Thursday, February 26, 2009

Pas Terbuka Terima Sesiapa Sahaja Termasuk Sasterawan Negara

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) tidak menolak jika Datuk A Samad Said dan seniman yang lain terbuka hati menyertai Pas atau sekurang-kurangnya menunjukkan kebersamaannya dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Subjek Sains dan Matematik (PPSMI) sebenarnya telah menunjukan jalan kebersamaan itu. Walaupun Samad Said bukan ahli Pas tetapi beliau tetap berani untuk berdiri atas pentas Pas demi memperjuangkan kelansungan Bahasa Ibunda kita khususnya Bahasa Melayu.

Inilah pejuang Bahasa yang sejati kerana beliau tidak terbeli dengan apa jua agenda Politik walaupun disana ramai orang yang menganggapnya sudah bersama Pas.

Pemudawilayah mengaminkan anggapan yang dibuat oleh ramai pihak itu, dan memang kita harap beliau masuk Pas. Cuma buat masa ini, kami juga jelas pada pendirian beliau dan kita hormat jika beliau memilih untuk bersikap neutral dalam soal politik.

Tapi dalam soal Bahasa dan membantah PPSMI, pemudawilayah amat berharap agar beliau terus kuat untuk meneruskan perjuangan ini walaupun kita sedar banyak lagi cabaran yang bakal dilalui.

Slogan 'Pas untuk semua' sudah cukup untuk menyatakan kesediaan Pas untuk bersama sesiapa sahaja yang ingin berjuang untuk kepentingan rakyat dan negara ini keseluruhannya.

Dasar Islam yang menjadi Teras Pas merupakan satu kelebihan untuk mendekati semua kaum dan pelbagai peringkat masyarakat termasuklah kumpulan seniman seperti Samad Said.

Disitu juga jelas pada semua bahawa untuk bersama dengan Pas tidak semestinya menjadi ahli. Pas menyediakan ruang untuk mereka yang belum sedia jadi ahli menyertai Kelab Penyokong Pas atau boleh hadir bila-bila masa dalam program Pas seperti ceramah umum dan sebagainya.

Pas juga mempelawa mana-mana aktivis untuk tampil bersama di Pentas Pas seperti Samad Said untuk menyatakan pendirian mereka terhadap isu-isu rakyat yang tertindas dan juga memperjuangkan hak-hak rakyat yang kian terabai oleh kepimpinan Barisan Nasional.

Politik hanyalah satu pilihan, namun perjuangan itu harus terus berjalan dimana jua pentasnya dimukimkan. Oleh itu, Pemudawilayah terbuka dalam soal perjuangan rakyat dan menerima segala saranan yang positif untuk kebaikkan rakyat.

Pemudawilayah mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah atas kebersamaan yang ditunjukan oleh Samad Said, rakan-rakan seniman serta aktivis lainnya dalam menangani isu PPSMI ini.

Pemudawilayah juga tekad untuk turut bersama perjuangan Gabungan Membantah PPSMI (GMP) dan mengajak rakyat untuk turut hadir di himpunan menghantar memoranum bantahan PPSMI kepada DYMM Yang diPertuan Agong pada 7 Mac 2009 nanti.

baca selanjutnya...

Sunday, February 22, 2009

Malaysia'S NEWEST Agency!





baca selanjutnya...

Tuesday, February 17, 2009

Elizebeth: Terancang atau Salah Rancangan??

Apa nak jadi dengan dunia politik di Malaysia sekarang?”. Ini antara keluhan beberapa orang kampong sejak beberapa hari kebelakangan ini.


Keluhan itu merujuk kepada berita yang berkaitan laporan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjang, Elizabeth Wong yang dikatakan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Exco dan Adun berikutan gambar tidur dan separuh bogelnya diedarkan di internet dan MMS

Memanglah penulis merasakan adalah tidak adil seseorang penjawat awam terpaksa meletakkan jawatan semata-mata kerana tidak tahan dengan kerenah dan fitnah yang beliau sendiri tidak redha. Apatah lagi ianya dimanipulasikan oleh ahli politik yang berkepentingan.


Siapakah yang sanggup meredakan jika segala kesilapan yang dilakukan sebelum ini, ketika beliau belum bergelar selebriti. Tiba-tiba didedahkan umum apabila beliau berada di puncak populariti. Memang ia suatu malapetaka yang amat buruk dan suatu kutukan yang amat besar harus dikenakan ke atas mereka yang bertanggungjawan melakukan penyebaran itu atas niat curang untuk mengaibkan atas kepentingan tertentu, termasuk berkait isu politik yang sedang memuncak melanda negara sekarang.

Mungkin kerana itulah, Wanita MCA, walaupun tidak sealiran politik dengan Wong, bangkit menyuarakan kutukan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam penyebaran gambar itu.

Bagaimanapun, dalam dunia politik harus diingat! Kadangkala pihak musuh bijak menyelinap dan menyamar menjadi alim semata-mata mahu menikam dari belakang. Tidak mustahil ini antara skrip yang turut mementaskan drama Eli…

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula walaupun tidak mahu campur tangan dalam isu itu berkata: “Kalau mahu dipersoalkan (isu itu) kenapa di Malaysia selalu timbul masalah moral. Kita tidak boleh salahkan orang itu sahaja.
“Macam doktor kata di Kelantan ini banyak orang sakit darah tinggi, buah pinggang. Kita tak boleh nak salahkan orang itu saja, sebaliknya kena juga salahkan kepada cara hidangan makanan, cara suasana setempat, cara itu dan cara ini,” jelas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas itu.

Kenyataan sinis beliau itu jika ditilik mempunyai pengertian yang mendalam, yang boleh dilihat jawapannya itu dari sudut politik dan agama. Ramai kalangan politikus aliran secular tidak menunjukan reaksi pada pandangan TGNA memandangkan dalam benak mereka, TGNA juga mempunyai agenda politik tersendiri…terserahlah!

Kenyataan tokoh politik bertaraf ulama itu lebih kurang sama dengan jawapan beliau ketika memberikan komen mengenai tindakan Sultan Perak tidak membubarkan DUN negeri itu apabila Pakatan Rakyat gagal mengekalkan majoriti dalam kerusi DUN itu setelah tiga Adunnya keluar parti itu.

Beliau tidak menyalahkan tindakan Sultan kerana bertindak demikian, kerana beliau tahu Sultan mempunyai kuasa dan haknya. Apa yang dipersoalkan punca bermulannya episod kenapa yang menyebabkan Sultan terpaksa bertindak demikian.

Katanya, kenapa beberapa Adun yang “hilang” beberapa hari, tiba-tiba muncul bersama orang politik Barisan Nasional, termasuk Datuk Seri Najib sebelum kerajaan Pakatan yang dibentuk 8 Mac tahun lalu digulingkan BN dalam masa yang singkat?.

Beliau mengesyaki ini ada perancangan jahat oleh pihak tertentu, lantas menuduh Umno atau BN yang mendalangi itu semua. Justeru itu, beliau menyifatkan Umno tidak boleh diharap, katanya “Usahkan nak jaga Islam, nak jaga demokrasipun tidak boleh (diharap).

Berbalik isu pengedaran gambar bogel Adun Bukit Lanjang itu, kita turut mempersoalkan kenapa isu itu timbul di saat kekalutan politik di Perak selepas BN berjaya menggulingkan kerajaan Pakatan, dan kali ini ia turut berlaku di negeri yang diperintah Pakatan di Selangor. Apakah ini nasib malang yang ditentukan oleh qada’ dan qadar Allah atau perancangan pihak tertentu untuk menggulingkan kuasa yang ada demi untuk berkuasa tanpa memperakukan kerajaan yang dipilih rakyat tetapi atas kuasa teknikal undang-undang untuk menghalalkan cara?

Teliti balik sebagaimana ulasan saya di atas. Amat janggal rasanya kesilapan daripada pihak pembangkan (PR) ianya mendapat sokongan dan reaksi positif spontan daripada pemimpin BN (musuh politik). Bukan seorang dua yang mempertahankan Eli..malah ramai yang berbuat demikian. Malah, Eli..sendiri dilihat dengan senang hati menawarkan diri melepaskan jawatan. Begitu mudah??

Dibimbangi, Elizebeth sendiri telah ‘dibeli’ dan dijadikan pelakon utama dalam drama ‘panas’ ini agar kesilapan beliau menerima tawaran BN dapat ditutup serapi mungkin. Aksi tangisan actress dalam drama boleh dibuat bila-bila masa, pengarah hanya perlukan seulas bawang sahaja.

Namun, harus diingat, jika ada terniat sedemikian rupa daripada pihak Elizeberth, pasti ianya satu tindakan yang paling tidak bermoral. Bermakna moralitinya adalah lebih rendah daripada orang yang kononnya mengaibkan beliau.

Apapun, jika skrip pengarah hanya berunsurkan ‘mengaut’ keuntungan segera dan dibuat serta-merta, maka akan berlaku sedikit sebanyak kecacatan di sana- sini..Tunggulah!!
Skrip Allah SWT adalah sempurna.

baca selanjutnya...

Saturday, February 14, 2009

Rendahnya Moral Sanusi Junid

Seronok baca halaman dua Sinar Harian edisi Terengganu hari ini (15/2/09). Dengan tidak semena-mena bekas naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid 'berkokok' pasal isu pengderhakaan kepada raja. Palin melucukan apabila beliau membuat kenyataan mempertahankan bahawa Umno tidak pernah derhaka kepada Sultan dan Raja Melayu.

Katanya, tindakan mengurangkan kuasa raja pada 1990 sama sekali tidak menjejaskan kredibiliti sultan. Ianya hanya masalah pindaan untuk menjamin masa depan raja, katanya. Lagipun sesuatu perkara yang diputuskan jika tidak dapat perkenan sultan, ia kan berjalan terus tanpa ditandatangani pun. LUCU lagi melucukan.

Dalam tafsiran beliau (mungkin beliau belum nyanyuk), tidak memerlukan perkenan sultan itu bukan satu isu 'derhaka' , jelas menunjukan satu kenyataan Sanusi Junid yang tidak bermaruah. Kenyataan itu adalah 'emosional' beliau terhadap parti kesayanganya di samping mahu mempertahankan tindakan Umno dalam kes sultan Perak.

Beliau lupa, keingkaran Nizar melepaskan jawatan adalah berpandukan undang-undang tubuh Perak, sedangkan isu mengurangkan kuasa raja merupakan cadangan Umno dan diluluskan oleh Ahli Parlimen (majoriti BN) di Parlimen. Ia secara terang memperkudakan sultan dan raja Melayu, namun tidak mendapat bantahan daripada ahli Umno.

Disebalik meluluskan akta tersebut, umno mempunyai agenda tersendiri, di mana mereka mempunyai kepentingan untuk terus berkuasa dan terus menjadikan raja itu sebagai BONEKA. Sanusi bercakap bagaikan tiong yang kelaparan. Beliau mengulas bahawa isu itu tidak sedikit pun mengurangkan kuasa raja, namun hakikinya institusi di raja itu telah dicucuk hidung mereka.

Kenapa pihak istana tidak melenting, dan ketika itu hanya aksi bantahan cuma datang daripada istana Johor sahaja? Semuanya ada kaitan dengan masalah pengumpulan harta dan projek yang telah dikhaskan oleh BN untuk kerabat diraja. Percaturannya mudah sahaja. Selagi umno berkuasa, semua masyarakat di negara ini pasti mahu dujadikan LEMBU cucu hidung mereka, termasuk sultan dan raja.

Bagi umno, apa yang dilakukan pihak mereka kepada sultan dan raja...tidak perlu dipertikaikan. Tetapi, jika ada sedikir pergeseran antara pembangkang dan raja, mereka eksploitasikan dengan sewenang-wenangnya.

Buat Tan Sri Sanusi Junid: berehatlah...penuhkanlah ilmu agama di dada dan berlapang dadalah kerana anda diberi bonus oleh Allah swt untuk melakukan taubat...

Itulah rupa Umno+BN...renungilah!

baca selanjutnya...

Thursday, February 12, 2009

Nak Siasat Karpal; Siasat Juga 22 ADUN 'Derhaka'

Ketua Angkatan Muda (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa mencabar pihak polis dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) turut mengambil tindakan ke atas 22 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Terengganu yang dikatakan menghina dan menderhaka kepada Sultan sekiranya mereka mempunyai hasrat mengenakan siasatan terhadap Karpal Singh.


Menurutnya, kedua-dua pihak terbabit perlu melakukan siasatan secara adil dan tidak hanya melihat ke atas kepentingan pihak tertentu sahaja untuk membuka kertas siastan. Malah katanya, pihak polis tidak pernah mengambil ‘action’ terhadap laporan daripada pihaknya terhadap isu kain rentang dan 22 ADUN Terengganu yang derhaka kepada Sultan ekoran konflik perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Mac lalu.


Pihaknya mahukan tindakan yang adil ke atas semua pihak dan bukan tindak berpilih yang hanya menguntungkan pihak yang berkepentingan sahaja. Malah, beliau masih menunggu dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penderhakaan kepada Sultan.

“Aduan terhadap 22 ADUN menderhaka kepada Sultan adalah serius, dan kita mahu pihak polis menyiasat sekiranya mereka mahu mengambil tindakan terhadap Karpal. Tindakan juga perlu diambil oleh pihak KDN,” katanya lagi apabila diminta mengulas laporan mengatakan pihak polis akan menyiasat tindakan Karpal dikatakan menderhaka kepada Sultan Perak.

Beliau yang seringkali membuat laporan polis terhadap isu-isu semasa dan banyak melibatkan pemimpin Umno tidak bercadang membuat laporan polis berhubung tindakan Karpal yang bercadang menyaman Sultan Perak. Baginya, apa yang dibuat (laporan) oleh pihak Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) sudah memadai.

“Saya tak akan membuat laporan terhadap Karpal, sudah memadai apa yang dibuat oleh pihak Umno dan NGO, dan berharap pihak polis akan menyiasatnya dengan telus,” ktanya lagi.

Mengulas lanjut, Fariz bekata, pihak AMK akan mengambil sikap tunggu dan lihat apa jua tindakan polis selepas ini memandangkan sudah banyak laporan polis yang telah dibuat oleh pihaknya. Namun, semua laporan itu tidak jelas statusnya, samada sudah dibuka kertas siasatan ataupun tidak.

Bagi AMK, pihak polis tidak perlu mengamalkan sikap ‘double standard’ atau memilih untuk melakukan siasatan. Ianya perlu dilakukan tanpa prejudis supaya sikap dan integriti mereka terus diperakukan oleh seluruh rakyat negara ini.

baca selanjutnya...

Tuesday, February 10, 2009

Rampas Akbar: Satu Tindakan Kebudak-budakan

Sejarah berulang kembali...akhbar alternatif, Harakah, dan Suara Keadilan dirampas di premis-premis jualan akhbar di seluruh negara. Namun, rumus yang boleh dibuat adalah; MEMALUKAN. Malah ia merupakan satu tindakan kebudak-budakan.

Walaupun itu hak KPHEDN, ianya menjadi satu catatan menghinakan buat Kerajaan BN, seolah-olah mereka tidak mempunyai alternatif lain untuk menyekat rakyat bangkit menentang mereka. Sudah habis semua saluran yang digunakan, termasuk menahan penunjuk perasaan, melontar bom asap, menyembur air asid, dan menangkap pemimpin pembangkang untuk disumbat dalam ISA. Pas turut mengecam tindakan 'banggang' ini.

Jika selama ini mereka (BN) melaungkan amalan demokrasi, akhirnya mereka juga mencabulinya di atas rasa dendam yang tiada kesudahan. Jika BN mengambil kira isu penderhakaan yang disiarkan kedua-dua akhbar berkenaan, ianya merupakan satu tindakan terkebelakang, di mana sebelum ini pelbagai isu yang mengaitkan penderhakaan ahli Umno terhadap Sultan diabaikan begitu sahaja.

Kenapa BN begitu takut dengan pendedahan sebenar? Aapakah mereka begitu fobia dengan kebangkitan rakyat yang semakin hari semakin membenci mereka?

Inilah realitinya, jika nyawa semakin menipis, usia dihujung tanduk BN Umno wajar bermuhasabah diri dan bukannya menyakiti orang lain. Semakin banyak tindakan dangkal yang dilakukan Umno BN, semakin banyak rakyat mencemuh mereka.

Semoga BN - Umno bakal berkubur suatu hari nanti. Insyaallah!

baca selanjutnya...

Monday, February 9, 2009

Minggu Penuh Penghinaan Buat Umno?

Minggu lepas insiden penuh memalukan berlaku di Perak, ekoran 'rampasan' kuasa daripada pihak BN yang telah 'berjaya' menubuhkan kerajaan di sana. Walaupun dengan penuh keraguan, TPM, Najib telah mengumumkan sebuah kerajaan negeri yang baru biarpun tidak mengikut prosedur sewajarnya, dan hanya bergantung kepada 'sokongan' Istana.

Minggu ini, satu lagi kes mengemparkan apabila ADUN Bukit Selambau, Kedah turut meletakkan semua jawatannya sebagai ADUN serta Exco kerajaan negeri. Beliau yang merupakan calon bebas semasa PRU12, telah dilantik sebagai Exco selepas 'join' PKR. Namun, pendedhan beliau yang mengatakan tekanan berterusan daripada BN yang memeras ugut dirinya, keluaega serta pegawai merupakan satu pendedahan mengejutkan serta satu perkara amat hina dilakukan oleh pihak BN.

lihat di sini

Malangnya, apakah tindakan SPRM yang begitu lantang terhadap kes sebegini? Mana intergriti pihak Polis dan SPRM? Inilaha antara wadah yang menjadikan rakyat semakin memencilkan BN-Umno. Biarpun mereka melaungkan sokongan rakyat bertambah, namun senaliknya mereka kini dihina dan dipingirkan oleh masyarakat majmuk negara kita.

baca selanjutnya...

Friday, February 6, 2009

Tabikk TGNA

Dalam situasi kecoh...renunglah wajah ulamak kesayangan kita, sejuk hati. Ambil air sembahyang, dan solat hajat bermunajat kepada Allah swt. Insyaallah kita akan tenang selepas itu.


Semoga Allah swt akan menolong makhluknya yang benar!!

baca selanjutnya...

Hinanya Najibb Hingga diPijak sebegini..


Aku kutip dari BuletinOnline....
Kesian tengok dia ni...sebijik macam Yahudi dihina Rakyat Palestin.

Semoga Allah swt berada di pihak yang benar.

baca selanjutnya...

Thursday, February 5, 2009

Apa komen TGNA berkaitan PERAK?

Meminjam tulisan sahabat saya untuk tatapan umum...harap apa yang diutarakan TGNA ada kewajarannya, memandangkan beliau seorang ulamak dan amat faham dengan situasi politik diskriminasi BN-Umno sejak kebelakangan ini;

Baca juga ini: Kerajaan Haram: TGNA


SEWAKTU
ingin menemui Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, penulis tidak menduga Menteri Besar Kelantan itu akan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akur kepada keputusan Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran DUN negeri itu dan sekaligus meminta Menteri Besarnnya meletakkan jawatan. Ingatkan jawapannya berbaur negatif, rupanya positif.

“Saya (dalam hati kecil) sebenarnya tak mahu ulas soal yang mengaitkan institusi raja ini, sebab (segala keputusannya) adalah hak dan kuasanya”, itu kata-kata hati Nik Aziz yang dapat dibaca daripasa pengamatan penulis yang mengenalinya begitu lama dalam bidang kewartawan ini.


“Sebenarnya saya akur dengan keputusan itu, itu hak dia. Tetapi persoalannya, kita kena kaji bagaimana bermulannya kisah sehingga Sultan boleh buat keputusan begitu. Kita kena cari dan kaji puncanya kejadian sebelum itu. Mesti ada perancangan pihak tertentu (merujuk kepada empat Adun Pakatan Rakyat Perak yang lompat parti dan hilang itu). Ini suatu perancangan jahat, tak habis-habis nak mengkhianati hak rakyat yang telah membuat keputusan dalam pilihan raya baru-baru ini,” kata Nik Aziz membuka komennya walaupun pada mulannya keberatan.

Penulis sudah dapat mengagak itulah jawapannya apabila diminta pandangan atau follow up berita yang menyentuh institusi raja. Penulis faham benar. Apapun jawapannya, yang disiarkan sepenuhnya dalam Web Bernama seperti yang dilaporkan itu, dapat meredakan sedikit sebanyak ketegangan apa yang disifatkan pergolakan dalam politik negara, khasnya di Perak.
Bagaimanapun, di celah-celah jawapan cool beliau itu terselit suatu amaran keras kepada pemimpin parti politik yang tidak ikhlas dalam perjuangan iaitu mereka yang menafikan hak rakyat sebagai peragut, pencuri politik milik rakyat yang telah membuat keputusan dalam pilihan raya ke-12 lalu, di mana menyerahkan kepada Pakatan mentadbir negeri itu di bawah pimpinan Menteri Besar dari Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Jika Ketua Pemuda DAP , Loke Siew Fook, menyifatkan mereka yang menolak keputusan rakyat dalam pilihan raya umum lalu sebagai “perompak politik”, maka Nik Aziz pula menyifatkannya sebagai “peragut hak rakyat”. Justeru itu Loke mahu DUN Perak dibubarkan untuk memberi mandat semula kepada rakyat bagi menentukan kerajaan yang mereka mahu.
Nik Aziz pula dalam temubual penulis menuduh dalang yang menumbangkan kerajaan itu sebagai tidak mengamalkan dasar demokrasi yang tulen. Katanya, “usahkan nak jaga Islam, nak jaga demokrasipun tak boleh diharap”.

“Ingat, orang ini zalim, tak kira pangkat, titih. Dan mereka yang zalim akan menerima tindakan (balasan) dari Allah Subhanahu Wataala. Cuba kita tengok, JW Bush, seorang pemimpin kuasa besar dunia boleh jatuh bersama parti demokratnya dan diaibkan pula oleh seorang wartawan dengan menerima balingan kasut”

Hati penulis terdetik, inilah mesej yang hendak disampaikan Mursyidul Am Pas itu tentang apa yang menjadi dendam kesumatnya untuk menjelaskan kepada umum berhubung dengan isu politik mutakhir ini.

Tetapi cara pendekatan yang Nik Aziz sampaikan kepada penulis berhubung isu itu amat sederhana dan berkesan dan patutlah ramai beranggapan cara MB Kelantan berpolitik lain dari yang lain, malah ada yang menyebut Nik Aziz bijak berpolitik tidak seperti sesetengah pemimpin Pas lain. Inilah kelebihan yang ada pada pemimpin politik bergelar ulama ini dan tidak hairanlah juga mengapa ramai kalangan cendikiawan dan kakitangan kanan kerajaan memenuhi ruang tapak kuliahnya di Dataran Ilmu (depan ibu pejabat Pas Negeri) setiap pagi Jumaat walaupun dalam keadaan tersorot-sorot.

Mungkin dengan kelebihan yang ada padanya itulah menyebabkan Nik Aziz berjaya melakar sejarah dapat mentadbir negeri Kelantan sehingga lebih 18 tahun, mengatasi rekod kerajaan negeri sebelum ini yang diperintah oleh BN atau Perikatan.

Allahu Akbar.

dari Nasir Hassan
http://www.riuhrendoh.blogspot.com/

baca selanjutnya...