Monday, June 30, 2008

KERAJAAN BN TERMAKAN PUJUKAN YAHUDI


AMAT malang bagi kita yang menjadi sebahagian daipada rakyat negara ini. Sebuah negara yang melaungkan kebebasan bersuara, tetapi sebaliknya mengamalkan DEMOKRASI MATI.

Sebuah kerajaan yang hanya pandai bermain kata-kata dan menyusun strategi menyusahkan rakyat sejak lebih 50 tahun lalu. Cuba kita imbas bagaimana berjayanya pihak YAHUDI dalam 'mentarbiyahkan' Malaysia mengikut telunjuk mereka sehingga pemimpin yang beragama Islam di negara ini tidak mampu menilai mana yang perlu diikuti dan mana yang perlu disekat.

Lihat saja bagaimana murah hatinya pihak Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan mengesploitasikan sukan sebagai wadah utama agenda negara. Tawaran habuan hadiah sebanyak SEJUTA untuk pingat emas Olimpik merupakan satu penghinaan kepada rakyat yang susah dan hidup di bawah paras garis miskin.

Sedangkan duit sebanyak itu amat diperlukan untuk membenteras kemiskinan. Kerajaan BN lupa bahawa sukan merupakan satu cabang propaganda YAHUDI ke atas negara Islam di seluruh dunia. Mereka akan bertepuk tangan gembira apabila ada negara Islam yang begitu yakin serta bersungguh-sungguh mengikut tunjuk ajar mereka.

Inilah kemenangan moral puak Yahudi secara diam. Mereka berjaya melumpuhkan semangat jihad Islamiah pemuda Islam menerusi SUKAN, HIBURAN, DADAH dan SEKS. Tidak keterlaluan Cabang sukan merupakan satu kejayaan bagi puak itu.

Dalam sukan diselitkan unsur seks, iaitu dengan penampilan ghairah atlet wanita sehingga menampakkan bahagian sulit bagi tatapan umum. Manakala atlet lelaki pula turut mendedahkan aurat dalam pada mereka bercampur gaul sesama bukan muhrim.

Dek inginkan kemasyhuran memahat nama di persada dunia dalam erti kata Kejayaan Sukan Nasional di peringkat Antarabangsa, maka pihak kerajaan tidak teragak-agak menghabiskan duit rakyat dalam penyediaan atlet untuk sesuatu kejohanan, terutama Olimpik. Mereka lupa bahawa dalam kemerosotan ekonomi negara di samping memwar-warkan agar rakyat berjimat cermat serta berhemah dalam perbelanjaan, mereka pula dengan bersenang lenang mengumumkan insentif atau ganjaran membawa pulang sebutir emas dengan nilai RM1juta.

Tidak ada rasa bersalah dan ingin memajukan negara menjadi sebuah negara Islam yang syumul dan disegani di dunia. Malah, langsung tidak berminat mentarbiyahkan rakyat supaya menjadi insan yang menuju ke arah kebaikan berlandaskan Islam yang sejati. Apa yang ada di benak pemimpin BN adalah mengejar populariti semata-mata.

Mereka lupa menoleh ke belakang, melihat masih banyak pondok-pondok beteraskan keagamaan hampir menyembah bumi dek keuzurannya. Tiada langsung di hati mereka ingin melonjakkan institusi keagamaan ke eringkat tertinggi. Merangka plan pembangunan insan bermoral dan sebagainya. Yang nampak nyata adalah berlumba-lumba bersama puak-puak Yahudi memperkasakan apa jua yang diasaskan oleh mereka. Di atas nama kelalaian dan kesesatan, memang kaum Yahudi berjaya menjahanamkan umat Islam secara total menerusi pembangunan sukan di seluruh dunia.

Biarlah anggapan pembaca bahawa penulis seorang yang jumud dan tidak profesional.Namun, bagi sebuah negara yang melaungkan Islam Hadharinya ini, maka wajarlah pemimpin pusat bertungkus lumus 'mengislamkannya' dan bukan mengikut telunjuk golongan Yahudi membuta tuli.

Apa yang Malaysia perolehi daripada sukan ini hanyalah kesesatan yang lebih sesat daripada YAHUDI.....sebenarnya.

baca selanjutnya...

Sunday, June 29, 2008

MAKIN RAMAI PEMIMPIN KOMPONEN BN UNDUR DIRI, KELUAR PARTI

SEJAK akhir-akhir ini, semakin ramai pemimpin-pemimpin komponen BN menunjukkan rasa jijik mereka kepada Pakatan kerjaan itu, apabila bertindak nekad meninggalkan perjuangan sia-sia mereka.

Terkini, Ketua Pemuda MIC, S. A. Vigneswaran hari ini mengumumkan keluar daripada MIC.Pengumuman tersebut dibuat pada pukul 3.45 petang semasa beliau berucap pada majlis penyertaan sukarelawan Yayasan Pembangunan Belia India di Bangunan Hokkien Klang di sini hari ini. Ianya mungkin tidak dapat menjatuhkan kerajaan zalim BN, tetapi sekurang-kurangnya mampu menambah keaiban MIC yang merupaka sekutu kuat dalam pakatan BN.

Kelantangan beliau itu menunjukkan rasa tidak puashati berterusan golonag muda dalam MIC terhadap 'Raja' Samy. Pendekatan diktator yang diamalkan oleh Pemimpin tertinggi MIC itu sudah tidak ralevan lagi.

Manakala dua orang kuat MCA pula, Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy yang memegang jawatan Presiden dan Timbalannya menyatakan tidak akan mempertahankan jawatan dalam pemilihan akan datang.

Ia sekaligus memberi masej jelas bahawa kedua-dua mereka itu sudah tidak sebulu dengan Bodolah dan BN. Kita jangan terkejut apabila kedua-dua pemimpin MCA itu akan berkerjasama pula dengan Lim Guang Eng dalam DAP.

baca selanjutnya...

Saturday, June 28, 2008

DUA BULAN BERLALU

ALHAMDULILLAH kini blog Pisautoreh sudah melepasi fasa bulan kedua kewujudannya, dan ana bersyukur masih ada sahabat handai yang masih menngunjungi demi menitip sesuatu di sini. Biarpun tidak serancak di awal pelancaran blog, ana sebagai penulis amat berbesar hati menerima kunjungan sahabat semua.

Walaupun dalam kepayahan dan sibuk dengan tugas seharian, sudah menjadi tanggungjawab ana untuk merungkai sedikit sebanyak permasalahan semasa di sekitar kita. Harapan ana, semua pengunjung dapat menikmati juadah yang tidak seberapa untuk dikongsi bersama.

Tiada jalan lain yang ana mampu buat di ketika ini untuk terus berjihad di jalan Allah SWT, melainkan mencoret sedikit maklumat untuk renungan bersama.

Sekali lagi, ana ucapkan terima kasih di atas kunjungan melepasi angka 20600 ini. Sesungguhnya ia satu kejayaan kita bersama bagi sebuah blog yang bukan dimiliki oleh seorang blogger yang terkenal.

Salam Ukhwah, salam perjuangan.
Allahu akbar!

baca selanjutnya...

Thursday, June 26, 2008

NASIB ROSOL DAN CIKGU AWI


Ketua Penderhaka Hilang Wibawa & Bakal disingkirkan

BOS ‘penderhaka’ atau lebih dikenali sebagai ketua gang-22, Dato’ Rosol Wahid akhirnya mengangkat bendera putih sebagai tanda menyerah kalah kepada Speaker Dewan Negeri, YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Kura) bagi perebutan jawatan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu.

Kura, jika dimbas kembali merupakan ‘mantan’ guru kepada Rosol Wahid ketika beliau mula-mula menceburi dunia politik sepenuhnya sehingga dicalonkan sebagai ADUN Kawasan Ajil. Tetapi, sudah menjadi lumrah dunia bahawa memang ada anak murid yang selalu derhaka kepada gurunya demi mendapatkan sesuatu yang lebih. Oleh itu, tidak hairanlah jika selama ini sudah pandai menderhaka, maka Rosol tanpa segan silu pula melakukan perkara yang sama terhadap pihak Istana Terengganu.


Bukan kisah penderhakaan yang ingin penulis bicarakan, tetapi ianya berkaitan kekecewaan sebahagian besar penyokong Rosol Wahid, apabila mengetahui beliau mengangkat tangan tanda ‘surender’, dan tidak melawan ‘tokey’ dalam pemilihan parti yang dijangka diadakan bulan Disember nanti.

Pengakuan kalah tanpa bertanding ini merupakan satu tamparan bagi team beliau yang dilihat begitu bersemangat dan sudah bersedia melakukan ‘sesuatu’ menjelang pemilihan nanti.

“Saya telah menyatakan pendirian saya bahawa tidak akan bertanding dalam pemilihan sebagai Ketua Bahagian Hulu Terengganu nanti. Oleh itu, saya berharap semua cawangan tidak mencalonkan saya untuk bertanding jawatan tersebut.

“Walaupun saya tahu ramai yang kecewa dan menaruh harapan penuh terhadap saya untuk bertanding melawan Kura, tetapi saya tetap dengan keputusan sebaliknya. Dan ini adalah muktamad,” katanya lagi.

Kenyataan itu bukan sahaja bernada mengalah, tetapi ia secara tidak langsung telah menyebabkan kem Rosol begitu suram. Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa kecewa di atas tindakan beliau itu.

Seorang AJK Bahagian yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, beliau begitu kecewa dengan sikap Rosol Wahid itu. Malah katanya, pendirian Rosol itu telah memberikan kemenangan moral kepada Kura. Katanya, jika benar keadaan sedemikian, maka Kura telah mendahului Rosol dengan 2-0, termasuk kes Menteri Besar Terengganu.

“Rosol sepatutnya turun menentang Kura. Beliau mendapat sokongan hampir keseluruhan cawangan di Hulu Terengganu, tetapi mengapa beliau mengaku kalah sebelum bertanding?,” katanya lagi.
Sementara itu kem ADUN Kuala Berang, Haji Zawawi Ismail juga kelihatan murung apabila mendapat tahu bahawa Rosol tidak berani menentang Kura. Mereka anggap ini merupakan satu permulaan kepada titik noktah karier politik Rosol memandangkan Kura telah mempunyai perancangan licik menyingkirkan kumpulan derhaka daripada menjadi calon pada pilihanraya akan datang.

Menurut sumber dalaman Umno Bahagian Hulu Terengganu, Kura telah meracang strategi menyingkirkan Rosol Wahid sebagai ADUN Ajil. Nasib yang sama bakal diterima oleh ADUN Kuala Berang, Zawawi Ismail.

Walaupun pilihanraya masih jauh, Kura diberitakan akan meletakkan PA beliau, sebagai calon DUN Kuala Berang mengantikan Zawawi Ismail. Manakala beliau sendiri akan mengambil semula tapak lamanya di Telemong, sekaligus akan menyaksikan Exco Pertanian, Rozi Mamat ke Parlimen. Bagi Parlimen Hulu Terengganu, Cikgu Mohd Nor (penyandang) sedang diteliti kecondongannya ke arah mana. Walaupun diangkat sebagai calon oleh Rosol Wahid, Kura tidak ada masalah mencalonkannya semula jika Cikgu Mohd Nor sanggup berkompromi dengan beliau dalam segala hal. Jika sebaliknya, beliau juga dijangka kehilangan tampuk sebagai MP Hulu Terengganu.

Kecenderungan itu sudah mula nampak sekarang apabila isteri kepada PA beliau lebih dikenali ‘Din Botak’ telah mula bertukar sekolah dan mengajar di SMK Ajil. Sebelum ini beliau mengajar di SMK Putrajaya 4 tahun.

Tinjauan Buletin Online di sekitar bandar Kuala Berang, rata-rata ahli Umno mula mengulas dan membuat spekulasi masing-masing berkaitan masa depan beberapa ahli politik kesayangan mereka. Namun, di atas kelicikan politik, Kura dilihat mempunyai kelebihan semasa disebabkan kemampuannya menangani kemelut politik kampungan Rosol bersama teamnya.

Amat malang bagi Rosol Wahid yang begitu selesa di puncak kegemilangan karier politiknya, kini terpaksa pula berhadapan dengan saat-saat penyingkiran buat selama-lamanya.

baca selanjutnya...

Tuesday, June 24, 2008

PEMIMPIN BN BERMUKA-MUKA


Depan PM sokongan 'padu', di belakang mereka 'PALU'

KECELARUAN dalam beberapa dasar yang diwujudkan zaman Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia yang dilabel sebagai ‘Mr. Cool’, nampaknya hampir memakan dirinya sendiri. Jika sekarang kita perasan, sekarang ini begitu banyak usahawan kecil mengusahakan ternakan cacing yang boleh membawa keuntungan berganda, namun situasi melanda kepimpinan Pak Lah sebaliknya pula: Beliau seperti ‘cacing kepanasan’, yang tidak membawa banyak keuntungan kepada rakyat.

Rentetan kehilangan ‘kuasa’ selepas pilihanraya umum lalu jelas menghantui beliau dalam banyak aspek. Tekanan yang menghimpitnya saban hari memberi mesej yang jelas bahawa Abdullah Ahmad Badawi bukanlah seorang yang berkarektor untuk memegang tampuk Perdana Menteri (PM). Pendekatan yang dilakukan oleh Pak Lah terlalu longgar, malah tiada asas yang kukuh. Ia menujukkan daya kepimpinan yang lemah dan tiada pula jalan penyelesaian.


Kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, kegagalan mendidik menantunya menjadi ‘al-ghazali’ yang dianggap satu ikon kebencian rakyat seluruh negara, kurang upaya untuk menyekat keceluparan pemimpin komponen ‘menghentam’ beliau dan terkini terpaksa menaikkan harga minyak di pasaran, menjadikan Pak Lah ‘bapa’ kepada segala kecelaruan di negara ini.

Kebelakangan ini pula, tidur Pak Lah sekali lagi mengalami mimpi ngeri apabila diganggu oleh pemimpin parti komponen BN, Parti Progresif Sabah (SAPP) melalui bosnya, Yong Teck Lee. Beliau tanpa segan membidas kepimpinan Pak Lah yang dianggap gagal membimbing Sabah selaras sebagai sebuah negeri maju hasil khazanah minyak yang ada di perut buminya. Selain itu katanya, rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.

Biarpun ada sedikit ketegangan dengan timbalannya, Datuk Raymond Tan, ia dilihat sebagai satu picisan yang membawa maksud kepada kepentingan peribadi masing-masing, dan masalah perbezaan pendapat itu dapat diselesaikan juga akhirnya. Kita jangan lupa bahawa bukan Presiden SAPP sahaja yang melahirkan rasa tidak puas hati, perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar, setelah mereka merasa BN gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan.

Namun, walaupun tertekan dan dihimpit dari segenap sudut, PM masih mempunyai kuasa pemutus. Beliau mampu mengarahkan mana-mana konco bawahannya hadir di mana-mana perjumpaan segera bagi mendapatkan bai’ah supaya menyokongnya. Menarik juga apabila kita dapat melihat bagaimana ‘gabranya’ seorang PM yang terpaksa memanggil semua Presiden parti komponen untuk mendapatkan sokongan padu. Nyata sekali, selepas setiap pertemuan, PM akan memberikan khabar gembira bahawa semua parti komponen BN memberikan sokongan padu kepada beliau. Tetapi sebaliknya apabila berada di belakang, mereka terus ‘palu’ PM pula.

Pertemuan Pak Lah dengan 2000 ketua cawangan Umno dari Johor menguatkan lagi teori kecelaruan beliau yang dihantuai kebimbangan. Ketakutan PM kini hampir ke kemuncaknya. Apa lagi yang diperlukan oleh beliau untuk mempertahankan kedudukan.

Mungkin dengan kenyataan Presiden SAPP tidak mampu mengugat kedudukan BN sebagai peneraju negara, namun itu memberikan isyarat jelas di mana Pak Lah seorang pemimpin yang lemah. Amat lemah!

Padu dan palu merupakan elemen yang seringkali menghantui Pak Lah. Sebagaimana perumpamaan, mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut manusia? Pak Lah mampu ke tutup?

“Alhamdulillah, semua pemimpin parti komponen memberikan sokongan padu kepada saya, ini adalah mandat rakyat dan saya mesti teruskan. Kenapa saya mahu meletak jawatan?,” itulah di antara kata-kata yang sering diungkapkan oleh beliau apabila diasak wartawan mengenai isu ketidak percayaan terhadap kepimpinan beliau.

Apa jua alasan Pak Lah, demi menyelamatkan kedudukannya sebagai PM, beliau perlu melakukan apa sahaja yang termampu. Sesiapa jua yang berada ditampuknya itu pasti akan melakukan perkara yang sama. Oleh itu, apakah salah beliau bertindak sedemikian?
Masalahnya, protes yang diterima bukan sahaja daripada pihak pembangkang, tetapi para pemimpin BN sendiri. Sebagaimana yang disebut pada awalnya, kebanyakkan pemimpin dalaman Umno/BN begitu berani melaungkan bangkangan kepada bos mereka. Sedangkan dalam setiap pertemuan, mereka memberikan sokongan padu.

Agak malang nasib Pak Lah kerana ditakdirkan menjadi PM pada era kemusnahan Umno/BN. Memang benarlah kata orang, jika tidak ada keupayaan menjadi seorang Ketua Negara, lebih baik pendamkan sahaja hasrat itu. Ramai pemerhati politik berpendapat bahawa Pak Lah tidak mempunyai kelayakan untuk menanggung beban sebegitu besar.

Mentadbir sebuah Negara bukanlah satu kelebihan peribadi, malah menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, kedua-dua pemimpin tertinggi negara (PM dan TPM) itu perlu melepaskan jawatan masing-masing kerana mereka adalah liabiliti negara.

"Mereka adalah pemimpin yang menjadikan rakyat terus sengsara, negara berada dalam keadaan tidak menentu, pentadbiran cukup lemah dan rakyat terus tertekan dengan pelbagai dasar mereka yang tidak tentu," ujar Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena, yang dipetik dalam Harakahdaily.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PM merupakan seorang pemimpin yang lemah dan tidak mampu mentadbir Negara dengan bijaksana. Manakala Najib pula merupakan seorang pembantu yang sering dikaitkan dengan skandal-skandal ‘mega’, yang sama sekali menjejaskan imej negara di mata dunia.

Kenyataan bekas orang kuat Umno, Tengku Razaleigh agar Abdullah Ahmad Badawi berundur juga merupakan satu masej lengkap kepada kelemahan Umno/BN masa kini. Kenyataan itu bukannya menunjukkan kekuatan Ku Li sendiri, malah ianya lebih kepada agenda menanguk di air keruh, biarpun dalam setiap ucapan bahawa langkahnya itu untuk menyelamatkan Umno dan bangsa Melayu.

Justeru, tekanan demi tekanan yang diterima oleh Pak Lah, ramai yang menjangka beliau akan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat. Penulis juga berpendapat bahawa ramai lagi pemimpin yang sudah mual dengan PM akan menyokong usul undi tidak percaya yang mungkin akan dibawa di dewan pada hari Isnin. Walaupun mungkin tidak diterima oleh speaker dewan, ianya akan memberikan impak yang besar kepada kerjaya Pak Lah dan masa depannya sebagai PM.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, walaupun PM membuat kenyataan kedudukannya tidak tergugat dengan usul undi tidak percaya, mesyuarat tergempar diadakan juga untuk membincangkan hal tersebut. Peliknya, namun tiada usul konkrit yang diambil.

“Anggota parti kompenan BN sepatutnya mengambil langkah drastik mempertahankan kerajaan pakatan mereka dengan mendesak Abdullah berundur.
“Langkah seperti itu dilihat cukup penting bagi Umno dan BN kalau mereka mahu terus survive dalam politik dan dapat bertahan. Setidak-tidaknya pertukaran kepimpinan boleh membantu wujudnya keyakinan baru terhadap pengukuhan semula BN,” katanya lagi.
Sebenarnya perkara terbaik yang patut diambil dalam mesyuarat tergempar itu adalah satu resolusi secara telus pemimpin BN menyarankan agar Abdullah Badawi meletakkan jawatan. Adalah jelas, ianya sesuatu perkara yang membuang masa dan tidak berfaedah jika sekadar datang berhimpun dalam perjumpaan tergempar semata-mata untuk mendengar satu keputusan longgar seperti diumumkan PM kelmarin.

Mungkin juga PM mahu mengambil semangat melawan pasukan bola sepak Turki dalam kejuaraan Eropah. Walaupun sudah disahkan tewas di tangan Croatia oleh pengulas sukan ketika saingan masa tambahan berbaki 30 saat, Turki bangkit mengejutkan dunia dengan gol penyamaan di saat akhir dan seterusnya membuatkan Croatia merana tewas dalam penentuan tendangan penalti.

Itu bola sepak Pak Lah, ini politik. Sepatutnya ambilah pengajaran dari mana-mana kerajaan zalim yang lain di dunia ini. Suatu saat, jika tidak tumbang di tangan rakyatnya, ia akan tumbang juga dengan aib di tangan pengampunya sendiri.

baca selanjutnya...

Saturday, June 21, 2008

PENAHANAN FARIZ MUSA SATU PENCABULAN


Demokrasi Masih Lagi Mati di Malaysia

PENAHANAN Cikgu Fariz Musa dalam kempen anti kenaikan harga minyak di perkarangan dataran syahbandar kelmarin merupakan satu penindasan yang amat kejam. Ini bermakna rakyat negara ini tidak bebas dalam menyuarakan rasa tidak puashati mereka terhadap kerajaan dalam sesuatu perkara.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu dianggap seperti seorang penjenayah yang sedang melakukan satu kesalahan yang tidak boleh diampunkan. Sedangkan, beliau hanya berucap di hadapan beberapa hadirin dan wartawan serta menayangkan beberapa sepanduk bersama rakan seperjuangan bagi menyatakan ketidak puasan terhadap kepimpinan negara.

Memang kepimpinan Pak Lah cekap dalam menangkap orang awam, bagi menutup kelemahan beliau dalam mentadbir negara. Mungkin Pak Lah ingat negara ini dia yang punya. Itulah sebenarnya rupa pemimpin kita yang diangkat menjadi Perdana Menteri kemudian memerintah dengan kejam.

Apa yang ada dalam negara ini tanpa rakyat? Siapalah mereka tanpa undi? Walaupun kita tahu bagaimana BN boleh terus memerintah, iaitu dengan cara menipu, lama-kelamaan setiap pembohongan itu akan menerima padahnya jua.

Kita bagaikan hidup di dalam penjara yang luas, dikonkong dan disekat kebebasan bersuara. Jika apa yang dikatakan itu tidak benar, mengapa pula kerajaan melenting? Atau memang spesis BN/Umno sudah ditakdirkan menjadi sebuah parti yang mempunyai ahli yang hina dan egoistik.

Syabas Cikgu Fariz. Teruskan perjuanganmu tanpa merasa takut sedikit pun kepada kebatilan. Kami tetap memberi sokongan penuh kepada perjuanganmu. Syabas!

baca selanjutnya...

Friday, June 20, 2008

PM DAN YB ROZI GAGAL DI TASIK KENYIR


Projek HIP-ZIA Sungai Como, RM50juta Gagal Sama Sekali

KERAJAAN Barisan Nasional pimpinan Abdullah Ahmad Badawi memang terkenal dengan sikap boros dan sering menghabiskan duit rakyat dalam projek-projek pembangunan yang tidak mendatangkan keuntungan.

Jika kita masih ingat tanggal 29 Januari 2007, Perdana Menteri, telah melancarkan satu projek yang dinamakan Projek Berimpak Besar (HIP) Zon Industri Akuakultur (ZIA) Peringkat Kebangsaan di sini dengan sasaran menghasilkan pengeluaran perikanan negara bernilai RM6.3 bilion menjelang tahun 2010. Projek yang sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 700 peserta dari golongan nelayan dan siswazah di 39 projek yang telah dikenal pasti itu dijangka memberikan pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan kepada peserta terlibat.

Beliau turut melawat projek ZIA Sungai Como di Tasik Kenyir melibatkan kawasan kira-kira 3,000 hektar termasuk 2,800 hektar kawasan perairan yang akan dibina dengan 6,000 unit sangkar bernilai RM50 juta melibatkan 240 peserta sepanjang pembangunannya sehingga 2010. Namun, kini semuanya itu hanya tinggal nama dan duit sebanyak RM50juta yang disuntik kononnya untuk meningkatkan pendapatan penduduk kampung gagal sama sekali.

Tinjauan Buletin Online di kawasan tersebut mendapati sangkar ikan yang diusahakan oleh 25 orang graduan dan sekumpulan peserta PPRT itu tidak kelihatan langsung di kawasan tersebut. Ke mana semua sangkar-sangkar itu? Mana pergi semua peserta projek?

Seorang penduduk setempat, Abdullah Mamat ketika ditemui berkata, beliau tidak hairan dengan kegagalan projek yang dimaksudkan itu memandangkan ianya bukanlah suatu projek yang berdaya maju dan dilaksanakan hanya berlandaskan untuk mengaut keuntungan daripada peruntukan yang dikeluarkan pihak kerajaan.

“Saya tidak percaya dengan apa yang dicanang oleh pihak kerajaan mengeluarkan belanja sebanyak RM50juta dengan hanya melibatkan beberapa buah sangkar sahaja. Tentu disebalik projek ini ada pihak yang mengaut keuntungan atas angin dengan mengaburi rakyat dengan projek mega itu,” katanya lagi.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, ketika sidang Dewan Negeri baru-baru ini yang memberikan jawapan salah ketika disoal oleh YB Wahid Endut berkaitan projek di Sungai Como itu. Dengan kata lain, Rozi Mamat secara terang telah berbohong kepada YB Wahid Endut, Dewan yang mulia, serta rakyat jelata berkaitan projek berkenaan.

Apabila disoal adakah projek itu telah gagal dilaksanakan, Rozi Mamat tanpa segan menjawab, “mana ada gagal? Masih diteruskan dan berjalan lancar,”.

Inilah rupa pemimpin Umno/BN yang memang diasuh bercakap bohong dalam membuat kenyataan. Biarpun gagal, tetapi tidak mahu mengaku akan sesuatu kegagalan itu.

Sebenarnya, kawasan Sungai Como di Tasik Kenyir merupakan kawasan yang tidak sesuai untuk dijadikan kawasan penternakan ikan dalam sangkar. Ini disebabkan arus di bawahnya agak panas. Beberapa peneroka Felcra Bukit Kapah pernah menjalankan penternakan ikan dalam sangkar di kawasan itu beberapa tahun sebelum itu, dan hampir keseluruhannya tidak berjaya.

Di atas faktor berkenaan, penduduk kampung merasa pelik dengan cadangan Rozi Mamat yang memilih tempat itu sekali lagi untuk satu projek yang menelan belanja puluhan juta ringgit, sedangkan ianya sama sekali tidak membawa pulangan yang diharapkan. Mereka juga bimbang peruntukkan sebanyak RM50juta itu telah diselewengkan.

Justeru itu, Rozi Mamat mestilah bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan tersebut, dan wajar membuat penjelasan dengan menyertakan butiran lengkap perbelanjaan yang digunakan untuk pengetahuan rakyat.

baca selanjutnya...

Wednesday, June 18, 2008

RAKYAT DI MATA PEMIMPIN BN

Evolusi Mengarut Era Pak Lah

SERONOK melihat sekoyong-koyong tubuh badan orang kampungku berbaris panjang semata-mata mahu mendapatkan RM165.00 Rebet minyak untuk sebuah motosikal. Bijak pula para pimpinan Umno/BN yang mencipta sedikit kelainan dalam 'menyusahkan' rakyat jelata.

Sudahlah harga minyak mahal, kerajaan tanpa belas mendera pula rakyatnya yang amat 'laparkan' duit bagi menyambung sara hidup biarpun untuk seketika waktu. Malang sungguh nasib rakyat yang hidup di negara bernama Malaysia ini. Jika difikirkan secara mendalam sudah ditakdirkan agaknya, makhluk yang bernama rakyat di mana jua adalah barang mainan kepada pemimpin yang zalim.


Terlalu banyak kepincangan berkaitan pemberian rebet minyak oleh pihak kerajaan. Selain keuntungan atas angin yang dikaut oleh syarikat ECM Libra milik Khairy JINmaluddin, rajyat kebanyakan dipaksa pula berbaris panjang bagaikan 'pengemis' di bumi sendiri demi mendapatkan seratus dua.


Lihatlah betapa sesaknya semua Pejabat Pos di seluruh negara 'diserbu' segenap lapisan masyarakat, menunjukkan betapa miskinnya rakyat di sebuah negara yang dilaungkan sebagai sebuah negara kaya dan makmur. Di mana letakknya muka para pemimpin BN dalam menghadapi situasi ini. Memang sejak dulu lagi dasar yang dibuat kerajaan banyak yang 'bodoh' dan menyusahkan rakyat. Perancangan dangkal merupakan kelemahan ketara barisan kepimpinan BN dalam merealisasikan sesuatu perkara.

Tidak terfikirkah pemimpin BN betapa susahnya rakyat di kampung-kampung yang terpaksa menghabiskan masa semata-mata untuk ke pekan atau bandar untuk mendapatkan rebet? Walaupun diberikan tempoh yang agak panjang untuk menuntut rebet, mereka sebenarnya tahu rakyat jelata tidak akan menunggu saat akhir bagi mendapatkan duit mereka disebabkan keperluan perbelanjaan harian yang mendesak. Ini bukan arahan membayar cukai, yang mana ramai yang akan berpusu-pusu di saat akhir.

Cuba kaji semula bagaimana pula golongan serdehana yang memiliki kereta melebihi kuasa 2.0CC. Mereka tidak akan mendapat rebet satu sen pun daripada pihak kerajaan, sedangkan mereka tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana yang hanya membeli kereta 'mewah' setelah 10 tahun dipakai oleh golongan elit. Manakala golongan elit pula yang membeli kereta berkuasa kuda di bawah 2.0CC pula berhak menerima rebet, sedangkan mereka mempunyai harta yang tidak habis untuk dimakan.

Adilkah sebegitu rupa? Cerdik atau tidak kerajaan BN kita? Ini menunjukkan perancangan yang dibuat bukan mengambil masa yang lama, tetapi sekadar dasar kedai kopi yang dilaksanakan oleh Menteri-Menteri Kabinet mengampu PM sebenarnya. Mereka memutuskan sesuatu perkara tanpa merujuk kepada kepentingan rakyat tetapi lebih kepada keperluan mendesak yang kononnya untuk rakyat.

baca selanjutnya...

Wednesday, June 11, 2008

SUKMA TRG: SATU KEMENANGAN MORAL AHMAD SAID?


Tapi Waspada dengan Taktik MB Terengganu itu!

SUKMA XII Terengganu pastinya meninggalkan kenangan manis buat tuan rumah apabila meraih emas terbanyak dalam sejarah penyertaannya, iaitu melebihi sasaran 40 pingat emas. Selain megah dengan Kompleks Stadium yang moden dan cantik di Gong Badak, Terenggganu tidak kalah dalam menyediakan peserta berpotensi walaupun terpaksa ‘mengimport’ beberapa orang atlet untuk mengisi kouta bagi beberapa acara sukan yang disertai.

Namun, apa yang mahu diketengahkan di sini adalah dari sudut politik pula. Dalam situasi kejatuhan empayar Idris Jusoh, kejayaan Kontinjen Terengganu di Sukma XII ini merupakan satu kemenangan moral buat Ahmad Said. Dengan kata lain, penganjuran Sukma adalah masa yang paling tepat untuk menaikkan imej beliau sebagai seorang Menteri Besar yang dilantik dengan penuh kontrovesi. Ianya bagaikan sudah diatur sejak awal lagi supaya atlet Terengganu meraih sebanyak mungkin emas sebagai hadiah paling bermakna buat Menteri Besarnya.


Kata orang, MB Terengganu turun dengan langkah kanan. Serba menjadi, bagaikan ceritera dongeng sang purbakala, seorang hero yang dianugerahkan kuasa sakti. Apa jua yang disentuhnya pasti menjadi emas. Wow! Hebatnya. Dan kehebatan itu adalah milik Ahmad Said buat masa ini.

Dalam kepayahan menanggung beban dan rasa aib akibat kecelaruan dalam menyiapkan prasarana dengan sempurna secara keseluruhannya, Ahmad dirasakan dapat menutup sedikit sebanyak kepincangan itu dengan pencapaian cemerlang atlet-atlet Terengganu di gelanggang. Ditambah masalah dalaman Umno Terengganu yang semakin bercelaru, ada kebenaran jua di sini bahawa Sukma mampu meredakan seketika kekusutan yang ada.

Jika mahu menyingkap permasalahan di Sukma, pelbagai kepincangan telah dan akan berlaku. Paling memalukan adalah kegagalan pihak Sekreteriat Sukma melakukan ‘dry run’ bagi acara-acara penting di beberapa gelanggang di kompleks sukan Gong Badak sebelum semua acara dilangsungkan secara rasmi. Akibatnya, banyak kepincangan berlaku dan sukar dielakkan lagi apabila beberapa acara sukan berlangsung. Suasana di Pusat media kelam kabut akibat tidak dapat sempurnakan pada hari dijanjikan, padang hoki terbabit dengan masalah air pancut, lif di stadium utama meragam sehinggakan ada orang terperangkap. Garisan trek olahraga pula hanya mampu disiapkan sehari sebelum acara tersebut diadakan.

Fenomena paling menarik adalah kerja keras pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bersilih ganti mengangkut air untuk dipenuhkan dalam tangki di Padang Hoki. Ini akibat saiz saluran paip air masuk ke tangki utama hanya berukuran 3 inci sahaja dan tidak mampu memenuhi tangki dalam masa yang singkat. Manakala pekerja kontrak pula yang menyiapkan bumbung stadium utama pula tidak kelihatan hanya menjelang malam majlis perasmian.

Mungkin semua kecacatan di atas hanya melibatkan 45 peratus sahaja daripada kecacatan keseluruhan yang dikesan sepanjang penganjuran. Ianya belum melibatkan masalah pengurusan atlet, penginapan, pemakanan, pengangkutan dan pembayaran elaun petugas. Malah, mungkin juga selepas penganjuran akan timbul pula rungutan daripada pihak pembekal atau kontraktor yang gagal mendapat balik bayaran daripada pihak pengurusan Sukma sebagaimana yang pernah berlaku pada Sukma dan Sukan Komenwel sebelum ini.

Sebagaimana telah dijelaskan, segala kepincangan itu tampak tertimbus sementara ekoran prestasi mendadak para atlet Terengganu yang bersemangat mencipta kecemerlangan. Ahmad sebagai ‘ayah’ kepada rakyat Terengganu boleh menarik nafas lega dengan perkembangan itu. Mungkin juga saranan dan janjinya memberikan habuan sebanyak RM3000 bagi sebutir emas telah menyuntik semangat luar biasa itu. Sepintas lalu, ia bukan sahaja berjaya membawa semua orang lupa pada kemelut politik semasa, dan kepincangan tuan rumah sebagai penganjur, sebaliknya hampir semua peringkat masyarakat memuji keupayaan Terengganu kali ini.

Betapa besarnya jiwa seorang Menteri Besar apabila melihat kejayaan anak-anak buahnya menuai emas saban hari. Nun jauh di lubuk Tasik Bukit Besi, para pendayung muda Terengganu memahat sejarah dengan sumbangan 14 emas melalui acara kanu. Tiada siapa yang menelah? Apa yang lebih penting bagi seorang Menteri Besar, semakin banyak emas yang digali oleh atlet Terengganu, semakin banyak pula keaiban Umno Terengganu dapat ditutup. Walaupun bukan untuk selamanya, namun ia tetap menjadi ‘turning point’ bagi kerajaan bermasalah ini merangka strategi memperkemaskan pentadbiran dari segala kepincangan.

Bagaimana pun, jika diukur dengan pembaziran dan penyelewengan era Idris Jusoh dahulu, segunung emas sekalipun diraih Ahmad Said di Sukma ini, rasanya masih sukar untuk menepis banyak tohmahan. Beliau adalah pewaris kebejatan. Pewaris keegoan, malah paling malang, beliau juga pewaris kepada lembaga Jin di Masjid Kristal Pulau Wan Man.

Justeru, Sukma ini amat sesuai menjadi medan atau batu loncatan bagi Ahmad untuk mengubah tanggapan dan persepsi terhadap segala kekalutan dalaman itu. Usah ditanya berjaya atau tidak tetapi anggaplah ia sebagai modal untuk ‘bertenang’ seketika.

Sejauh mana pula ukuran kemenangan moral Ahmad Said?
Sebenarnya lonjakkan populariti beliau bukan semata-mata bergantung kepada penganjuran Sukma sahaja. Sejak dari awal lagi kita dapat melihat kekuatan yang wujud dalam jiwa MB Terengganu ini. Kecekalannya menghadapi satu persatu kerenah pimpinan Umno Pusat dan ditambah kedegilan Idris Jusoh, adalah jawapan kepada semua itu.

Bukan senang mengurus tadbir sesebuah negeri apabila menerima tekanan daripada segenap penjuru. Biarpun bergerak dalam kapisiti BN, Ahmad hanyalah boneka yang terhimpit di antara kesombongan dan kecelaruan Umno sendiri. Bermula dengan boneka yang tidak bernyawa, akhirnya Ahmad berupaya melepasi fasa nyawa-nyawa ikannya itu sedikit demi sedikit. Kebijaksanaannya mengalunkan rentak ‘ala’ pembangkang dengan memainkan isu royalti minyak, dan cuba menghapuskan penyelewengan Idris dalam aspek pembaziran pembangunan material nyata mendapat tempat di hati rakyat Terengganu.

Memang manusia biasanya akan menjadi kreatif apabila berhadapan dengan pelbagai masalah. Begitulah juga dengan MB Terengganu itu. Beliau dapat merangka beberapa agenda penyelamat tadi sebagai satu perisai untuk menepis segala kemungkinan, sekaligus memaksa musuh-musuhnya menelan kembali semua keperitan yang terpaksa ditanggungnya selama ini.

Percaturan mengenegahkan isu sensitif berkaitan royalti minyak melonjakkan kembali reputasinya sebagai seorang MB. Gaya santai beliau berseluar jeans yang sentiasa turun padang dengan mengenepikan aspek protokol seorang eksekutif, turut menjulang populariti beliau. Apabila beliau berjaya mengatasi segala kepayahan yang sengaja dicipta oleh kepimpinan yang tidak sebulu dengannya, bermakna beliau mempunyai jiwa besar untuk terus berdiri. Bukan mudah bagi sesetengah orang untuk menyerap tekanan, tentu ada yang akan tergolek dan kaku di bangku beku.

Dalam usaha mengekalkan rentak, ramai pemerhati politik menanti sejauh mana Ahmad dapat bertahan. Apakah momentumnya selepas Sukma ini akan kembali layu atau semakin bersemangat. Beliau sudah tentu ingin mengaut segala kecemerlangan Sukma sebagai landasan kegemilangan pentadbirannya. Dan tidak mahu pula saki baki kepincangan Sukma nanti menjadi barah untuk merencatkan perjalanan politiknya.

Dengan kalungan ucapan tahniah yang tidak putus-putus diterima atlet Terengganu sepanjang berlangsungnya Sukma, bermakna ia satu rentetan kejayaan peribadi Ahmad Said. Ketika impian mantan MB Terengganu, Idris Jusoh mengimpikan menjulang kegemilangan bersama atlet tersebut sekiranya masih berada di tampuk MB, akhirnya impian itu hanyut bersama igauan buruk yang pasti akan dikenang sepanjang hayat oleh beliau. Sebaliknya, inilah masa bagi Ahmad melonjakkan namanya.

Lupakan juga seketika siapa Ahmad yang sebenarnya. Rakyat Terengganu sedar, beliau tidak akan menyeberang sehingga ke kem pembangkang untuk meraih simpati walaupun ada kemungkinan itu. Cuma apa yang perlu diingatkan, kita sebagai rakyat perlu bersedia dalam apa jua keadaan untuk menghadapi kerenah BN/Umno ini. Mereka akan berlagak seperti pengemis apabila tersepit, dan jangan hairan apabila mereka agak menjadi hero pula apabila mendapat kuasa sepenuhnya nanti.

Mainan politik yang mudah dibaca. Walaupun menjadi kebiasaan (rutin) sejak berzaman, namun ianya tidak memberi kesedaran kepada rakyat untuk berubah. Kebanyakan daripada mereka akan ‘cair’ dengan lakonan pemimpin BN yang sememangnya begitu handal dalam aspek memperbodohkan rakyat. Syukurlah rakyat negara ini merupakan rakyat paling ‘baik’ di dunia. Ambil contoh peristiwa pengumuman kenaikan harga minyak baru-baru ini. Walaupun hilang sabar dengan kerenah pemimpin yang tidak prihatin dengan masalah rakyat, mereka tetap akan mendokong kerajaan BN apabila tiba masa di musim pilihnaraya.

Jika di negara lain, pengumuman sebegitu membawa kepada demontrasi jalanan secara besar-besaran yang boleh mengugat sesebuah kerajaan, namun di negara ini rakyatnya pula berlumba-lumba ‘menawan’ stesen minyak, sekaligus secara simboliknya turut menyokong dasar kerajaan dalam isu tersebut. Pelik, kan!

Andai ingin melihat bagaimana rupa sebenar pemimpin BN, lihatlah senario di Amerika Syarikat. Sehebat dan sebaik mana calon Presiden mereka dengan hamburan janji-janji manis semasa berkempen, ianya tetap Presiden Amerika Syarikat. Apabila menduduki kerusi Presiden, ia tetap melaksanakan agenda jahat, malah lebih jahat daripada sebelumnya. Bagaiamana pula dengan BN? Wujudkah persamaan itu?

Mungkin itu hakikatnya. Begitu juga dengan kes Ahmad Said. Rakyat diingatkan jangan mudah terpedaya dengan segala lakonan simpatinya. Namun, ikutlah apa jua dasar kebajikan yang dilaksanakan untuk kebaikan rakyat selagi ianya bermanfaat.

Kini Sukma sudah berlalu. Kegemilangan sudah tercipta. Ahmad Said turut menerima laba. Apa pula selepas ini bang Mad? Hanya insan bernama Ahmad Said sahaja yang tahu.

baca selanjutnya...

Monday, June 9, 2008

KERAJAAN NEGERI & MSN TAK PEKA TUNTUTAN AGAMA


Kompleks Canggih, Surau Haprak???

GONG BADAK- Memang tidak dinafikan ramai yang memuji keindahan senibina dua buah stadium di Kompleks sukan Gong Badak. Dua stadium itu adalah stadium utama dan stadium tertutup yang menelan belanja ratusan juta ringgit.

Namun, dalam keasyikan orang ramai membicarakan keindahan itu, pihak yang bertanggungjawab gagal menyediakan tempat beribadah (solat) yang sempurna di kawasan kompleks tersebut. Amat malang, satu kawasan paya yang dibangunkan dengan nilaian mencecah setengah billion ringgit dengan cahaya bergermelapan di waktu malam, tidak mempunyai surau yang canggih atau terbaik.


Tinjauan wartawan Buletin Online mendapati, keadaan surau di satadium utama dan kawasan bilik persalinan padang hoki dan boling padang amat menyedihkan. Suasana dalam tempat dinamakan surau itu amat kotor dan tidak terurus dengan sempurna sebagaimana mereka menguruskan venue dengan baik.

Seorang sukarelawan, Wan Mohd Syawali ketika ditemui selepas selesai solat asar kelmarin menyatakan kekesalannya di atas keadaan surau yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘teruk’ itu.

“Suasana dalam surau begitu menyedihkan. Lantai simen hanya dilapik dengan beberapa keping karpet dan tidak ada sejadah.

“Karpet yang memerangkap pasir pula kelihatan amat kotor dan berbau busuk. Namun, bagi umat Islam yang mahu melaksanakan solat, mereka terpaksa juga menggunakannya,” katanya kepada Buletin Online.

Rakannya berkata, sepatutnya pihak yang menguruskan kompleks tersebut mementingkan tempat beribadah melebihi keperluan lain di situ. Tetapi disebabkan bimbang akan mendapat malu yang tidak bertempat, mereka hanya mementingkan kawasan pertandingan sahaja berada dalam keadaan bersedia.

“Apa salahnya habiskan dua tiga ribu untuk makmurkan surau ini. Bagi kita umat Islam, perkara sebegini memang tidak masuk akal dan memalukan. Malah, jika pihak kerajaan negeri prihatin, sepatutnya di sini mesti dibuat sebuah mini masjid untuk kemudahan pengunjung dan atlet sukan, bukan hanya menjadikan stor bilik persalinan sebagai surau” katanya lagi.

baca selanjutnya...

Thursday, June 5, 2008

RAKYAT PALING PELIK DI DUNIA


...adalah Rakyat Malaysia Pro BN

SALAM kemaafan daripada saya kerana agak lama tidak mencoret sesuatu di pisautoreh.com. Bukannya malas tetapi terpaksa tinggalkan sementara disebabkan tugasan yang banyak di sepanjang Sukma Terengganu ini.

Tercuit untuk mencuit sedikit pasal hal minyak, yang menyebabkan rakyat naik minyak. Heehehe...seronok jugak tengok, rata-rata rakyat negara ini merungut pasal minyak. Termasuklah juak-juak BN/Umno yang tanpa segan silu mengutuk Bodolah dan kerajaan pilihan mereka.


Semua terkedu apabila kerajaan Barisan Naik menggumunkan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78 seliter. Jangkaan awal hanyalah sekitar RM0.40-RM0.55 sen sahaja. Nah! Tu dia penangan daripada Barisan Najis (BN) menghadiahkan saguhati susah hati yang terhebat dekad ini.

Hahahahaha....tahniahlah kerajaan Bodolah! Hang memang bijak jadi PM. Maklumlah nak catat sejarah dalam apa jua tindakan hang semasa masih berkuasa sebagai PM. Peduli apa aku kalau rakyat nak marah...Kami barisan Kabinet kerajaan dan awak-awak wakil rakyat BN dah tau dah perangai orang Malaysia ni...marah bukan kepalang bila kerajaan umumkan sesuatu yang tak patut secara mendadak. Tapi nanti tengoklah dekat nak pilihanraya, semua kena perbodohkan oleh kami lagi...Huhuhuhuhuhuu....syabas rakyat Malaysia.

Mungkin terlanjur dan tak tertahan nak kutuk pihak kerajaan, hinggakan sebuah stesen radio swasta yang selama ini menyokong apa jua tindakan kerajaan, turut serta mengutuk kerajaan itu pula. Kata juruhebah yang bertugas, mereka pelik melihat perangai rakyat Malaysia. Jika di negara lain, kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan bakar utama itu, mereka akan berdemontrasi sehingga kerajaan tunduk, tetapi di negara ini, selepas umumkan kenaikan .....terus serbu stesen minyak. ????

Sebab itulah saya pernah mencoretkan bahawa kerajaan BN merupakan kerajaan yang bertuah di dunia ini, kerana mereka boleh membuat apa sahaja walaupun kelihatan kejam, ego, ganas, dan menyeksa....rakyat tetap sokong. Kalau tak sokong, tipu dalam pilihanraya. Walaupun rakyat tau menipu, tak semua bangkit memboikot.

Itulah saya nak katakan...Rakyat Malaysia = ahli Umno /BN adalah makhluk paling BANGGANG + BODOHHH DI DUNIA.

baca selanjutnya...