Friday, September 12, 2008

ADIK YB AWI PERTIKAI PEMECATANNYA


Jalaluddin Ismail, salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Hulu Terengganu mempertikaikan pengugurannya daripada senarai AJK Bahagian dan mahukan penjelasan terperinci daripada Ketua Bahagian, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Beliau mempertikaikan dan mempersoalkan kenapa dirinya dan dua rakannya termasuk Setiausaha Bahagian turut dipecat oleh Ku Tera.

Jalalluddin Ismail, yang juga adik kepada ADUN Kuala Berang, Haji Zawawi Ismail berkata, tindakan Ku Tera adalah keterlaluan dan tidak profesional.


Namun, dari pengamatannya ekoran tindakan dipecat itu, beliau merumuskan bahawa mereka bertiga dikenakan tindakan sedemikian kerana tidak menyokong pencalonan Ku Tera sebagai calon Ketua Bahagian dalam pemilihan nanti. Selain itu, Jalaluddin juga menganggap tidakan Ku Tera itu sebagai jalan menyekat system demokrasi yang sedang berjalan baik sekarang.

Beliau yang masih terpingga-pingga dengan tindakan itu melahirkan rasa tidak puashati, dan sedang merancang mencabarnya berdasarkan peraturan dalam perlembagaan Umno.

Menurut Perlembagaan Umno fasal 15.5 Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:

a) Ketua - 20%
b) Timbalan Ketua - 15%
c) Naib - 10%
d) Ahli Jawatankuasa - 2 Cawangan

daripada jumalah Cawangan yang sah dalam Bahagian mengikut Fasal 17.5.7 kecuali apabila mana-mana Bahagian di mana Cawangannya melebihi 150 Cawangan mencukupilah seorang calon itu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 Cawangan bagi Ketua dan 20 Cawangan bagi Timbalan Ketua 10 Cawangan bagi Naib Ketua.

Oleh yang demikian, tidak ada sebarang kesalahan baginya yang menyokong pencalonan Cikgu Mad Nong sebagai calon Ketua Bahagian menentang Ku Tera, berdasarkan jumlah undian yang diperolehi melebihi 20 peratus.

“Saya akan meneliti dan mengkaji perlembagaan Umno yang ada dan jika tidak ada sebarang kesalahan yang boleh disabitkan ke atas saya dan rakan-rakan, kita akan mencabarnya balik,” katanya sambil melahirkan rasa tidak puas hati.

Untuk rekod, pencalonan Ketua Bahagian Hulu Terengganu begitu sengit, di mana Ku Tera hanya mempunyai kelebihan 4 pencalonan, iaitu dengan 67. Manakala Mad Nong pula mendapat 63 pencalonan, yang dikira boleh mengugat kedudukan beliau selaku ketua bahagian nanti.

Sumber dalaman mengatakan, walaupun mendahului Mod Nong, Ku Tera dilihat tidak senang duduk apabila masih banyak cawangan yang turut mencalonkan lawannya itu. Baginya sebagai penyandang dan orang kuat Menteri Besar, cabaran sebegitu memalukan dan boleh menjejaskan tumpuan pemilihan pada November nanti.

No comments: