Thursday, May 1, 2008

Tabik Chai Heng!


...ana ada janji nak tulis pasal Ng Chai Heng, Pengerusi Kelab Penyokong Cina PAS Terengganu. So, ada masa sambil dengar celoteh akhi GB di radio TKOfm,..ana coretkan sikitlah...ok!

Pertama sekali, saya amat terharu dengan keprihatinan masyarakat bukan Islam yang meluahkan rasa bimbang dengan petisyen Amno terhadap TGHA . PAS kawasan Marang. Dalam pada ana bersembang isu semasa dgn sahabat (reporter harakah), Chai Heng datang. Sambil minum, dia mula buka cerita, dan tanya ana; macamana perkembangan petisyen? Adakah Tuan Guru akan kalah dalam petisyen tu? dan macam2 lagi.

Apa yang pasti dia amat risau, dan daripada raut wajahnya menunjukkan kerungsingannya itu. Ana dan sahabat cakap, jangan risau bagi menteteramkan keadaannya.

Moralnya: kita amat malu dengan kenyataan kerisauan yang diluahkan oleh orang bukan Islam pada pemimpin Islam. Sedangkan dalam masa yang sama, kita sebagai penganut Islam terus-terusan mencerca kepimpinan Tuan Guru yang saban hari memperjuangkan Islam. Di mana maruah kita? Apa pegangan kita dan siapa kita di atas muka bumi ini?

Harapan; mana-mana yang masih belum berubah harap2lah dapat berubah dengan kesedaran di atas apa yang berlaku di sekeliling kita. Insayallah!
Fikir-fikirkanlah!

p/s: la ni dah kamceng ngan Chai Heng

No comments: