Saturday, January 31, 2009

Alangkah Mulianya Jadi Guru Begini...

Guru Sedekah Pampasan Insurans Ibu Kepada Golongan Memerlukan.


Tidak ada apa yang boleh ditafsirkan diatas kemurnian hati seorang guru di Dungun apabila bermurah hati mahu mendermakan pampasan insurans arwah ibunya kepada golongan yang lebih memerlukan berbanding untuk kegunaan dirinya sendiri.

Beliau yang mencarum insurans untuk arwah ibunya sejak 2004, menerima pampasan daripada Syarikat Takaful Ikhlas sebanyak RM49,612.19. Katanya, selepas beberapa tahun mencarum, akhirnya ibu kesayangannya itu menghembuskan nafas terakhir pada 22 Oktober 2008 lalu.

"Selepas proses tuntutan dibuat, syarikat itu membuat pembayaran, dan Midah (guru) tersebut merupakan penama atas polisi berkenaan layak menerima pampasan," kata wakil syarikat itu.

Guru berkenaan berkata, beliau akan bersedekah kepada golongan miskin seperti anak yatim semoga pahalanya diterima arwah.

Sumber: Sinar Harian

baca selanjutnya...

Thursday, January 29, 2009

Umno Demam KURA-KURA

Berita yang paling mengejutkan di sepanjang minggu lepas tidak lain adalah berkaitan tindakan nekad Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) kawasan Bota, Perak ‘melompat’ parti menyeberangi kem Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia merupakan satu senario yang membuatkan semua pemimpin BN terutama daripada Umno terkejut dan tidak mempercayainya. Namun, sehingga setakat ini, ianya merupakan satu kesahihan di mana Datuk Nasaurudin Hashim ADUN Bota dari Umno secara rasminya menyertai PKR.

Bagi sesetengah penganalisis politik, tindakan itu merupakan satu tindakan berani dan bakal menjadi satu igauan buruk buat Umno-BN. Dalam keadaan BN mencanang waki rakyat PKR akan melompat parti ke BN, tiba-tiba sahaja perkara sebaliknya berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Penaja DAP Cawangan Kampung Cina, Kuala Terengganu, Ng Chai Heng berkata, tindakan Nasarudin yang menyertai PKR itu dianggap sebagai satu ‘platform’ dalam usaha Pakatan Rakyat (PR) mempercepatkan proses penukaran senerio politik Negara.

“Tindakan itu merupakan satu berita gembira buat PR, memandangkan keyakinan yang diberikan oleh wakil rakyat Umno itu.

“Kita percaya tindakan yang dilakukan oleh beliau (Datuk Nasarudin) merupakan tindakan rasa tidak puashati kepada BN, dan masih ramai lagi yang akan mengikut jejak langkahnya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, katanya ini merupakan satu tindakan di mana sekumpulan pemimpin Umno yang tidak berpuas hati serta hilang keyakinan terhadap parti yang mana tidak mampu lagi untuk memimpin negara.

Malah, tindakan itu boleh dianggap tepat memandangkan BN dan Umno sudah tidak mampu mengukuhkan parti itu setelah berhadapan dengan pelbagai masalah yang melanda negara serta parti tidak berupaya untuk diselesaikan.

Tindakan Datuk Nasarudin itu juga memberi satu pukulan hebat kepada kepimpinan Umno Perak sehinggakan Pengerusinya Datuk Tajol Rosli terpaksa melepaskan jawatan yang disandangnya. Secara tidak langsung, fenomena ini akan memberi kelebihan kepada PR mengukuhkan pakatan mereka di Perak untuk terus menekan BN-Umno dalam kerajaan negeri.

baca selanjutnya...

Monday, January 26, 2009

Umno Yang Semakin Caca Marba...

Kesinambungan kekalahan teruk di pilihan raya kecil Permatang Pauh, disusuli dengan kekalahan memalukan BN di Parlimen Kuala Terengganu...nampaknya BN semakin caca marba dengan pelbagai kekalutan. Jika diambil kira 'lompatan' yang dilakukan ADUN Bota yang menyeberang ke kem Parti Keadilan Rakyat (PKR), bermakna, BN semakin lesu dan tenat.

Tidak ada perasaan yang mampu disembunyikan oleh pemimpin dan ahli umno dalam kes terbaru ini. Malah, secara terbuka TPM, Najib menyatakan betapa terkejut dan sedihnya beliau dengan fenomena berkenaan. Belum reda mengesat air mata di Kuala Terengganu, kini Najib berdepan pula dengan situasi sukar yang membayangkan seoalah-olah semua itu cabaran buatnya sebelum bergelar PM. Namun, angin kencang bertipu turut mengaitkan nasib beliau yang tidak akan memegang jawatan tersebut.

PM, Bodolah bagaikan bergoyang kaki dalam situasi dan kemelut melanda BN-Umno, sedangkan semua jari menuding Najib yang begitu galak mengimpikan jawatan nombor satu negara itu.

Apa yang jelas, Umno semakin menampakkan kekalutan. Cengkaman semakin longgar dan rakyat serta pemimpin semakin meminggirkannya. Biar apa pun tanggapan terhadap YB Nasharuddin (ADUN BOTA), namun, kecenderungan beliau memilih platform pembangkang melambangkan tahap 'muak' beliau dengan kedangkalan yang ada dalam Umno-BN.

Beliau boleh memilih mana-mana medium untuk berpolitik, namun kesanggupan bersama PR untuk bersama-sama menyedarkan rakyat tentang kebobrokkan BN-Umno sangat dialukan. Bukan mudah menongkah arus, tetapi kekentalan semangat yang ditunjukkan perlu dicontohi.

Umno sudah tidak relevan dan percayalah, ianya bukan sahaja dibenci rakyat Semenanjung, malah di Sabah dan Sarawak jua. Sekiranya BN dan Umno gagal melakukan perubahan drastik dan pemimpin-pemimpin mereka sanggup berzuhud demi rakyat, bermakna mereka akan berkubur dalam sedetik masa nanti.

Tidak salah rakyat menukar kepimpinan negara beralaskan sistem demokrasi yang dilaungkan BN-Umno. Cuma golongan itu bimbang, jika kerajaan bertukar, maka mereka tahu betapa sukarnya untuk mereka bangkit disebabkan kesungguhan PR membangunkan rakyat jelata kelak.

baca selanjutnya...

Friday, January 23, 2009

Kuala Terengganu Kembali Sunyi...

Lumrah berpolitik dan sikap bermuka-muka Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak dapat dipisahkan dalam agenda mempermainkan rakyat mereka. Realiti tetap realiti. Jika sebelum pilihan raya kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu dipenuhi dengan kereta bertinted hitam pemimpin BN-Umno, kini Kuala Terengganu (KT) kembali sunyi sebagaiman sedia kala. Sunyi dalam erti kata tiada lagi 'penipuan' pimpinan atasan BN yang menjanjikan jutaan kilauan permata buat penduduk Kuala Terengganu.

Pelbagai 'madu' dan manisan yang ditabur sepanjang kempen pastinya tidak akan tertunai dalam tempoh terdekat ini. Dan percayalah, segala apa yang dijanjikan BN-Umno itu akan ditindan balik dalam kempen mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Itu pasti!

Jika konsep menipu rakyat sudah termaktub dalam perancangan BN-Umno, mereka tidak dapat lari daripada realiti bahawa semua yang direncanakan itu adalah satu program 'puting beliung' yang boleh 'memutarkan' rakyat.

Malangnya, puting beliung yang sepatutnya memberikan kelebihan pada BN, sebaliknya menjadi satu 'swing' yang amat mengerikan. Mereka diputar kembali dengan begitu dahsyat sehingga gagal merangkak keluar dari gelap keaiban.

Justeru itu, wajarlah seluruh rakyat membuat pertimbangan untuk terus menguburkan BN-Umno di bumi bertuah ini. Cukuplah memberi isi kepada mereka sedangkan kita hanya menghirup kuah sepanjang masa.

baca selanjutnya...

Saturday, January 17, 2009

WAN PARIT sebenarnya sudah Tewas sebelum bertanding lagi...

Wan Farid akan ditentang atau dengan lain perkataan tradisi Peteh UMNO Peteh kini sudah bermula sebelum hari penamaan calon. Wan Ahmad Farid adik kepada Wan Hisham Dato' Wan Salleh akan dipeteh hebat dan akan ditamatkan riwayat politiknya bukan oleh Pas tetapi oleh penyokong UMNO/BN sendiri .

Ini adalah kerana:

1. Penyokong UMNO masih lagi marah dan terasa hati angkara sikap Wan Farid yang langsung tidak membantu semasa PRU12 baru-baru ini. Sama seperti Dato' Man Bakar yang telah pun dihukum penyokong dalam pemilihan baru-baru ini.

2. Penyokong Senator Nordiana juga berdendam kesumat dengan Wan Farid yang dipercayai dalang atau penyebab kepada tamatnya jawatan senator Nordiana.

3. Wan Farid bakal berhadapan dengan penyokong bekas ketua lamanya Roslan Haji Awang Chik yang sedang sabar menunggu permainan untuk peteh Wan Farid nanti.

4.Team Dato' Che Mat Jusoh juga sedang menunggu wisel permainan untuk peteh Wan Farid kerana menaja Mohd Sabri Alwi da;l;am pertandingan jawatan dalam Umno Bahagian Kuala Terengganu.

5. Peringkat tertinggi dan proses pemutihan pimpinan Ahmad Said hanya menunggu masa sahaja untuk putihkan Terengganu daripada anasir Idris Jusoh sebagaimana berlakunya nasib malang terhadap Wan hisham abangnya yang berkubur di Ladang.

6. Mohad Sabri Alwi tidak terpilih untuk menjadi calon DUN dan P36 dan melihat dirinya lebih berpengaruh daripada Wan Farid kini sedang mengatur langkah untuk membantu menamatkan jangkahayat politik Wan Farid sebelum wisel permainan bermula.

Tradisi "Peteh UMNO Peteh" sudah wujud lama dan berulang kembali.

baca selanjutnya...

TAHNIAH YB MOHD ABDUL WAHID ENDUT...


Tahniah PAS dan semua penyokong yang mengundi untuk kemenangan bersejarah ini.

Insyaallah ...ini adalah kemenangan yang menuju ke jalan detik penghabisan BN-Umno sedikit masa lagi...

Photobucket

TQVM TGHA

baca selanjutnya...

Friday, January 16, 2009

VOTE 4 PAS


Salam Sejahtera Warga Kuala Terengganu!

Kami di blog Pisau Toreh mengucapkan selamat membuang undi dan jalankanlah kewajipan dengan penuh tanggungjawab demi agama dan masa depan rakyat.

Teruskan usaha menyokong Pas dan pembangkang serta tanamkan niat menumbangkan BN dan Umno agar wadah perjuangan Islam akan tertegak di bumi Malaysia yang bertuah ini. Jangan takut dengan segala asakan dan ugutan daripada puak 'Dajjal' yang sentiasa mencari jalan memusnahkan Islam secara total.

Semoga Allah swt merahmati semua pengundi Kuala Terengganu dan membuka pintu hati mereka untuk menolak kekufuran.

Islam pasti menang...

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

VOTE FOR PAS

baca selanjutnya...

ROYALTI MINYAK: HAK MAHKAMAH DIKETEPIKAN

Semakin hari semakin banyak pengumuman royalti minyak dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Terengganu. Malah, ia semakin galak dan seolah-olah dijadikan modal politik murahan oleh pihak Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari baru-baru ini.


Bermula dengan janji mengembalikan wang royalti, TPM dilihat begitu bermurah hati bagi pihak kerajaan Malaysia dan Petronas dalam melunaskan segala kesilapan dan ‘dosa’ mereka terhadap rakyat Terengganu.

Pihak pembangkang, terutama Pas telah menganggap penyerahan royalti minyak sebanyak RM408 juta yang diserahkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Terengganu bukanlah alasan bagi kerajaan negeri menghentikan tuntutan wang tesebut yang telah lama hilang.

Corak yang digunakan BN dalam hal berkaitan royalti ini tampak bagai satu ‘permainan’ yang tiada kesudahannya. Jika masih diingat, sewaktu kerajaan pusat menarik balik royalti minyak dari kerajaan negeri, mereka tidak menghormati langsung perjanjian yang telah dimeterai mengikut perundangan. Begitu juga apabila mereka sewenang-wenangnya mengembalikan royalti berkenaan dalam suasana ‘panas’ ketika kempen pilihan raya, juga tidak mengikut saluran.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil Pas Kuala Terengganu, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong berkata, tindakan itu bukan menjadi jalan ‘penyelesaian’ dan wang yang ‘hilang’ itu perlu dikembalikan secara perundangan.

“Berdasarkan perjanjian di bawah akta Memajukan Petroleum pada tahun 1974, Terengganu bersama negeri-negeri lain menerima bayaran royalti minyak sebanyak lima peratus, dan kerajaan Persekutuan juga mendapat peratusan yang sama,” katanya ketika mengulas hal berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika Najib menganggap kes itu ‘selesai’ pihak Pas mengalu-alukannya, namun ianya perlu kepada keputusan penghakiman dengan terma-terma yang menepati segala tuntutan.

Kerajaan Pusat melakukan penarikan dan penyerahan semula dengan sewenang-wenangnya, seolah-olah ia adalah milik sebuah parti. Rakyat Terengganu bukanlah sejenis bahan mainan yang boleh diperkotak-katikan. Mereka mempunyai maruah dan harga diri dalam apa jua situasi. Jika pihak tertentu hanya tahu menghormati warga negeri ini ketika ‘tersepit’ sahaja, ianya tidak membawa sebarang makna. Ketika rakyat melaungkan hak mereka, ia tidak dilayan kerajaan Pusat. Namun, ketika kerajaan mempunyai agenda tertentu, mereka mampu mengembalikannya pula.

Ulas Wan Abdul Mutalib lagi, isu wang royalti itu bukan hak dan bukan diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya Petronas yang perlu membuat bayaran secara terus kepada kerajaan negeri. Oleh itu, apakah motif sebenar pihak BN melakukan tindakan sedemikian rupa?

“Penyelesaian yang dikatakan oleh Najib sebelum ini tidak benar sama sekali, kerana kerajaan Persekutuan tidak boleh mengambil inisiatif membayar kepada kerajaan negeri.

“Ianya perlu dilakukan oleh pihak Petronas sebanyak dua kali setahun iaitu sebelum 31 Mac, dan bayaran kedua sebelum 31 September setiap tahun, ulasnya lagi.

Pas juga mempertikaikan kenapa pihak kerajaan BN dan Umno tidak melakukan sesuatu yang lebih baik dan mencari jalan menjadikannya lebih ‘mampan’ sejak tahun 1974 hingga 1999. Sewajarnya pihak BN mencari alternatif untuk mengembalikan wang rakyat tersebut dan bukannya berserah begitu sahaja.

Bagaimana pun, Wan Abdul Mutalib berkata, beliau turut bersetuju wang royalti diserahkan kepada kerajaan negeri pada Mac depan kerana ianya adalah milik rakyat Terengganu yang perlu dihormati oleh Kerajaan Pusat dan pihak Petronas.

baca selanjutnya...

Wednesday, January 14, 2009

Wajib Boikot Barang Amerika

Umat Islam di Malaysia Wajib boikot barangan USA di bawah ini:

1.Fast Food
- Mc Donald's
- KFC

2. Beverages, Drinks
- Coca-cola
- Dr. Pepper
- Fanta
- Sprite
- Schweppes
- Lilt
- Fruitopia
- Sunkist
- Kia Ora Fruit Squashes

3. Food, Snacks
- Buitoni
- Danone
- Perrier
- Libby's
- Maggi
- Nestlé
- Shreddies cereal
- Nestlé KitKat
- Vittel


4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
- Kimberly-Clark
- Kotex
- Huggies
- Kleenex

5. Cosmetics, Body Care
- Biotherm
- Sanex
- Garnier
- Clinique
- Helena Rubinstein (HR)
- L'oréal Paris
- Origins Natural Resources
- Maybelline
- La Roche-Posay
- Redken 5th Avenue NYC
- Vichy
- Johnson & Johnson
- Revlon
- Brylcreem

6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
- Boss (Hugo Boss)
- Calvin Klein
- Lancôme Paris
- Giorgio Armani
- Estée Lauder
- Tommy Hilfiger
- Donna Karan New York (DKNY)
- Ralph Lauren

7. Fashion, Clothing
- Aramis
- Prescriptives
- La Mer
- Bumble and Bumble
- Jo Malone
- Kate Spade
- River Island
- GAP
- JC Penney
- Timberland
- J. Crew

8. Sportswear
- Champion
- Outer Banks

9. Home Products
- Ambi Pur
- Kiwi (shoe care)
- Sara Lee

10. Coffee, Coffee Systems, Tea
- Douwe Egberts
- Maison Café
- Superior Coffee
- Pickwick
- Piláo Café
- Starbucks Coffee

11. Technologies
- ICQ
- AOL
- Nokia
- IBM
- Intel

12.. News Corporation, Publications
- Sky TV Network
- 20th Century FOX
- Star TV Network
- National Geographic Channel
- The Weekly Standard
- New York Post
- News of the World (UK)
- The Sun (UK)
- The Times (UK)
- The Daily Telegraph (Australia)
- Harper Collins
- Nursery World
- Disney
- TIME Magazine
- CNN

13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)
- DIM
- Victoria's Secret
- Banana Republic
- Structure
- Pryca
- Lindex
- Playtex
- Auchan
- Just My Size
- Hema
- Wonderbra
- Bali
- Hanes
- L'eggs
- Lovable
- Nur Die
- Gossard

14. Retailers, Stores, Shopping Complex
- Carrefour
- Tschibo
- Marks & Spencer
- Selfridges & Co.
- The White Barn Candle Co.
- Mast Industries Inc.
- Express
- Structure
- Henri Bendel
- Intimate Brands Inc.
- The Limited
- New York & Company
- Lerner New York

15. Home Depot
- Expo Design Centers
- Georgia Lighting
- Villager's Hardware
- Maintenance Warehouse
- The Home Depot
- Apex Supply Company

baca selanjutnya...

Wednesday, January 7, 2009

Rentak PAS Menyakinkan; Sokongan Cina Bertambah

Keserasian calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kawasan Wakaf Mempelam sejak lima penggal lalu dengan kaum Cina di kawasan Kuala Terengganu mampu menghadirkan gerun kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Keserdahanaan beliau di kalangan masyarakat setempat turut memberi kelebihan dalam meraih undi kaum tersebut. Malah, sikap terbuka dan suka bergaul dengan komuniti tersebut sejak sekian lama memberikan keyakinan kepadanya menghadapi calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam persaingan tiga penjuru kelak.

Menelurusi sejarah, Mohd Abdul Wahid juga mempunyai memori indah bersama kaum Tiong Hua di sekitar Kuala Terengganu, apabila beliau bertanding bagi calon DUN Bandar dalam pilihan raya umum pada tahun 1986. Baginya, sepanjang beramah mesra bersama kaum tersebut, beliau dapat merasakan sokongan padu mereka terhadapnya dalam menghadapi saingan sengit BN nanti.

Menurutnya, pengalaman semasa berniaga bersama kaum Tiong Hua sejak dulu menjadikan hubungan mereka bertambah baik sehingga kini. Malah, dalam situasi begini sokongan kaum tersebut semakin memuncak.

Ini bakal menjadikan pertentangan antara Mohd Abdul Wahid dan Wan Ahmad Farid serta calon bebas Azharuddin Mamat @ Adam semakin menarik, terutama melibatkan dua musuh tradisi antara Pas dan BN.

Memang tidak keterlaluan apabila Pas mengatakan mereka mendapat sokongan terbuka kaum Tiong Hua. Penubuhan Kelab Penyokong Pas dari kaum itu sejak pilihan raya umum yang lepas membuktikan golongan itu mempunyai rasa tidak puas hati kepada kerajaan BN di Terengganu. Secara logiknya, tidak mungkin sesuatu kewujudan kelab atau persatuan daripada kalangan bangsa asing di negara ini diwujudkan secara suka-suka. Kewajaran tetap ada, namun perjalanan dan tahap sokongannya sahaja yang perlu diambil perhatian. Jika ada kelab, fungsi serta sokongan tidak ke mana, bermakna ia tidak memberi impak ketara.

Namun, jika ianya ditubuhkan dalam erti kata sebenar dengan bilangan ahli semakin meyakinkan, bermakna ia merupakan satu ancaman kepada Wan Ahmad Farid dan BN. Dengan tiga kawasan DUN adalah milik Pas kecuali DUN Bandar, ia menunjukkan majoriti kaum Melayu memihak kepada Pas, dan kaum Cina boleh menjadi penentu kepada kemenangan.

Dalam konteks ini, kebijaksanaan BN, mahupun Pas memainkan isu dan berjaya memecah undi Cina di kawasan Bandar, bermakna kemenangan bakal berpihak kepada mereka. Oleh itu, tidak hairanlah jika BN begitu bersungguh-sungguh mengumumkan pakej ‘rangsangan’ membantu kaum Cina di Kuala Terengganu dengan bantuan mencecah sehingga RM6.1 juta. Segala keperluan kaum itu bagaikan ‘dihalalkan’ apabila tiba musim pilihan raya ini, sedangkan selama ini mereka terkial-kial dalam kelemasan.

Apa pula ‘gula-gula’ daripada pihak Pas?

Jangan lupa bahawa Pas pernah membentuk kerajaan suatu ketika dahulu. Dan segala jasa baik kerajaan Pas masa itu wajar dikenang oleh komuniti Cina itu. Lihat sahaja bagaimana sebuah kerajaan Tuan Guru mampu melunaskan janji-janji berkaitan hal tanah yang menjadi igauan buruk mereka sejak berdekad. Kerajaan Pas tidak lokek meluluskan geran milik kekal tanah untuk orang-orang Cina, malah turut memberi kelulusan tanah perkuburan untuk mereka. Bagaimana pula jasa baik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang membuka pintu kepada wakil kaum Cina di pejabatnya sebagai perantara. Malah, banyak lagi jasa baik kerajaan Pas kepada mereka selama ini pasti tidak akan mudah dilupakan.

Kini, sokongan kaum Cina terhadap Pas dan Pakatan Rakyat (PR) semakin membara apabila DAP melebarkan sayapnya menubuhkan cawangannya di Terengganu. Ng Chai Heng yang juga merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Pas kini menjadi Ketua Cawangan DAP Kuala Terengganu, dan peranan yang dimainkannya nanti akan membantu Pas mendominasi undi kaum Cina.

Manakala, keawajaran BN yang menggunakan taktik lama dalam meraih undi di mana sahaja turun berkempen dilihat sebagai cara lapuk dan mudah dihidu. Retorik membantu golongan miskin dan meluluskan pelbagai projek ‘segera’ bagaikan satu rutin bagi BN. Rakyat bijak ‘menilai’ namun, sokongan sepenuhnya kepada BN belum tentu.

Ditambah sikap penyokong BN bagi beberapa calon yang tidak dicalonkan sebagai calon utama dalam pilihan raya kecil ini sudah pasti mencari ruang membalas dendam bagi pihak ‘ketua’ mereka itu. Sikap berpuak-puak dalam Umno sendiri berupaya membantu calon Pas meraih undi penting nanti. Umno juga tidak mampu menolak keikhlasan Pas yang sentiasa turun padang membantu rakyat tersepit walaupun bukan di musim pilihan raya.

Jika tidak ada unsur ‘sabotaj’ oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkaitan daftar pemilih, sudah tentu Pas mampu tersenyum di Kuala Terengganu.

Mengulas lanjut berkaitan dasar Pas kepada kaum Cina, Mohd Abdul Wahid berkata ianya akan diterangkan dengan lebih mendalam oleh parti Komponen PR, DAP bagi mengelak salah anggap kaum itu terhadap Pas.

“Isu Hudud yang dibangkitkan pelbagai pihak terutama Umno dilihat sebagai cubaan menakutkan orang bukan Islam. Namun, ia bukanlah menjadi masalah buat masa ini,” katanya lagi.

Menurutnya, soal perlaksanaan merupakan perkara lain sambil menyatakan bahawa Tok Guru lebih faham dengan masalah tersebut serta meminta ianya diterangkan juga kepada kaum Tiong Hua dengan lebih mendalam demi untuk kefahaman mereka.

Harapan BN yang ingin melihat kecelaruan PR di Kuala Terengganu nampaknya kabur apabila semua parti Komponen PR itu menunjukkan sokongan padu bagi menjamin kemenangan calon Pas itu. Dengan nada bersemangat, Mustafa Kamil Ayub selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyuarakan sokongan terbuka kepada Pas dalam usaha membantu calonnya itu meraih kejayaan gemilang. Tidak terkecuali Timbalan Presiden DAP, Dr. Tan Seng Giaw pula dengan nada bersahaja turut meyakinkan Pas bahawa DAP tetap di belakang mereka.

Realitinya, Pas dan BN perlu bekerja keras dalam semua aspek sepanjang tempoh berkempen. Segala janji yang ditawarkan memainkan peranan penting untuk menarik undi rakyat Kuala Terengganu. Malah, sebarang kecacatan dan kelemahan yang mampu dikesan juga menjadi faktor kepada pengundi melakukan penolakan atau protes mereka nanti. Namun, BN juga tidak boleh memandang ringan dengan kehadiran 25 ribu orang masyarakat Kuala Terengganu dalam ceramah Anwar Ibrahim pada hari kedua berkempen.

baca selanjutnya...

Monday, January 5, 2009

Hinanya Polis di Kuala Terengganu

Apabila mereka menahan Ketua AMK PKR Terengganu, Fariz Musa dan 5 orang lagi yang sedang memasang poster al-Tantuya di sekitar bandaraya GIGI air Kuala Terengganu, ianya menunjukkan seolah-olah memang benarlah jangkaan orang ramai kenapa begitu ramai polis berada di sini. Rupanya inilah tugas mereka, menyusahkan orang lain yang mahu berkempen dan melaksanakan demokrasi berpelembagaan.

Mana demokrasi?? Jika nak tampal poster di masa pilihantaya pun kena tangkap..buat apa adakan pilihan raya? Kenapa pihak polis menunjukkan imej dan kredibiliti mereka di tahap paling rendah? Banyak persoalan, walapun semua persoalan itu sudah diketahui jawapannya.

Pertama, kerana yang memasang poster itu adalah orang AMK dan anak-aak buahnya. Jika poster itu ditampal oleh puak umno-BN, maka ianya tidak akan diambil kisah pun oleh pihak polis itu, malah mereka pula akan membantu mengiringi pula.

Buktinya; cuba kita menelurusi bagaimana ahli umno tegar (penyokong kuat Idris) merentang banner, "NATANG" menghina Sultan Terengganu, Tuanku Mizan. Apa tindakan pihak polis? Sedangkan puak Fariz memasang poster jam 5.00 pagi, mereka sempat menangkap lagi!

Manakala, puak Idris yang memegang banner Natang itu pula di siang hari dan di depan mata pihak polis. Mengapa tidak ditangkap ketika itu juga??? Malang sungguh polis Malaysia. So, tak hairanlah mereka digelar berbagai-bagai, termasuk 'anjing' kerajaan, barua dan macam-macam lagi. Kerana segelintir sahaja yang mengikut telunjuk BN-Umno, semua institusi polis dihina.

Bravo : POLIS MALAYSIA DIRAJA - Hinanya KAMU!!

baca selanjutnya...

Friday, January 2, 2009

BADUT Hashim RTM: Mempersendakan Solat Istiqarah

Asalamualaikum!


Nampaknya pengulas akhbar RTM setiap pagi, BADUT Hashim semakin dangkal dan menghala ke arah laluan kesesatan; yakni melencong dari ajaran Islam sebenar.

Dek kerana dendam kesumat dan ingin membuktikan bahawa beliau seorang pengulas akhbar yang terbaik dalam menjatuhkan Pas, maka beliau sanggup mempersendakan agama demi satu kepuasan. Sedangkan badut ini tidak sedar bahawa apa yang diulas itu kadang-kadang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Retorik ulasannya kadang-kala hanya memikirkan bahawa semua rakyat di negara ini adalah golongan umno yang fasik sahaja, tanpa memikirkan soal hati orang Islam lain.


Apabila beliau mempertikaikan Tuan Guru Abdul Hadi melakukan solat Istiqarah untuk mendapat petunjuk Allah swt dalam memilih calon Pas, Badut Hashim turut mempersendakan Allah swt itu sendiri.


Beliau lupa dan memang buta agama di mana dalam Islam sendiri dianjurkan melakukan solat Istiqarah ini jika mengalami sesuatu kebuntuan, dan menyerahkan segala ketentuan itu dengan mengadu kepada Allah swt. Rasulullah juga pernah bersabda;

Bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan, maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah. la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w.. yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: yang bermaksud "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."

Badut Hashim RTM juga mengulas bagaimana TGHA melakukan solat Istiqarah dan hanya dapat bayangan Mohd Abd. Wahid Endut sahaja. Dipersoalkannya kenapa tidak nampak muka Mustapa Ali, Wan Mutalib, Mahfuz Omar dan orang lain...

Apabila seseorang yang fasik memandai-mandai sangat mahu mengulas hal keagamaan, maka ianya tampak biadap dan kurang ajar sekali. Lupakan soal dosa pahala seketika, apa yang nak dinyatakan di sini adalah bagaimana beliau memperlihatkan imej sebenar RTM itu sendiri.

RTM soalah-olah menjadi satu tapak menyesatkan fikiran umat Islam di negara kita. Tidak ada alternatif untuk berubah dan semakin tidak matang apabila menjelang mana-mana pilihan raya di negara ini.

Malang sungguh Si Badut itu yang gagal menghayati erti solat Istiqarah itu sendiri akibat kejahilan dan kesungguhan untuk membuktikan beliau seorang pengulas hebat!

Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."
(HR At-Tirmizi dan Bukhari)

Jika perkara (soal agama) ini dipermainkan, tak hairanlah golongan Islam aliran ini juga merupakan penentang utama perlaksanaan HUDUD di Malaysia.

baca selanjutnya...