Monday, April 27, 2009

Dalam Pas juga ada kesilapan: Harap perbetulkanlah

Seorang naib presiden terkejut dengan dakwaan bahawa pembantu-pembantu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berusaha untuk melaga-lagakan menteri besar Kelantan itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerajaan perpaduan.

Dakwaan tersebut dibuat oleh anak Nik Aziz sendiri - Nik Abduh yang juga timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan - dalam blognya Jumaat lalu.

Naib presiden tersebut, Ahmad Awang berkata, dakwaan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pemimpin dan ahli PAS mengenai siapakah yang dimaksudkannya.

Ahmad juga terkejut dengan tulisan Nik Abduh yang dianggap kasar apabila menyifatkan usaha pembantu Nik Aziz tersebut sebagai satu usaha yang 'sesat'.

"Saya sendiri terperanjat, Nik Abduh cakap macam itu.

"Satu perkataan... 'sesat'. Terperanjat juga dia (Nik Abduh) tulis begitu," kata Ahmad ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam blognya itu, Nik Abduh yang juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS pusat, menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Abdul Hadi.

Timbul kekeliruan

Nik Abduh menulis: "Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!".

Mengenai pembantu-pembantu Nik Aziz itu yang dirujuk oleh penulis, Ahmad berkata: "(Oleh kerana) pembantu-pembantu itu disebut secara umum, tidak secara khusus, ia boleh menimbulkan kekeliruan.

"Tetapi sekadar tafsiran, (mereka boleh jadi) orang-orang yang bersama Tok Guru (Nik Aziz) di Kelantan... orang di sekeliling Tok Guru dalam kerajaan (negeri)... exco dan pimpinan parti," katanya.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak nampak adanya elemen untuk melaga-lagakan Nik Aziz dengan Abdul Hadi tetapi mengakui pada umumnya mereka ada perbezaan pendapat tetapi tidak sampai ke peringkat berlaku 'pergeseran'.

Maka, katanya, terdapatlah pemimpin PAS yang bersetuju dengan pandangan menteri besar Kelantan itu dan ada pula yang bersetuju dengan pendapat ahli Parlimen Marang itu.

"Bukan disengajakan jadi begitu," kata Ahmad sambil menambah bahawa beliau difahamkan terdapat pertemuan antara Nik Aziz dan Abdul Hadi berhubung isu kerajaan perpaduan di Kelantan.

baca selanjutnya...

Tuesday, April 14, 2009

Krisis Umno Terengganu: Dijangka Berlarutan

Krisis Umno Terengganu dijangka berlarutan apabila 10 ADUN memulaukan persidangan DUN pada hari kedua sidang. Ini menunjukkan rasa tidak puashati kumpulan Idris terhadap Ahmad Said berlarutan.


Sekali lagi Rosol Wahid bakal dikambing hitamkan oleh Idris demi cita-cita politiknya yang korup serta tidak bermaruah. Malah, rakyat sekali lagi jelas dipertontonkan bagaimana kumpulan ADUN BN daripada Umno itu secara terang melakukan sekali lagi tindakan 'derhaka' terhadap Sultan Terengganu yang memperkenankan perlantikan Ahmad Said sebagai MB.

Krisis kepimpinan dan Moral Umno ini memang sudah dijangka memandangkan memang wujud persengketaan nyata kumpulan Idris Jusoh dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Ahmad.

Mereka dilihat amat terpukul dengan kejatuhan mengaibkan selepas PRU ke-12 yang lepas. Justeru, tidak ada cara lain untuk mereka kekal sebagai ADUN selain melakukan 'onar' dan meminta campur tangan PM serta TPM agar mendesak Ahmad dilucutkan jawatan mereka.

Namun, apakah kumpulan yang disokong pihak istana yang diketuai oleh Speaker Terengganu, Tengku Putera ajan berdiam diri? Kita masih ingat bagaimana bibit permusuhan dua kumpulan ini menyaksikan Idris berjaya mencantas nama-nama besar termasuk Tg Putera sendiri daripada menjadi calon ADUN kerana dianggap mengancam kedudukannnya sebagai MB.

Namun, kelicikan Tengu Putera dan Ahmad akhirnya berjaya menjadikan kumpulan Idris dan Rosol seperti orang 'sasau' yang gila kepuk.

Tunggu dan saksikan kemusnahan Umno di Terengganu seterusnya.

baca selanjutnya...

Thursday, April 2, 2009

Siti Nurhaliza kunjungi Nik Aziz

KOTA BHARU, 2 April: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.

Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.

Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

baca selanjutnya...