dengan mengeluarkan kenyataan, agar rakyat tidak menyalah tafsirkan kekalahan BN di situ sebagai satu trend yang akan berlaku di kawasan lain.

“Apa yang berlaku di Permatang Pauh bukanlah sesuatu yang terlalu besar untuk mengubah situasi yang telah pun berlaku pada pilihan raya umum yang lalu.

“Pilihan raya kecil Permatang Pauh hanya satu pilihan raya kecil yang tidak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain. Saya percaya kami masih boleh terus mentadbir kerajaan,” katanya yang juga pengerusi BN kepada pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Senai, Johor Bharu sehari selepas pengundian di Permatang Pauh baru-baru ini.

Dalam situasi ini, mungkin Pak Lah dan Pak Najib lupa dan masih memasang impian tinggi hinggakan beliau gagal merenung sejenak, apakah itu ‘Suara Keramat Rakyat’.

baca selanjutnya...

Tuesday, August 26, 2008

TAHNIAH DSAI





Kemenangan Titik Permulaan PR ke Putrajaya



baca selanjutnya...

Monday, August 25, 2008

MUFTI WILAYAH 'GABRA' BUAT KENYATAAN


Kelihatan Serba Salah Ketika Membuat Kenyataan Kepada Wartawan

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Hj Wan Zahidi bin Wan Teh, kelihatan gugup dan panik semasa diasak dengan soalan dari segenap penjuru oleh wartawan dalam dan luar negara berkaitan dengan kesahihan Sumpah Laknat Saiful Bukhari.

Beliau yang mengulas sedemikian rupa seolah-olah telah diarahkan agar mempertahankan kenyataan sumpah yang dilakukan oleh Saiful. Sedangkan dalam sehari sebelum itu, iman yang hadir sebagai saksi semasa proses mengangkat sumpah itu telah menjelaskan keadaan sebenar kedudukan beliau ketika itu.


Melihat daripada riak dan keresahan yang timbul daripada air muka Mufti WP itu, maka kita dapat membuat satu andaian bahawa beliau berada dalam situasi tertekan.

Mungkin ada pihak yang mengarahkan Dato Hj Wan Zahidi bin Wan Teh agar membuat kenyataan yang membela nasib Saiful bagi menyelamatkan calon BN di Permatang Pauh, Arif Shah.

Paling menarik adalah ulasan beliau berkaitan peranan ulamak sekarang yang bertindak sebagai golongan Yahudi demi mencapai matlamat menghalalkan cara. Beliau bijak bermain kata-kata dengan menuduh para ulamak PAS agar tidak memperkotak katikkan al-quran demi kepentingan politik. Kerana baginya, al-quran adalah suci dan tidak wajar diperlekehkan.

Sedarkah beliau siapa memperlekehkan al-quran selama ini? Dan sedarkah beliau siapa sebenarnya Yahudi di negara kita selama ini? Mungkin disebabkan terlalu taksub dengan BN serta takut kehilangan jawatan sementara di atas muka bumi ini, beliau pula sanggup memperlekehkan agama Islam demi mempertahankan golongan sesat di negara ini.

Amat malang bagi negara kita yang mempunyai mufti sebegitu rupa.

Manakala, ayah Saiful sendiri ketika ditemu bual oleh TV3suku, jelas sekali gagal memberikan jawapan tepat, telus dan lancar apabila ditanya kedudukan Ramlang Poronggi, iman yang dikatakan sebagai saksi pada majlis angkat SUMPAH-SUMPAH itu.

Kenapa Najib begitu beria-ia mendapatkan mufti WP itu???

baca selanjutnya...

Friday, August 22, 2008

ANWAR BAKAL MENANG TANPA BERTANDING

Arif Shah Dikatakan Melanggar Peraturan Berkempen

Anwar Ibrahim dikatakan sedang menimbang menfailkan pendakwaan terhadap calon MP BN Permatang Pauh, Arif Shah ekoran laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, yang melaporkan bahawa beliau melakukan kesilapan dengan memberikan duit kempen kepada individu yang bukan agen pilihanraya.

Ini merupakan satu kesalahan semasa berkempen dan termaktub di dalam peraturan SPR yang tidak membenarkan calon menyerahkan sejumlah duit kempen kepada bukan agen pilihanraya.



Jika benar perkara sedemikian, maka kita akan melihat sejauh mana tindakan mahkamah terhadap Arif Shah nanti, dan sekiranya didapati bersalah, maka DSAI akan menang percuma di Permatang Pauh.

Dsai sedang berusaha mengumpulkan bukti untuk mendakwa calon BN itu di mahkamah. Dan diberitakan Arif Shah juga ada mengakui beliau melakukan sedemikian rupa.

akan dikemaskini...

baca selanjutnya...