Monday, September 15, 2008

TAK JADI LOMPAT: BRAHIM ALI KEKAL RAJA KATAK


DUNIA FANTASI- 'RAJA KATAK' (YB IBRAHIM ALI) merupakan insan paling gembira setakat hari ini apabila tidak berlaku sebarang 'lompatan' daripada Ahli Parlimen (MP) BN ke Pakatan Rakyat sebagaimana digembar-gemburkan oleh DSAI.

Beliau yang diteropong oleh beberapa orang wartawan dari negara CIKODOK, mendapati sedang TERLOMPAT-LOMPAT kegembiraan akibat kegagalan acara lompatan tersebut. Ketika ditemuramah oleh kumpulan wartawan itu, beliau menyatakan bahawa beliau teramat gembira kerana masih mampu mengekalkan gelaran 'RAJA LOMPAT' atau lebih sinonim dengan YB KATAK LOMPAT.



Namun, apabila ditanya kenapa baru kini beliau berani bersuara, sedangkan perkara lompat melompat MP BN ke PKR sudah lama diperkatakan, beliau dengan senyum KATAK berkata, "kawe bimbe, kalu-kalu kecek banyok...MP BN jadi lompat- mako rekod kawe sebagai RAJO LOMPAT akan terhapus,".

BERAHIM RAJA KATAK juga dengan bangganya telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan PKR itu telah memperbodohkan rakyat negara ini. Bagaimanapun beliau lupa bahawa beliau juga merupakan salah seorang YB yang tidak ada pendirian.

Malah, untuk terus mengekalkan RAJA KATAK, Brahim sanggup membelit TGNA dengan pelbagai cara asalkan beliau diberi kouta sebagai calon MP di Pasir Mas dalam PRU12 baru-baru ini.

Apabila wartawan mempersoalkan dirinya sebagai seorang YB yang tiada kredibiliti, Brahim agak tersipu-sipu menjawab.

"Buat apo nak jadi YB yang ado kredibiliti. Cukup setakat pandai menipu dan berkecek mace aye seramo ...kiro OKlah tu. Tok Guru Nik Ajis pong kawe GORENG, takkan demo kato kawe takdok kredibiliti lagi," jelasnya sambil mengeluarkan lidah yang bergulung.

Menurut wartawan tersebut, Raja Katak itu kini boleh menarik nafas lega ekoran perkembangan terkini dalam pakatan rakyat. Malah, beliau diberitakan akan bercuti ke KOREA untuk melawat ladang KATAK terbesar di dunia sebagai melepas hajat dari segala peristiwa mendebarkan itu.

"Kawe raso nak gi melawat KoREa, tempat ternak katak terbesar di dunio. Kalu buleh kawe nak bagitau tokey kile tu, kalu dio nak ambik ambok sebagai bako (baka) katak terbaik dunia, bolehlah buat rundingan hargo," ujarnya lagi.

Dalam majalah KOBIS (bukan FORBES), RAJA KATAK ini dikatakan merupakan spesis terbaik (bahagian AUTA) di dunia. Disebabkan ciri-ciri itu, beliau sentiasa menjadi rebutan pengeluar katak dunia untuk dijadikan SUPER SUP KATAK OF THE YEAR.

No comments: